12.40 pm..
Perasaan : 40% Berdebar
Fizikal : 70% Tak Cergas
Minda : 80% Tak Concentrate on Work
Persediaan : 60% Done on This Weekend Side
~~~~~~
Saya masih lagi berlagak like nothing will happen walaupun sebenarnya tengah berdebar giler. Semalam saya sudah siap mengemas separuh ruang tamu ditambah dengan beberapa mounting board dan lukisan yang telah berkurun saya lukis tapi tak digantung. Bilik stor yang berhabuk itu juga telah saya tukar menjadi bilik untuk bekerja. Hanya 1/3 digunakan untuk stor. Lain-lain tempat belum lagi diusik iaitu bilik tidur saya, bilik tidur no2, dapur, ruang makan dan ruang membasuh. Banyak sungguh kerja yang perlu dilakukan.
Pagi tadi badan saya sakit-sakit kerana sudah lama tidak melakukan apa-apa gerakan yang mencabar seperti drill dinding, sapu dan mop lantai juga berulang alik menaiki tingkat 5 kerana mengambil barang di kereta. Mahu saja saya ambik MC tetapi memandangkan minggu ni saya hanya bekerja 3 hari, saya batalkan niat murni saya itu.
Family saya akan sampai pada hari jumaat, so saya cuma ada hari khamis untuk melakukan pembersihan menyeluruh itu. Hari khamis pula saya akan menjalani sessi urutan pengantin pada waktu pagi. Selepas itu perlu menghantar banner dan beberapa barang lain ke rumah Bubu. Hanya pada waktu petang sahaja saya baru boleh start melakukan kerja. Pasti penat tapi memang sebegitu la baru thrill.
Lambatnya nak berakhir hari-hari terakhir ini..
p/s : Saya biasa practice akad sebelum memejamkan mata.
p/p/s : Saya tiba-tiba terpractice akad masa tengah mandi pagi tadi
`
