Tuesday, May 26, 2009

Waiting...

Wednesday, May 20, 2009

After 3 Months

Last week saya selamat pulang ke Kampung Halaman setelah 3 bulan setengah tidak pulang. Alhamdulillah perjalanan lancar pergi dan balik.
Hari Sabtu perancangannya nak pergi ke Air Terjun Kota Tinggi setelah hampir 10 tahun tak pergi. Tapi disebabkan cuaca yang hujan pada waktu itu, niat pun terbantutlah. Kami terus pergi ke rumah baru Kak Ngah di Masai. Kebetulan dia sedang membasuh rumahnya itu.
Best jugak dok rumah teres. Harga pun murah. Saya tengok kawasan taman sebelah tu harga rumah 2 tingkat tak sampai 150k pun. Kalau kat sini, Apartment pun harga 160k. Tetiba rasa nak pindah Johor la plak. Kena racun wife saya la cam ni. Mintak dia transfer JB.
Lepak lama la jugak kat rumah Kak Ngah even rumah tu kosong. Sempat la jugak tido, maklumlah semalam sampai kampung pukul 1.00pagi, borak-borak dgn Mak pukul 2 lebih baru tido. Pastu kol 7.30 dah ada orang kejut soh bangun. Tak cukup rehat betul!
Before balik, sempat juga kami meronda ke Aeon Tebrau City. Wife saya hendak shopping baju pregnant. Baju-baju lain sume dah sempit. Habislah jugak beratus-ratus. Tengah bulan boleh shopping, macam orang kaya je.
Hari Ahad Majlis Topek berlangsung. Saya dan Paijo gerak awal sikit, takdelah awal sangat sebab kami tahu Topek akan sampai lambat. Kami sampai pun dia tidak sampai lagi dari Kluang. Tak nak bangun pagi la tuh kot. Member-member pun baru berapa kerat yang sampai. Semua pun muka wajib je. Topek datang pukul 2 ptg, amik gambar dorang bersiap, pastu dalam kol 3.00 petang dorang pun berarak. Pelamin kat luar, so berangin la sket. Cuaca betul-betul panas waktu tu, sama macam masa Majlis saya di sini. Rentung.
Alhamdulillah semua berjalan lancar. Seronok la juga saya dan Paijo mendera pasangan pengantin dengan aksi-aksi yang takdelah daring sangat, cuma dorang je yang tak tahan nak pegang lebih-lebih..tak gitu Topek?

Anyway, Selamat Pengantin Baru My Bro Topek & Pn Azie. Semoga kekal hingga ke Syurga. Harap-harapnya lepas ni Bro sebelah pengantin perempuan plak yang kahwin.. Amin...


Friday, May 08, 2009

Tuesday, May 05, 2009

Demam Panas

Last week saya demam panas. Bermula dengan serangan selsema yang secara tiba-tiba, tidak sampai 24 jam kemudian saya terlantar demam sampai tak boleh bangun. Dah lama tak kena demam teruk camtu.
Saya bila kena demam yang panas cmtu, saya ada habit yang tak berapa nak best iaitu biasanya saya akan meracau yang bukan-bukan. Meracau ni lebih kurang macam ngigau jugaklah tapi biasanya benda yang ngigaukan tu benda yang merapu-rapu, contohnya seperti nampak Incredible Hulk, makan Mee segera dengan Mamee Monster dah macam-macam yang tak senonoh lagi.
Last week juga saya telah meracau dengan ketawa like pontianak and tenung wife saya yang ketika itu baru sahaja hendak menonton Kliwon. Suspen sungguh dia. Terbantutlah niatnya untuk menonton rancangan favouritenya itu. Padan muka, dah lah tengok tak ajak saya.
Nasib baik saya sekadar meracau itu sahaja, dan tidak tersebut nama-nama awek hot yang banyak saya lihat dalam Facebook. Klu tidak, sambung demam la minggu ni...