Friday, July 25, 2008

Shop till U Drop

Aku lelaki normal. Lelaki normal tidak boleh atau tidak mampu untuk shoping lebih dari dua jam, mungkin ada yang lebih dan yang kurang, tetapi puratanya adalah dua jam.

Semalam aku telah menghabiskan hampir 4 jam shoping di Jusco Midvalley sempena JCard Day yang hanya berlaku sehari sahaja. Seperti biasa saya akan bershoping bersama Bubu saya. Kami sudah berjaya mendapat sebahagian checklist untuk barang hantaran kami. Cuma benda-benda kecil sahaja yang masih belum mahu dibeli. Mencari barang saya yang mengandungi 4 barang hanya memakan masa satu jam, manakala mencari barang Bubu yang hanya 2 barang memakan masa dua jam. Ditambah dengan mencari langsir, bantal, runner, itu semua memakan masa sejam. Saya pada jam yang terakhir itu hanya mampu untuk berdiri setempat dan kadang-kadang duduk mencangkung kerana tidak larat untuk bershoping lagi. Bubu pula selamba je macam baru setengah jam bershoping, padahal semasa di dalam kereta dia selalu kata dia penat. Memang orang perempuan seperti itu. Punya tenaga lebihan apabila bershoping. Macam kereta yang ada minyak spare. Walaupun minyak dah bling bling tapi masih boleh pergi lebih 40km.

Esok, mungkin kami akan ke Sogo pula untuk melengkapkan checklist kami. Harapnya kali ini saya akan dapat minyak spare tersebut.


`

2 comments:

ain fadzal said...

kalau nak beli brg2 untuk hiasan hantaran,

beli la di sayang-u.

;)

rainz said...

bubu mempunyai semangat juang yang sama seperti aku..hahha...