Friday, August 29, 2008

Tiga Kali Tiga

3 hari aku ambik MC sebab sakit perut, demam dan migrain. Tu dia sekali kena 3 penyakit terus. Nasib baik sakit perut berangin aku tuh datang sebelum puasa, kalau dah puasa mesti terkantoi puasa aku..

3 hari tak datang opis, bila datang buat kecoh balik..

Esok aku akan pulang ke Bumi Darul Takzim. Rindu setelah 2 bulan tak balik. Esok pagi-pagi selepas subuh aku akan bertolak dengan En Paijo menaiki kereta Kelisa ku yang cun itu. Mungkin akan lalu jalan dalam sebab rindukan permandangan kampung yang indah..

Jangan terlewat bangun sudah!!


`

Thursday, August 21, 2008

Ahmad Yun Fat

Hari ni aku telah mengetahui bahawa muka aku ada iras2 Chow Yun Fat.. Sungguh tak disangka..


Juga mempunyai beberapa persamaan dengan selebriti yang lain


Ada rupa selebriti jugak la aku ni..

`

Wednesday, August 20, 2008

The Name is Bond...Bond-Chet

Nama sebenar saya agak panjang, ada 12 huruf, 5 suku kata dan 2 perkataan. Nama timangan saya pula agak banyak, ada 5 nama. Semuanya berbeza mengikut peredaran zaman. Nama manja saya pula ada 1 sahaja.

Bercerita mengenai nama timangan ini, nama pertama yang saya dapat ialah Uda. Disebabkan saya adalah anak yang ketiga, maka secara amnya saya akan diberi nama tersebut. Sebenarnya berdasarkan cerita daripada bonda tercinta, semasa kecil dahulu saya diberi pilihan samada dipanggil Abg Ngah atau pun Uda, nasib baik saya memilih nama Uda kerana jika saya memilih nama Abg Ngah mungkin Abg Ipar saya tidak dapat menggunakan title yang beliau dapat sekarang. Saya pun tidak pasti mengapa saya memilih Uda, mungkin gerak hati budak kecil yang tidak tahu apa-apa.

Nama kedua pula diberi oleh Abang Long saya iaitu Adik Ta. Tetapi orang-orang kampung saya pada waktu itu mendengar AbgLong memanggil saya seperti Atan. Adik Ta = Atan. Kan ke jauh tu. Dan nak dijadikan cerita sejak hari itu semua orang kampung memanggil saya Atan sampailah sekarang. Jika ditanya nama sebenar saya, saya pasti mereka tidak kenal.

Nama ketiga pula diberi oleh kawan-kawan sekolah semenjak di Tadika. Mereka memanggil saya Ahmad kerana pada waktu itu hanya ada seorang Ahmad di kelas saya. Jadi mudahlah mereka untuk mengenali saya kerana nama Ahmad itu begitu senang untuk diingat. Tetapi lama kelamaan Ahmad itu telah bertukar menjadi Amat yang saya rasakan lebih informal dan lebih ranggi. Nama itu kekal hingga sekarang dan kebanyakan orang yang memanggil saya Amat adalah rakan baik saya.

Nama keempat pula ialah Coke. Nama itu diberi oleh Senior saya semasa saya dioreintasi mereka di UiTM (ITM waktu itu). Waktu saya diorientasi, saya dipaksa membeli sebotol Coke dan saya telah tersilap sebut Coke menjadi Cock. Maklumlah lidah jawa masih keras lagi. Setelah habis ketawa, Abg2 Senior saya lantas memberi nama Cock kepada saya yang membawa maksud KxxxK. Disebabkan saya kelahiran SMKA, maka saya tidaklah terlalu lucah, jadi saya telah menukarkan nama itu kepada Coke semula supaya nampak lebih cool..hehe. Lagipun Senior saya bukan perasan. Dan mulai hari itu saya dipanggil Coke oleh rakan-rakan di UiTM. Nampak sungguh Cool lebih-lebih lagi apabila awek sekelas yang memanggilnya. Tetapi masih ada juga yang memanggil saya Amat.

Nama kelima pula ialah Mizi. Dahulu saya tidak gemar apabila orang memanggil saya dengan nama ini kerana saya rasakan ianya seperti terlalu formal. Namun setelah bekerja, saya rasakan saya perlu gunakan nama ini kerana ia seiring dengan usia dan keperluan. Dan semenjak saya mula bekerja sehingga kini, saya menggunakan nama Mizi. Mungkin sampai bila-bila..Sekarang saya suka nama Mizi ini. Nampak macam manja pun ada jugak.

Saya juga tidaklah gemar menggunakan nama Anonymous atau pun menyamar menjadi orang lain sehingga menjadikan orang lain tidak selesa. Jika kita ikhlas dan jujur, saya rasa baik kita terang-terang mengatakan siapa kita sebenarnya. Dunia ini bebas. Blogging adalah bebas. Jadi tak perlulah menjadi orang lain... Jadi nama kita sendiri.


`

Tuesday, August 19, 2008

The Day Has Come

After 2 months of boring weekend (Euro 2008 in June), the day that most of KakiBola waiting for has come. Barclays Premier League had its kick off at 7.45pm Malaysia time last Saturday. After a so-called boring Charity Shield that won by the Red Devil by penalty shoot-out, the BPL kick-off luckily not be that boring. Scored after only 4 minutes of starting wistle, the Gunners can be the main contender for the Trophy title this season. Not only that, the new signing Samir Nasri of France who scored the only goal and played the whole 90 minutes has shown what he is valued for. Prof Wenger is really one of the football genius.

Hoping that the Gunners Teen will played as they use to be and avoid the 3 season spells. At least a Trophy for Gunners this season.

Can't wait for Eduardo & Rosicky in action.

`

Monday, August 18, 2008

Sehingga Menjilat Pinggan

Mungkin ramai yang tak tahu, jika saya betul-betul lapar, selain maggi saya sebenarnya boleh juga memasak burger. Pada weekend lepas, saya banyak menghabiskan masa di rumah kerana tidak banyak aktiviti yang ingin dilakukan. Lumrah saya jika tidak ada aktiviti, saya akan duduk dirumah sahaja sehari suntuk. Pada waktu itu juga saya telah membuat burger yang sedap ini.

Mula-mula masak daging burger sampai masak (saya cadangkan daging burger Ramly, sedap dan besar). Tambahkan sedikit pepper & seasoning untuk menaikkan perisa. Jangan lupa masak kedua-dua belah. Lagi bagus jika daging tersebut dibelah dua atau pun sekadar di racik-racik pun ok juga. Setelah rasa macam dah masak, angkat dan alihkan daging tadi ye..

Selepas itu masak pula telur mengikut suka. Pastikan ianya telur ayam. Saya cadangkan telur itu perlulah masak sepenuhnya, kerana jika kuning dia 'goyang', hilanglah keseronokan menikmati burger nanti. Campurkan juga sedikit pepper jika anda suka yang pedas-pedas.

Selepas itu panaskan pula roti burger (dlm kes saya ini roti buku shj yg ada) dalam 4 keping atau mengikut besar mulut kita. Sapukan juga marjerin agar roti itu lebih sedap dan lembut. Tapi jika tak suka pun boleh bedal je..

Setelah itu, susun daging, roti dan telur mengikut kehendak hati. Lebih sedap jika ada salad, tomato atau pun cheese. Tapi dalam keadaan darurat seperti saya, apa yang ada sahajalah saya letak. Jgn lupa letak sos cili & mayonis utk melengkapkan hidangan tersebut. Hasilnya, Burger Roti Buku buatan sendiri yang sehingga menjilat pinggan. Cepat dan Sedap!!!!



Sekian, Selamat Mencuba

`

Thursday, August 14, 2008

Rahsia Bulan Kelahiran - Februari

A friend of mine celebrate her birthday last night. But it is regret that i've cannot make myself available on that night. Last minute task, as usual..

Anyway, Happy Birthday Arfa..

~~~~~

Ieta just send me this link, just an intention to see how it is related to me..


FEBRUARI

* Berfikiran abstrak.
(yeah it's me)
* Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
(realiti sucks...)
* Bijak dan pintar
(bijak la sangat..hahaha)
* Berpewatakan yang mudah berubah.
(betul tu..tp kadang2 jer)
* Mudah menawan orang lain.
(I don't think sooo..)
* Agak pendiam.
(It's me again..)
* Pemalu dan rendah diri.
(Pemalu yes..rendah diri tak sangat la)
* Jujur dan setia pada segalanya.
(Dulu takde la..tapi sekarang setia sungguh!!)
* Keras hati untuk mencapai matlamat.
(Sometimes..depend on what purpose)
* Tidak suka dikongkong.
(That's why aku jadik bos skrg hahahah)
* Mudah memberontak apabila dikongkong.
(Always...)
* Suka kegiatan yang lasak.
(Dulu..sekarang dah malas..)
* Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
(Hahaha...memang sensitif abes)
* Mudah mempamerkan marahnya.
(Bubu hari-hari kena marah dgn aku..)
* Tidak suka benda yang remeh-temeh.
(Betul..tak boleh jadik perempuan)
* Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
(Betul.....)
* Sangat berani dan suka memberontak.
(Takut jugak..takdelah berani sangat)
* Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
(Dari kecik memang gua kuat berangan)
* Pemerhatian yang tajam.
(Takdelah..tak tajam pun. Selalu miss parking space)
* Suka hiburan dan sukan.
(Yup..its in my blood)
* Suka benda yang bersifat seni.
(Also in my blood)
* Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
(Yup..really not romantic)
* Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
(Tipu...)
* Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
(Aku pernah habiskan RM5000 dalam masa 4 hari)
* Belajar untuk mempamerkan emosi
(Always belajar..dulu kaku)


`

Monday, August 11, 2008

Hingga Hujung Waktu


`

Friday, August 08, 2008

Like I'm Used to be

Quite a long time since my last posted entry.

Minggu ni adalah minggu yang menguji kesabaran. Kadang-kadang hampir hilang sabar juga, tetapi buat-buat bodoh je. Tiap bulan lalu benda yang sama, takkan bulan ni tak boleh nak sabar lagi. Lagipun for sure seumur hidup aku akan diuji untuk kesabaran yang macam ni. Tambahkan kesabaran, ceriakan kehidupan.

Plan for this weekend, I'll attend the photography talk at ikano on Saturday, maybe full session. On Sunday will attend Achik's Kenduri Akikah at Rawang. Have to shoot a few photo there for CakapBerapi. Then rushing back to Ikano to attend the 2nd Session only. From 2pm-3.30pm. Maybe Bubu will accompany me the whole day (if only her 'mood' dah ok, since minggu ni tak pernahnya ok).. if not, I'll be a lone ranger then. Like I'm used to be...

A photo of me taking a shot of myself.. lonely at home.


`

Friday, August 01, 2008

Fight Back to School

Last week saya ada jemputan kahwin di Segamat. Agak lama juga saya tidak ke Segamat, kali terakhir adalah ketika majlis persandingan housemate saya iaitu En Zamri Zaini di Felda Moakil pada bulan Disember tahun lepas. Selepas itu memang tidak ada. Jika dikira sudah 7 bulan saya tidak menjejakkan kaki di bumi Segamat, tempat yang hampir menjadi tanah tumpah darah saya.

Saya tidak mahu mengulas mengenai majlis perkahwinan yang saya hadiri kerana sudah dijelaskan di blog yang satu lagi, kalau nak baca buka sajalah blog itu. Saya mahu menceritakan mengenai perjalanan saya & En Faizul yang banyak mengimbas kenangan semasa kami di Segamat.

Tempat pertama yang kami singgahi adalah Bus Stand Segamat. Dulu, semasa saya di Smkas dan di UiTM Segamat, Bus Stand Segamat terbahagi kepada dua iaitu Bus Stand utk Bas Henti-Henti di Segamat atas, dan Bus Stand utk Bas Ekspress di Seri Genuang. Sekarang Bas Stand Segamat hanya ada satu, iaitu di Tapak Bas Stand Bas Henti-Henti, bersebelahan Stesen KTM. Bas Yow Hoe begitu sinonim dengan kami, pelajar Smkas kerana bas ini sahajalah yang mahu membawa kami ke Segamat Baru. Setelah 11 tahun meninggalkan sekolah, bas Yow Hoe tetap menggunakan kaler yang sama. Mungkin ini adalah kaler keramat mereka. Bas Sekolah Kuning pula amatlah berjasa kepada siswa-siswi UiTM Segamat. Tambang pada masa saya menjadi Siswa adalah RM1 sehala. Walaupun kami pada waktu itu adalah siswazah, tetapi kami tetap di panggil budak sekolah. Bas Cepat Ekspres pula adalah medium yang paling penting ketika cuti sekolah atau pun cuti hujung minggu untuk saya & kawan-kawan balik ke kampung. 15 tahun yang lepas, Bas Cepat tidaklah secepat mana, tetapi sekarang berdasarkan pengalaman, Bas Cepat memang lah Cepat & boleh diharapkan.

Selepas meraikan majlis perkahwinan Dewi, kami terus bergegas ke Smkas. Sebenarnya ia tidaklah termasuk dalam agenda perjalanan, tetapi alang-alang sudah sampai di sini, singgah la kejap. Mulanya kami menyangka kami tidak dapat masuk kedalam seperti yang pernah terjadi sebelum ini, tetapi mungkin nasib kami baik, kami dapat masuk tanpa banyak kerenah.

Segalanya dah berubah. Baik dari signboard depan tu sampailah ke Dewan Makan. Paling ketara adalah warna bangunan yang lebih ceria. Tangga di Dataran juga telah diupgrade dengan tiles dan ditambah dengan bumbung, nampak sungguh selesa walaupun menggunakan warna yang begitu kontras.

Saya pergi menyelidik kelas lama saya. Gambar di bawah adalah bekas kelas saya iaitu 5 Abu Bakar. Sejak setahun yang lepas, ia telah ditukar menjadi kelas Tingkatan 2 At-Tarmidzi.. Bangga jugalah sekurang-kurangnya nama saya digunakan di kelas itu. Susun atur meja juga telah berubah, pada zaman kami dahulu, kami lebih suka duduk secara berkumpulan. Senang cabut kelas & meniru ketika ujian.

Seterusnya saya pergi ke Aspura pula. Totally berubah. Bila masa Aspura yang sepatutnya 'brutal' menjadi agak-agak manja. Dengan warna yang sama dengan warna sekolah & begitu banyak pokok renek yang menghiasi, begitu membuat saya rasa seperti pergi ke Aspuri pula. Mujurlah masih ada signboard yang menunjukkan bahawa ini memang aspura. Dorm Ali yang menjadi tempat saya menyimpan baju dan kadang-kadang tempat tidur (saya lebih kerap tidur di Dorm Kindi, Farabi, Ghazali & Ibnu Sina selain bilik bacaan) telah bertukar menjadi bilik belajar. Mungkin kerana sifatnya yang bukan seperti dorm telah menjadikannya sedemikian. Dorm Ali juga pada zaman saya dahulu lebih kepada 'Port Pukul Budak'. Sebab itulah saya jarang berada di Dorm kerana tidak mahu terbabit dalam aktiviti tidak sihat itu.

Kami tidak lama di Smkas, masih ada beberapa gambar yang saya akan masukkan, tapi tunggulah di Blog yang lagi satu. Kami meneruskan perjalanan ke Pagoh untuk mengambil durian. Sungguh tenang keadaan di Pagoh. Dan baru hari itu saya tahu yang perjalanan ke Segamat lebih dekat jika melalui Pagoh berbanding Tangkak. Ketibaan kami disambut mesra oleh kawan Paijo & Parentsnya. Menanti kami, tu hah..ntah berapa biji durian yang siap untuk dibedal. Yang di dalam kereta sorong itu adalah bekalan untuk di bawa ke KL. Di sini juga saya dapat lihat secara live seekor kucing yang makan durian dengan lahap seperti makan ikan.

Selesai tapau, kami bergerak pulang melalui tol Pagoh. Saya sungguh bertuah saya hanya menjadi penumpang. Jalan agak sesak tetapi tidaklah begitu jem.

Begitu ramai yang bergegas pulang ke ibukota. Esoknya bermula minggu yang baru..



`