Thursday, July 24, 2008

Sickness is the Reminder of our Sin.

Orang kata, kalau kita ada penyakit yang susah nak dikesan, atau pun apabila kita akan diserang dengan penyakit yang agak teruk, tapak tangan kita senang berpeluh.

Saya pernah menonton Oprah PrimeTime (well, its the feminine side of me), dalam rancangan tu ada sub show yang dinamakan Ask Dr Oz. Dr Oz pernah berkata mengenai tangan yang mudah berpeluh. Ianya bukanlah mutasi atau kecacatan, tetapi tanda-tanda yang badan kita mempunyai penyakit. Bukanlah teruk tetapi itu adalah normal.

Sejak akhir-akhir ini saya selalu letih bila bangun pagi, lebih-lebih lagi dibahagian kaki & pinggang. Mata saya juga cepat penat apabila saya menghadap komputer lebih daripada 1 jam. Disamping itu saya selalu mengalami pening kepala yang menyebabkan saya tidak selesa ketika bekerja. Satu lagi simptom yang merisaukan saya adalah tapak tangan saya selalu berpeluh akhir-akhir ini. Sampai membuat saya tidak selesa.

Mungkin itu adalah peringatan untuk saya menjaga kesihatan dan selalu bersenam. Masuk bulan ini saya rasa hampir setahun saya tidak melakukan apa-apa senaman. Saya dah berjanji pada diri sendiri untuk mula berjogging mulai hari isnin minggu hadapan. Di harap saya ingat pada janji saya pada diri sendiri.

Tetapi, tapak tangan saya tidak pula terasa gatal-gatal walaupun esok saya akan mendapat gaji, dan malam ini saya bakal menghabiskan duit di MidValley.


`

2 comments:

Soraya Zainal said...

Amat.. ko lom kawen lg.. jagalah kesihatan.

Cian Bubu :P

Anonymous said...

Darah tengah manis gitu la mat. Badan mmg cepat letih pasal otak ko asik pk pasal majlis kawin jek. kalau ko nak rilek sket ko pegi la massage kat spa. Kat flamingo ampang ada ramai masseur melayu. Full sevice lagi. Terkemudian daripada itu kau akan ditetak oleh bubumu dengan parang chengkol kakaka. Rilek mat