Friday, August 01, 2008

Fight Back to School

Last week saya ada jemputan kahwin di Segamat. Agak lama juga saya tidak ke Segamat, kali terakhir adalah ketika majlis persandingan housemate saya iaitu En Zamri Zaini di Felda Moakil pada bulan Disember tahun lepas. Selepas itu memang tidak ada. Jika dikira sudah 7 bulan saya tidak menjejakkan kaki di bumi Segamat, tempat yang hampir menjadi tanah tumpah darah saya.

Saya tidak mahu mengulas mengenai majlis perkahwinan yang saya hadiri kerana sudah dijelaskan di blog yang satu lagi, kalau nak baca buka sajalah blog itu. Saya mahu menceritakan mengenai perjalanan saya & En Faizul yang banyak mengimbas kenangan semasa kami di Segamat.

Tempat pertama yang kami singgahi adalah Bus Stand Segamat. Dulu, semasa saya di Smkas dan di UiTM Segamat, Bus Stand Segamat terbahagi kepada dua iaitu Bus Stand utk Bas Henti-Henti di Segamat atas, dan Bus Stand utk Bas Ekspress di Seri Genuang. Sekarang Bas Stand Segamat hanya ada satu, iaitu di Tapak Bas Stand Bas Henti-Henti, bersebelahan Stesen KTM. Bas Yow Hoe begitu sinonim dengan kami, pelajar Smkas kerana bas ini sahajalah yang mahu membawa kami ke Segamat Baru. Setelah 11 tahun meninggalkan sekolah, bas Yow Hoe tetap menggunakan kaler yang sama. Mungkin ini adalah kaler keramat mereka. Bas Sekolah Kuning pula amatlah berjasa kepada siswa-siswi UiTM Segamat. Tambang pada masa saya menjadi Siswa adalah RM1 sehala. Walaupun kami pada waktu itu adalah siswazah, tetapi kami tetap di panggil budak sekolah. Bas Cepat Ekspres pula adalah medium yang paling penting ketika cuti sekolah atau pun cuti hujung minggu untuk saya & kawan-kawan balik ke kampung. 15 tahun yang lepas, Bas Cepat tidaklah secepat mana, tetapi sekarang berdasarkan pengalaman, Bas Cepat memang lah Cepat & boleh diharapkan.

Selepas meraikan majlis perkahwinan Dewi, kami terus bergegas ke Smkas. Sebenarnya ia tidaklah termasuk dalam agenda perjalanan, tetapi alang-alang sudah sampai di sini, singgah la kejap. Mulanya kami menyangka kami tidak dapat masuk kedalam seperti yang pernah terjadi sebelum ini, tetapi mungkin nasib kami baik, kami dapat masuk tanpa banyak kerenah.

Segalanya dah berubah. Baik dari signboard depan tu sampailah ke Dewan Makan. Paling ketara adalah warna bangunan yang lebih ceria. Tangga di Dataran juga telah diupgrade dengan tiles dan ditambah dengan bumbung, nampak sungguh selesa walaupun menggunakan warna yang begitu kontras.

Saya pergi menyelidik kelas lama saya. Gambar di bawah adalah bekas kelas saya iaitu 5 Abu Bakar. Sejak setahun yang lepas, ia telah ditukar menjadi kelas Tingkatan 2 At-Tarmidzi.. Bangga jugalah sekurang-kurangnya nama saya digunakan di kelas itu. Susun atur meja juga telah berubah, pada zaman kami dahulu, kami lebih suka duduk secara berkumpulan. Senang cabut kelas & meniru ketika ujian.

Seterusnya saya pergi ke Aspura pula. Totally berubah. Bila masa Aspura yang sepatutnya 'brutal' menjadi agak-agak manja. Dengan warna yang sama dengan warna sekolah & begitu banyak pokok renek yang menghiasi, begitu membuat saya rasa seperti pergi ke Aspuri pula. Mujurlah masih ada signboard yang menunjukkan bahawa ini memang aspura. Dorm Ali yang menjadi tempat saya menyimpan baju dan kadang-kadang tempat tidur (saya lebih kerap tidur di Dorm Kindi, Farabi, Ghazali & Ibnu Sina selain bilik bacaan) telah bertukar menjadi bilik belajar. Mungkin kerana sifatnya yang bukan seperti dorm telah menjadikannya sedemikian. Dorm Ali juga pada zaman saya dahulu lebih kepada 'Port Pukul Budak'. Sebab itulah saya jarang berada di Dorm kerana tidak mahu terbabit dalam aktiviti tidak sihat itu.

Kami tidak lama di Smkas, masih ada beberapa gambar yang saya akan masukkan, tapi tunggulah di Blog yang lagi satu. Kami meneruskan perjalanan ke Pagoh untuk mengambil durian. Sungguh tenang keadaan di Pagoh. Dan baru hari itu saya tahu yang perjalanan ke Segamat lebih dekat jika melalui Pagoh berbanding Tangkak. Ketibaan kami disambut mesra oleh kawan Paijo & Parentsnya. Menanti kami, tu hah..ntah berapa biji durian yang siap untuk dibedal. Yang di dalam kereta sorong itu adalah bekalan untuk di bawa ke KL. Di sini juga saya dapat lihat secara live seekor kucing yang makan durian dengan lahap seperti makan ikan.

Selesai tapau, kami bergerak pulang melalui tol Pagoh. Saya sungguh bertuah saya hanya menjadi penumpang. Jalan agak sesak tetapi tidaklah begitu jem.

Begitu ramai yang bergegas pulang ke ibukota. Esoknya bermula minggu yang baru..



`

8 comments:

rainz said...

suke tengok gambar!!!!

ain fadzal said...

bas sekolah baru xde gmbr ke?

AmatMizi said...

Ain : Bas Sekolah waktu tu takde.. takde rezeki la nak tgk bas aircond.

Apah : Nnti aku ltk gmbr aku byk2..mesti ko laaaaagi suke haha

Anonymous said...

bas cepat tu nak ke mana ek? ade lg yg ke kl x? i'm just curious of its whereabout. cari kat pudu x de..

AmatMizi said...

Jane : as far as i know, Cepat Eksress tu mmg gi Pudu ngan. Tp maybe dia dah tuka kat Putra, sbb selalu nmpk bas tu ke situ, tp tak sure plak bas cepat yg kemana.

ain fadzal said...

segamat tu kampung ke?

AmatMizi said...

Segamat Kg No2..

rainz said...

mahu lagi...kami mahu lagi.. we want more we want more...haha...