Thursday, October 14, 2010

Buat duit cara Astro

Tadi ada mesin astro call gua. Mintak payment kata gua tak bayar lagi. Gua pelik gak sebab account gua dah lama gua tutup masa bulan 4 lepas. Gua dah pulangkan smartcard jugak masa bulan 6 lepas. Bengang jugak gua, terus gua call dia punya customer service.

Yang angkat plak tu mamat melayu nama Syakir, lantas teringat gua kat Tawil. Dah la masa tu gua tengah buat entri untuk cakapberapi ada nama Tawil, terus la gua berapi dengan mamat Syakir tu.

Gua pelik la. Ko kalau orang tak bayar ko bleh je detect siap potong org tu punye astro. Gua pernah terkena siot. Tengah best layan bola tetiba 'not subscribe' plak. Hangin satu badan. Tak pepasal kena cari mamak, plak tu mamak tunjuk game lain. Siot btol. Kalau card orang yang tak bayar ko boleh detect, takkan card orang yang dah aktif ko tak bleh detect. Apa punya sistem la yang ko pakai. Bila gua tanya bil, ketar-ketar jugak la si Tawil tu nak bgtau. Gila ko 200 lebih. Padahal gua tak guna pun. Kad pun gua dah pulang. Lu senang-senang je nak charge gua.

Tu kalau gua masuk debit card, sure senang lenang je korang potong dari card gua kan. Makan duit haram la lu astro!

P/S : Kalau gua tak support Arsenal, memang gua takkan langgan astro la der....

Tangkap Muat

Semenjak gua kerja kat company sekarang ni, gua tak pernah ada kemeja lain selain kaler biru ngan putih. Kalau ada variasi pun biru jalur putih tak pun putih jalur biru. BN sungguh gua kan. Bukan la gua suka sangat biru putih, tapi dah polisi syarikat cuma bagi staff pakai baju biru ngan putih, gua ikut jelah. 

Masa kat sekolah dulu, gua antara orang yang mementingkan penampilan jugak walaupun tak berapa kemas mana. Tshirt kena branded, seluar kena tempah, kasut koman-koman converse all star walaupun masa tu bulan-bulan abah gua bagi tak sampai RM150 pun. Sebab tu lah gua meniaga karipap dengan BFF gua. Dapat la duit lebih nak menampung nafsu. Kalau tak pun, bila nak outing pandai-pandai la pinjam baju ngan seluar kawan-kawan. Yang penting stylo.

Masuk UiTM plak, gua masih lagi stylo beb. Tapi zaman gua dulu baju bundle la paling glamer. Lantak la baju bundle pun janji branded and ori. Baju pasar malam tiruan memang tak pandang, lagi la klu baju forest or antioni yang jual kat supermarket, takde kelas langsung. Gua siap jadi supplier baju kat housemate gua ngan adik-adik gua sebab baju gua banyak sangat. Tak salah gua mak gua siap sedekah kat jiran kampung lagi sebab baju gua memag banyak sangat. 

Tapi malam tadi, gua buka gerobok, baju gua cuma 1/4 je dari baju-baju yang ada kat dalam gerobok tu. Yang lain semua baju bini gua. Baru gua perasan, gua dah tak berapa branded sebab langsung takde jenama levi's dalam gerobok gua. Gua pun dah tak berapa stylo sebab baju - baju gua semua bini gua yang belikan. 

Gua dah terasa yang gua dah makin tua siot...

P/S : Kadang-kadang gua berharap bini gua surprise kan gua masuk rancangan Tangkap Muat. Untung-untung lepas tu boleh terus jadi model...hahahaha dream on..



Mitos ke Method

Anak gua dah 4 hari demam tak kebah-kebah. Kalau demam lepak je gua paham la jugak, ini tidak. Demam-demam pun lasaknya sama jugak. Selasa lepas gua siap amek EL sebab nak jaga anak gua. Bukan tak percaya kat nursery, tapi kalau jaga sendiri tu lagi terjamin. Anak beb, bukan petik jari je bleh dapat. 

Cerita pasal demam ni, dulu-dulu kalau gua demam mesti mak gua soh gua dok berselubung dalam selimut. Mak gua kata kalau banyak peluh cepat baik.Lagipun ikut logik, kalau kita joging kan kuar byk peluh, bila byk peluh maknanya kita sihat. So selama 29 tahun la gua amalkan petua mak gua.

Tapi bila gua dapat anak, kawan-kawan gua semua cakap kalau anak gua demam panas, gua kena mandikan banyak kali. Kalau nak rendam dalam ais lagi bagus. Gua confuse la kejap kan, bkn gua je, dengan bini gua sekali confuse. Gua ingat dorang saja nak 'wakenabeb' kan gua. Tapi sekali tu masa anak gua demam, Doktor Khairul yang bagus tu soh jangan selimutkan anak gua, barulah gua percaya. Dia kata bila kita badan panas, kena la sejukkan bukan tambah panas dengan selubung guna selimut. Gua pun amalkan.

Camne pun, gua masih confuse. Camne dulu gua bleh survive pakai selimut tebal-tebal bila demam panas. Gua rasa bukan gua sorang, ramai lagi kot yang macam gua.

Nanti anak gua dah ada anak, ntah apa method plak yang akan muncul. Method ke mitos main belasah jela bambam oi...




Wednesday, October 13, 2010

Password

Dulu gua suka banyak email. Hotmail ada, catcha ada, yahoo sampai 2. Nampak cool kan. Itu belum kira account photobucket, fotopages, myspace, friendster, circle99, tripod..huh macam-macam..

Sekarang, bila nak buka account menjajau nak ingat username dengan password. Haram tak igt. Cool la sangat. Email pun guna nama sebenar. Baru nampak korporat. Keparat sungguh!

P/S : Banyak email sebab zaman dulu klu nak tengok web porn kena register email.. tu yang sampai 4-5 email tuh. Jurassic betol zaman Y2K.

Dubai, Mumbai or Umbai


Hari tu gua dah terlambat giler. Janji dengan pengantin nak datang kol 12 tghari tapi kol 1 petang  gua masih di rumah lagi. Sume gara-gara mamat pendek Kaki Bodek tulah last minute mintak bukan-bukan. Hari ahad gua tak di paid untuk datang kerja, gua buat kerja amal je bro..


Ding dong ding dong pukul 12 jugak gua siap keje kat opis. Terus gua memecut pegi kampung bini gua hantar bini gua ngn anak gua. Gua kesian gak kat bini gua, dah lah malam tadi gua sampai umah kol 3 pagi, pagi tadi plak tak sempat sarapan gua dah angkut dia datang opis, ingat buleh la balik kol 10.30 sekali terbabas kol 12 tghari plak. Petang ni plak gua ada job amek gambar kawan gua kawen. Sah-sah dekat-dekat maghrib nanti baru siap. Tak sempat bini gua nak manja-manja dengan gua.

Lepas drop dorang kat kampung, gua terus pecut mini coolisa gua pegi banting. Nasib baik dekat jela dgn kampung bini gua. Dekat-dekat pun makan 30 minit gak. Sambil-sambil tu gua cari kedai nak beli bateri sebab bateri flash dah abes. Plan nak beli kat Guardian sbb bateri GP kat situ murah sekali Guardian seberang jalan la plak. Melilau la gua cari kedai runcit tapi takde yang buka pun. Dah lah gua dah terlambat gila ni, kedai pulak tak buka. Tetiba jumpa plak kedai yang memang baru buka, nampak macam Seven Eleven tapi nama dia One Eleven. Besa la Mesia ni pun dah jadi macam China gak. Tiru bulat-bulat. Gua terus parking tepi jalan, masuk kedai. Tak dilupa kena usung kamera gak takut-takut kena rembat. 

Memula masuk, gua rasa macam nak patah balik. Kedai kosong beb, tempat bateri pun gua tak nampak. Gua ni dah  lah berat mulut. Tapi sebab dah suntuk sangat, gua buang la sket emas dalam mulut ni.

"Ada jual bateri tak?"
"Ada Encik, sini"

Dia bawak gua pegi kabinet, tunjuk satu plastik merah. Sume jenis bateri ada kat situ. Gua terkial-kial la pilih bateri yang gua nak, Energizer 4 biji. Sekali tengok harga, tak masuk akal btol, RM16.00. Besa harga RM10.00 je. Gila markup. Sambil-sambil tu minah india yang jaga kedai tu borak-borak dengan gua. Masa tu gua pakai tshirt 'I Love Dubai' yang bos gua belikan masa dia gi Dubai haritu.

"Encik pergi situ ke?"
"Pergi mana?"
"Situ" (sambil tunjuk tshirt gua)
"Yup, kenapa?" (buat2 mcm pernah pegi oversea)
"Dubai di India kan"
"Eh, taklah. Dubai di UAE" (gua nak gelakkan dia tapi gua tengah rushing)
"Oh yeke. Itulah saya pelik juga kalau orang melayu pegi India"
"Oh tak..Dubai dia UAE" (gua tak tau nak cakap pe lagi)

Pastu gua terus blah dengan tidak beli pun bateri kat kedai dia. Gua beli kat sebelah umah pengantin je. Ada kedai runcit kat situ rupanya. 

Pukul 5 kerja gua siap sume. On the way balik, gua lalu depan kedai tadi gua tergelak sorang-sorang. Gua rasa  minah tu confuse Dubai dengan Mumbai. Lagi satu apehal plak orang melayu tak pegi india? Tak paham btol gua lah.

Hmm..agak-agak dia tau tak Umbai kat mana?....