Showing posts with label My Life. Show all posts
Showing posts with label My Life. Show all posts

Thursday, January 11, 2018

PES Mobile

Cuurently addicted to this mobile games.. pagi petang siang malam asyik nak main je.. tak padan dgn umur yg dah makin meningkat.

Tp kira ok la kot main game je bukan mainkan perasaan orang hahahaah

Lopez

Ok.. i miss my blog.. i miss my blog entry.. i miss writing stories.. i miss reading my stories.. hahah syok sendiri..

So bersempena birthday Datuk Seri Siti Nurhaliza today (ada kene mengena???) lets start 2018 with continuing blogging.. 


Today lunch lopis jer..

Monday, December 30, 2013

Enjoying Life

Dok explore benda jauh..benda yang depan mata ni baru nak merasa..







Enjoying our Saturday at i-city... snowalk & waterpark.. Really enjoyed it. Kira hebatlah dah try vortex 2 kali... saya mau lagi!!!


Thursday, December 26, 2013

Plan je...

Selasa..
"Sayang,esok kita tengok wayang nak..lepas tu pegi jusco, orang nak cari kasut. Eh tapi kita nak belanja esok kan..camtu pegi tesco pagi la..pastu nak pergi pasar borong tak? Lama tak cari lauk.. Eh tapi rasa macam nak lawat Kak Ros, dah besar dah anak dia. Tapi rasa macam nak pegi Radiusite plak.. eh banyak nya tempat nak pegi. cuti sehari je..."
"Yela...first thing first. Kita pegi tesco dulu malam ni..."

Rabu... Cuti Krismas
Pepagi lagi dah rajin sangat nak angkat karpet.. dah terkejang urat pinggang..
"Plan macam-macam...last-last dok umah je kan Sayang..."
"B la punya pasal. Orang ok je..."

Terlaka la ibu nih... kata babam...

Tuesday, December 24, 2013

Dulu...

Harini ntah mood tetiba nak mengemas meja yang berselerak. Tak disangka terjumpa 2 benda legend..

 Handphone legend Nokia 3210.. ini handphone yang company aku bagi masa aku mula-mula kerja dulu. Giler lama simpan. Dah tak berfungsi kot. Bateri pun dah takde. Nak bukak casing pun tak boleh...


Ni pulak bil masa aku nak masuk ITM dulu. Tahun 1998. Jumlah bayaran RM251.50 je.. sekarang, yuran taska Babam je kadang-kadang lebih RM250. Tahun depan dah masuk Tadika bulan-bulan dekat RM300..transit RM200..huh..mahal betul currency kita 10 years back..

Nak buat camno...itulah..undi lagi BN hahahahha

Monday, December 23, 2013

Venice

Sesekali nak jugak romantik dinner kat tepi sungai ala-ala kat Venice..


Nasib baik hari tu tak hujan..kalau tidak confirm tak lalu makan sebab bau air sungai busuk sangat...

Friday, November 29, 2013

Its 5 years old

Dah 5 tahun.. how time flies..


Tuesday, October 23, 2012

Tazkirah Pagi Selasa

Bila marah, sakit tengkuk smpai x bleh pusing kepala. Urat saraf tegang. Mulut pun sakit sbb gigi dok berlaga. Muka ketat, pandang pun jeling2. Fikiran tak betul. Hati berbisik negatif. Penolakan. Tak terima. Tanda tanya. Tak percaya

Bila dh lega, sakit tengkuk hilang. Urat dh longgar sket. Mulut dh reti senyum. Mata dah pandang mata. Fikiran dh normal. Hati berbisik rasional. Toleransi. Terima. Berubah tapi masih tak percaya.

Dinding ego perlu diruntuhkan. Walaupun bukan untuk kita, buat untuk yang tersayang.

Adios

Monday, October 22, 2012

Buang duit je

Gua ternampak ad ni last friday, trs gua mengular ke tesco paradigm pukul 10pg (lps hntr brg kat client ok). Hajat nk spend 10 mnt je amek thumbdrive tu, bli susu n drypers anak gua trs chow, tp x sempat jugak. Dia buat promo cantik dh, tmpt dh senang dh nak pegi, tp bila smpai takde sapa nak entertain.

Gua dh 3 kali terkena dh dgn tesco paradigm ni. Asal gua smpi je mesti takde orang yg jaga dept tu. Alasan pegi makan la, x masuk lg la, pg toilet la..x bleh terima la jack

Mgmt lu dh spent riban2 buat ad, turunkan harga tup tup org nak beli lu tak jaga dept lu. Gua yg bkn mgmt pun bengang.. Huhu


Tuesday, March 20, 2012

Adakah?

Ayah : Babam... dok diam-diam bleh?
Babam : Ayah... dok yamyam leh?
Ayah : Ish Babam ni... jgn lari la nanti jatuh..
Babam : Ayah...kan Babam la.. Abang..
Ayah : Abang Babam ke?
Babam : (angguk kepala)

huhuhuh..adakah the second one is coming???

Monday, March 12, 2012

Dah macam...

B     : Syg... berat org makin bertambah la...
Syg  : Tulah asyik makan je..
B     : Member sume cakap orang dah besar...
Syg  : Tulah pasal...dari jauh dah nampak macam Rosmah dah... gemok pendek hahahahaha
B     : Siot jer...

Thursday, March 24, 2011

Tak sedar diri

Butik SEED, AEON Bukit Tinggi,
2009, dua tiga bulan sebelum kawen.

Aku : B, ada sale kt SEED la. Org nk beli suar la..bleh buat hantaran nanti.
B     : Ok. Org pun nak cari kasut keje kt Vincci..
~~~
Aku        : (Cakap sorang diri dalam hati).. Mana la size dengan aku ni..takkan dah habis kot..
Salesboy : Boleh saya tolong Encik? 
Aku        : Takpe..saya cari sendiri...
Salesboy : Ok...

5 minit kemudian..

Salesboy : Dah jumpa ke Encik? 
Aku        : Ada yang berkenan tapi ....
Salesboy : Maaf Encik, tapi seluar disini paling besar size 34.
Aku        : Oh yeke..ok la..tima kaseh ye..
~~~
B     : Dah beli ke?
Aku : Tak jadi ar.. salesboy dia kurang ajar.
B     : Nape plak?
Aku : Dia tak tanya org size pe trs je cakap kt sini paling besar size 34.
B     : Hahahaha..tau2 je syg pki size 36.
Aku : Tula psl..hilang motivasi nk kuruskan badan...

P/S : Sampai skrg masih maintain size 36.. bila ntah nak susut

Friday, March 18, 2011

Malang

Semalam...
Lupa nak off lampu sbb dah ngantuk sgt.. tak pepasal kena beli jumper sbb bateri kong. Tengah hujan lebat dok sibuk betulkan kereta.

Pagi tadi...
Langgar lubang.. tak pepasal kena tukar tayar pukul 6.30 pagi sbb tayar bocor. Subuh-subuh dah exercise.

Malang btol la minggu ni.

`

Wednesday, March 16, 2011

Shishak

Anak gua tengah belajar bercakap. Benda-benda yang besa di sebut macam Ma (padahal kitorang dok ajar sebut Ibu), Mam (makan), num (minum), toh (jatuh), adu (aduh / sakit), sok (masuk), bi (baby la ehem..) apa (Azfar) & te (kereta). Tapi yang gua ingat, perkataan paling hampir sempurna dia penah sebut ialah Cicak. Siap nyanyi2 lagi sambil sebut Shishak...

Shishak shishak shishak...shishak shishak shishak..sambil hayun-hayunkan tangan...

Maklumlah rumah banyak cicak.

Sape ada petua nak halau cicak, sila bgtau gua..

`

Thursday, March 03, 2011

Kekurangan atas Kelebihan

*Entry ni panjang skit, so H, ko tak yah baca la.

Orang kata muka wife gua muka innocent, muka friendly, muka boleh dipercayai. Kalau sekali tegur dah rasa macam kenal lama, dah boleh kongsi rahsia. Memang betul pun. Kontra dengan gua. Nampak macam best kan wife gua, tapi bila kena situasi boleh jadi tak best.

Sejak gua makin serius jadi photographer pengantin ni, my wife la yang banyak buat marketingnya. Habis sume colleague dia kat opis dia bagi brochure. Kawan-kawan sekolah, kampung ngan kolej pun dia bagi. Maklumlah usia muda lagi, kawan-kawan pun baru nak kumpul duit kahwin. Klu gua ni, kawan-kawan kumpul duit nak pegi haji dah.

Nak dijadikan cerita, adalah wife opismate wife gua (lps ni gua namakan S) nak mintak gua jadi photog utk majlis adik dia. Kena plak date tu clash dengan satu job lain kat Klang. So gua pun dah brief wife gua untuk amek gak job tu sbb beza masa pun sejam je (tamak siot). Kawan gua bleh tolong coverkan dulu before gua sampai. 

So wife gua pun bincang la dgn S pasal benda ni. Si S plak sambil tnya pasal pakej, tanya gak pasal laki dia (lps ni gua namakan Z) kt opis. Soalan pelik-pelik gak la. Maklumlah dorang dah jumpa masa main paintball hari tu. Last2 dorang decide utk jmpa during lunch time. Jumpa depan-depan lagi senang. Gua dah bgtau wife gua, klu dia nak amek pakej paling murah, tak yah terima la sbb tak balik modal. 

Bila dah jumpa lain pulak jadinya. Benda pertama S bgtau kat wife gua. "First time Akak tengok Rina, Akak tau dah Rina memang boleh dipercayai, boleh simpan rahsia" and then dia pun cita la Z yang dah berubah lately ni. Korek punya korek, rupanya Z ada scandal dengan opismate dia merangkap kawan baik wife gua (lps ni gua namakan K) Terkejut jugaklah kan sebab depan mata tak nampak macam skandal pun. Sesi luahan perasaan lama jugaklah. 

Gua kat opis ni asek tggu sms wife gua je nak tau jadi ke tidak amek job. Sekali takde keputusan lagi la plak. Lain plak jadinya. Dah wife gua tak pepasal kena jadi sort of orang tengah kat dorang ni. S plak anything mesti bgtau wife gua & at the same time wife gua kena buat macam biasa je kt K. Pg ni plak wife gua cakap si Z kata nak ceraikan S. Gila babeng, 17 thn kawen tu bro. Bercinta dgn K baru 3 bln. Wife gua plak yang pening kepala nak pikir pasal dorg.

Si K ni plak kata nak kawen tahun ni, siap dah book gua awal2 utk majlis dia nanti. Tapi bila tengok camni, gua tak rasa benda ni akan setel dalam masa terdekat. Mau makan berbulan2 gak. Hati dan perasaan beb. Boleh bunuh diri.

Bila jadi camni, gua dapat la rasa keburukan bagi kelebihan wife gua tu. Dari tak payah nk pikir pasal orang lain, tak pepasal termasuk campur hal orang lain. Tulah, klu muka bodoh sombong macam gua sure orang malas nak share problem.. Lagi satu yang gua tension, 2 job macam dah terlepas je..huhuhu..lain kali kena mintak deposit siap2 la...even majlis 2 tahun lagi..

`

Tuesday, March 01, 2011

Kejap lagi...

Sabtu, di rumah, sebelum pegi shopping..
~~~
Ayah : Cepatlah Ibu..Bambam tak sabar nak jalan-jalan ni..
Ibu : Kejap Bambam.. ibu tinggal nak pakai tudung je ni..

5 minit kemudian

Ayah : Cepatlah Ibu.. dah 5 minit tunggu ni..
Ibu : Kejap la..tak siap pakai tudung lagi ni. Pegi la isi barang Bambam tu dulu...

10 minit kemudian

Ayah : Tak siap lagi ke? Sume barang dah siap ni. Bambam nak kuar dah...
Ibu : Kejap la.. sikit lagi ni..

5 minit kemudian

Ayah : Kitorang tunggu kat bawah jelah..
Ibu : Yela-yela dah siap dah ni..
...

Sabtu, di Nilai 3, selepas shopping
~~~
Ayah : Dah dapat sume barang ke? Bambam dah meragam ni. Panas sangat..
Ibu : Dah. Tunggu dorang amekkan barang jap..

10 minit kemudian

Ayah : Tak dapat lagi ke? Bambam dah rimas ni...
Ibu : Dah.. orang nak cari kain organza jap.. Kejap ek Bambam, 5 minit je lagi ibu nak cari barang ni...

15 minit kemudian

Ayah : Tak siap lagi ke?
Ibu : Jap..tunggu dorang hantar kain jap..

10 minit kemudian

Ayah : Org pegi kat keta dulu la...
Ibu : Yela dah siap dah ni..jom2..


P/S : Lelaki memang penyabar!!!!!

`

Wednesday, February 16, 2011

Pusing-pusing sama je...

Ahad, 8.30pg
Medan Selera Kg Baru

Sheikh : Assalamualaikum Encik. Nak beli cd nasyid. Lagu Maher Zain dalam Bahasa Melayu pun ada.
Gua : Eh takpe la bang..CD player saya rosak.
Sheikh : Takpe Encik, boleh sedekah kat orang lain. Amal jariah tu.
Gua : Takpelah bang.. saya belum terasa nak beli cd lagi.
Sheikh : Beli la Encik. CD Quran pun ada jugak ni. (sambil tunjuk CD byk2 dlm bakul)
Gua : Terima kasih bang. Lain kali saya beli
Sheikh pun blah...
~~

Ahad, 8.30mlm
Mamak kat Kinrara Puchong

Apek : Apa kabar bang. Mau beli DVD? Macam2 ada.
Gua : DVD apa u ada?
Apek : Hollywood, Cina, Melayu pun ada. Itu Hantu Kak Limah pun ada.
Gua : Owh..takpelah..DVD player saya rosaklah. Bukan boleh tgk pun
Apek : Yeke bang, nnti sudah baik bleh tengok maa..
Gua : Takpelah, nanti dah repair I beli
Apek pun blah...
~~~
Apa beza Sheikh dengan Apek? Sama je gua tengok. Dua-dua Lanun Cetak Rompak..

Monday, January 03, 2011

2011

Gua tak selebret pun 2011. Keje gua bertimbun. Ada 4 storybook kena buat. Semua nak before end of January. Satu hape pun tak sentuh lagi.
Azam gua tahun 2011 ni cuma satu jer..

Bisnes gua bertambah maju..

Amin...

Thursday, October 14, 2010

Buat duit cara Astro

Tadi ada mesin astro call gua. Mintak payment kata gua tak bayar lagi. Gua pelik gak sebab account gua dah lama gua tutup masa bulan 4 lepas. Gua dah pulangkan smartcard jugak masa bulan 6 lepas. Bengang jugak gua, terus gua call dia punya customer service.

Yang angkat plak tu mamat melayu nama Syakir, lantas teringat gua kat Tawil. Dah la masa tu gua tengah buat entri untuk cakapberapi ada nama Tawil, terus la gua berapi dengan mamat Syakir tu.

Gua pelik la. Ko kalau orang tak bayar ko bleh je detect siap potong org tu punye astro. Gua pernah terkena siot. Tengah best layan bola tetiba 'not subscribe' plak. Hangin satu badan. Tak pepasal kena cari mamak, plak tu mamak tunjuk game lain. Siot btol. Kalau card orang yang tak bayar ko boleh detect, takkan card orang yang dah aktif ko tak bleh detect. Apa punya sistem la yang ko pakai. Bila gua tanya bil, ketar-ketar jugak la si Tawil tu nak bgtau. Gila ko 200 lebih. Padahal gua tak guna pun. Kad pun gua dah pulang. Lu senang-senang je nak charge gua.

Tu kalau gua masuk debit card, sure senang lenang je korang potong dari card gua kan. Makan duit haram la lu astro!

P/S : Kalau gua tak support Arsenal, memang gua takkan langgan astro la der....

Tangkap Muat

Semenjak gua kerja kat company sekarang ni, gua tak pernah ada kemeja lain selain kaler biru ngan putih. Kalau ada variasi pun biru jalur putih tak pun putih jalur biru. BN sungguh gua kan. Bukan la gua suka sangat biru putih, tapi dah polisi syarikat cuma bagi staff pakai baju biru ngan putih, gua ikut jelah. 

Masa kat sekolah dulu, gua antara orang yang mementingkan penampilan jugak walaupun tak berapa kemas mana. Tshirt kena branded, seluar kena tempah, kasut koman-koman converse all star walaupun masa tu bulan-bulan abah gua bagi tak sampai RM150 pun. Sebab tu lah gua meniaga karipap dengan BFF gua. Dapat la duit lebih nak menampung nafsu. Kalau tak pun, bila nak outing pandai-pandai la pinjam baju ngan seluar kawan-kawan. Yang penting stylo.

Masuk UiTM plak, gua masih lagi stylo beb. Tapi zaman gua dulu baju bundle la paling glamer. Lantak la baju bundle pun janji branded and ori. Baju pasar malam tiruan memang tak pandang, lagi la klu baju forest or antioni yang jual kat supermarket, takde kelas langsung. Gua siap jadi supplier baju kat housemate gua ngan adik-adik gua sebab baju gua banyak sangat. Tak salah gua mak gua siap sedekah kat jiran kampung lagi sebab baju gua memag banyak sangat. 

Tapi malam tadi, gua buka gerobok, baju gua cuma 1/4 je dari baju-baju yang ada kat dalam gerobok tu. Yang lain semua baju bini gua. Baru gua perasan, gua dah tak berapa branded sebab langsung takde jenama levi's dalam gerobok gua. Gua pun dah tak berapa stylo sebab baju - baju gua semua bini gua yang belikan. 

Gua dah terasa yang gua dah makin tua siot...

P/S : Kadang-kadang gua berharap bini gua surprise kan gua masuk rancangan Tangkap Muat. Untung-untung lepas tu boleh terus jadi model...hahahaha dream on..