Tuesday, April 29, 2008

Sleeping Child

Tidurlah kasih tidurlah sayang
Aku dodoi nyanyikan lagu kasih
Lagu kasih
Ku martabatkan namamu putera
Aku nandong nobatkan lagu kasih
Agar tidurmu kedamaian
Kekasih dengarkan Alunan syahdu iramaku
Kekasih hayati Dalam tiap puri mimpi-mimpi

Di dodoi di dodoi dodoi di dodoi
Aku dodoi lagu kasih
Di dodoi di dodoi dodoi di dodoi
Zikir kasih
Pejamkan mata putera jauhari
Syair indah puisi zikir kasih
Zikir kasih
Gurindam jiwa berbait rima
Usah gundah dulana kau kekasih
Laksana lena mengasyikkan


`

Monday, April 28, 2008

Its been a year

Kdg-kdg aku rasa setahun tu cuma diantara kerlipan mata, tp kdg2 setahun tu juga seperti menunggu buah tak gugur.. mcm menunggu bila hari utk mendapat bonus, atau pun bila hari untuk kita berpuasa.. sama juga bagi aku yang menunggu hari ulang tahun "declare" aku dgn Bubu..
Maybe dis is the first time, so rasa excited dia lain mcm sket. Kenapa aku tunggu sgt anniversary ni? Sbb aku rasa mcm dah couple lama gila dgn dia.. within setahun kitorang dah bertunang, and insyallah b4 2 tahun kitorang akan kawin.. sbb tu aku menunggu hari anniversary utk menyedarkan pada diri aku bahawa jarak masa yang panjang bukan penentu pada sesuatu hubungan..



The celebration is very simple.. mkn nasi lemak bungkus je & aku bg hadiah yg tak seberapa.. tak romantik sungguh.. huhuh..

Harap2nya semua berjalan lancar hingga ke akhir waktu..


I Love Her So Much...

Jiwangnya aku..


`

Tuesday, April 22, 2008

Hobi

Semasa aku baru berinjak ke alam bersekolahan, pertanyaan yang begitu popular selain cita-cita adalah "apakah hobi kamu"? Jawapan yang paling popular mungkin "membaca buku" atau pun "mengumpul setem"..tapi adakah jawapan itu memang betul?

Aku ingat lagi masa aku darjah 4 @ 5 aku pernah menjawab hobi aku adalah menonton TV dan hasilnya semua orang memandang slack pada aku. Adakah jawapan itu terlalu biasa atau pun terlalu lari dari hobi rakan2 yg lain. Adakah jawapan itu belum boleh diterima semasa zaman itu? Mungkin.. sebab di zaman aku dulu hobi menonton TV selalu disalah ertikan dgn benda2 yg tidak baik. Budak2 yang suka menonton TV ni biasanya suka berkhayal, suka membuang masa dan tidak focus pada pelajaran. Tetapi aku telah menidakkan semua itu bila aku dapat score 4A semasa UPSR & menidakkan angapan2 negatif tersebut.

Beruntungnya bebudak sekarang bila "hobi" seperti aku dulu tidak lagi dipandang negatif. Malah ada semacam galakan untuk diorang terus menonton TV. Lihat sahaja iklan Astro yg terang2 menunjukkan hobi menonton TV itu adalah baik. Mungkin dahulu tidak ada Astro, sbb tulah semua memandang serong dgn hobi aku itu. Tp ironinya bebudak skrg lebih enjoy menonton Astro Ceria berbanding berfikir sambil menonton National Geography.

Tetapi sekarang jarang2 dapat melakukan hobi aku itu, mungkin kesibukan menyebabkan aku tak dpt menghabiskan masa dihadapan TV. Hanya sekadar melayan game bola setiap weekend dah cukup bermakna pada aku. Mungkin aku perlu tukar hobi..menjadi seperti Bubu

Bubu yang sedang melakukan hobinya dia TCRS Mid Valley... ya, hobinya adalah tido...

Thursday, April 17, 2008

QURSA

Skrg tgh sibuk menyediakan report utk QUarter Review & Strategic Alignment..

Benci betul bila kena sediakan report atas kerja yang kita baru nak kenal.. & berdasarkan KRA yang baru dibuat (oleh diri sendiri).

For sure akan ada byk action plan & moving forward sbb terlalu byk yg merah.

2nd Quarter Insyaallah semua hijau..

Friday, April 11, 2008

Ninja Girl

Ninja Girl Versi Malaysia

,

Thursday, April 10, 2008

KI-TE

I thought that silly things is over, but it still come back over & over.
Kadang-kadang, mungkin bukan kadang-kadang lah... memang aku dah tak larat nak layan kerenah dia tu. Dari dulu sampai sekarang tak pernah berubah. I really hate that.

PENIPU! PEMBOHONG! PELAKON! BLOODSUCKER! PEROSAK!

Dari dulu sampai sekarang tak pernah nak berubah. Dah terjatuh tergolek pun masih nak macam tu lagi.Langsung tak pernah berubah.

Biarlah, aku dah ada kehidupan lain yang jauh lebih bagus dari yang dulu. Dan yang lagi bagus aku tak perlu lagi mendengar pembohongan setiap hari.

I've rest my case...


~~

Wednesday, April 09, 2008

Ah Seng Towkey Bengkel

Semalam aku dah menghabiskan duit dengan merepair scoot aku yang dah nak berderai tu. Setelah 5 tahun dia berkhidmat utk aku & Lanz, akhirnya dia mendapat pembelaan yang sewajarnya. Mungkin sebelum ini aku terlalu bias dengan melebihkan Kelly padahal scoot ini telah lebih dahulu menghulurkan khidmatnya kepada aku. Mengapalah aku begitu lupa daratan. Niat asalnya cuma ingin basic service + tukar timing belt, tapi bila dah buka sana buka sini, mmg byk yang patut aku tukar. Semalam sahaja aku dah habiskan RM400 untuk pembelaan scoot aku. Dengan duit sebegitu byk aku boleh merepair aircond Kelly yang sudah berbunyi bising tapi aku gunakan duit tersebut untuk menjaga kebajikan scoot aku. Sebabnya Kelly aku ada kat Kampung..huhuhu..

Hampir 5 jam aku menghabiskan masa dia bengkel Ah Seng yang begitu prihatin terhadap scoot aku melebihi aku sendiri. Hampir 5 jam jugalah aku memperkayakan ilmu mengenai scooter & hampir 5 jam jugalah aku melilau2 di sekitar bengkel tersebut. Satu yang aku kagumi dengan pemuda bernama Ah Seng ni, dia muda lagi tapi dia dah ada sebuah bengkel, corner lot, ada 2 orang pekerja, seorang Isteri, seorang anak perempuan dan sebuah Toyota Vios..yummy..Toyota Vios.

Tiba2 aku berasa alangkah beruntungnya jika dimasa aku bersekolah dulu aku lebihkan minat aku kepada bidang2 yang teknikal instead of theory. Alangkah bagusnya jika semasa di Universiti aku mengambil bidang engineering, designing or architecture instead of Business Studies.Ye kawan2, Bisnes Studi. Kursus yang begitu ramai bilangan pelajarnya.Kursus yang ditawarkan hampir disemua Universiti & Kolej2 Swasta. Kursus yang begitu general. Jika aku mengambil bidang teknikal, mungkin waktu ini aku tidak perlu untuk pergi kerja dengan memakai kemeja lengan panjang, berseluar slack & bertali leher, berkasut kulit hitam & perlu memakai perfume agar seiring dengan penampilan. Mungkin aku hanya perlu berseluar jeans dan memakai t-shirt kegemaran aku yang tentunya sungguh selesa.

Tapi itu semua dah lama berlalu. Aku juga yang memilih jalan ini. Kadang2 terfikir sesetengah kawan yang arah hidupnya ditentukan oleh ibu bapa mereka walaupun mereka sudah boleh memilih jalan sendiri. Mungkin pilihan ibu bapa lagi sesuai sebab mereka memerhati kita, mereka tahu tentang potensi yang ada dalam diri kita & mereka mahu kita lebih berjaya dari mereka.Aku pula hanya sekali merasa sedemikian iaitu semasa dikerahkan ke SeMeKAS Bumi Bertuah, selebihnya aku sendiri yang tentukan. Dan aku tak perlu menyesal dengan jalan yang aku pilih ini sebab hidup ini serba melengkapi. Mungkin jika aku terlebih dahulu memilih bidang teknikal aku akan menyebabkan Ah Seng tidak dapat untuk membuka bengkel tersebut & memiliki apa yang dia ada sekarang kerana Ah Seng tidak minat membaca & menghafal teori2 serta menghadap komputer 8 jam sehari. Mungkin juga aku ada banyak lagi kelebihan dalam bidang aku ini yang belum aku terokai & tak tidak sedar lagi yang satu masa nanti aku juga akan memiliki apa yang dimiliki Ah Seng. Semuanya Mungkin. Cuma perlu lebih berusaha.

*Aku berterima kasih sangat pada mak & abah aku kerana menghantar aku ke SeMeKAS.


~~

Orang Gaji

Masa aku baru2 mencari kerja, fikiran aku agak dangkal. Aku masih teringat pada masa itu aku sedang mengisi borang di salah satu agensi mencari pekerjaan di USJ bersama rakan baik aku waktu itu, Alies (baca Alice) seorang Perempuan Cina dalam lewat 20an dengan penuh amarahnya memukul seorang Wanita Indonesia yang nampak terlalu naif. Semakin kuat Wanita Indonesia itu menjerit, semakin kuat Perempuan Cina itu memaki, menampar & memukul. Aku & Alies pada waktu itu tidak tahu hendak berbuat apa. Adakah perlu menahan Perempuan Cina itu atau melihat sahaja drama swasta tak berbayar itu. Akhirnya kami memilih pilihan yang kedua sebab kami rasa mesti ada sebab Perempuan Cina tersebut berkelakuan sedemikian.

Rupa2nya memang ada sebab yang pada masa tu aku rasa biasa2 je. Sebabnya Wanita Indonesia tersebut telah melanggar kontrak Pembantu Rumah yang telah dia tandatangani dengan Agensi Perempuan Cina itu dan telah menyebabkan Perempuan Cina itu rugi hampir RM5000 & berkemungkinan akan disaman oleh kliennya yang berasa ditipu oleh Agensi Perempuan Cina itu. Patutlah dia begitu marah dan bertindak sampai sebegitu rupa.

Kisah selepas itu tidaklah pula aku ketahui sebab agensi tersebut tidak menghubungi aku lagi & aku pula tidak mencuba apa-apa untuk mengetahui kisah selanjutnya sebab pada aku mencari kerja itu adalah lagi penting daripada sibuk2 menjaga tepi kain orang lain.

Sekarang bila aku dah hampir 7 tahun bekerja, berlaku lagi kisah yang melibatkan Pembantu Rumah ni. Kakak kepada Tunang aku merangkap Bakal Kakak Ipar aku menghadapi masalah dengan Pembantu Rumahnya yang belum sampai setahun dah 3 orang bertukar. Yang pertama Perempuan yang agak berumur, rajin, naif tapi tak dapat bertahan lama sebab ingin pulang ke kampung halaman tanah seberang. Yang kedua Perempuan yang muda, dalam 26 tahun, kuat berborak, pandai main sms, ada husband di Shah Alam & hanya bertahan sebulan sahaja sebab ingin mengikuti suaminya. Yang ketiga Perempuan muda juga, 28 tahun, kuat tidur & ada suami di Kedah. Baru je bekerja 5 hari dah minta berhenti sebab ingin mengikuti suaminya dia Kedah.

Apakah sebenarnya agenda mereka2 ini dtg kesini? ingin bekerja atau ingin mengikuti suami? Adakah kontak yang diikat dengan agensi2 terbabit hanya digunakan untuk datang ke Tanah Bartuah ini & selepas itu mempergunakan segala kesempatan yang ada untuk mencapai niat asal mereka?

Sekarang barulah aku dapat merasai betapa marahnya Perempuan Cina itu dan betapa pandainya Wanita2 tersebut menggunakan peluang yang terhidang dihadapan mata. Bertindak dalam senyap & menggunakan peluang sebaik mungkin.

Penghisap Darah yang Sebenar-benarnya..



~~

Monday, April 07, 2008

Wira Rim 17"

Sabtu lepas Ajib dah ambik Wira Andak bawak blk kg.. & mulai hari tu jugak la aku patah kaki.. 2 hari cuti aku dok rumah tgk tv je..punyelah boring..
Betullah org pernah kata yang manusia tak akan puas dengan apa yang dia ada.. dulu masa aku takde kereta lagi, aku tak kisah pun berpanas naik motor kips Abalong kemana-mana, even masa tu terpaksa bergilir-gilir dgn Abalong.. & bila dah upgrade sket naik skuter, lagi la aku tak kisah nak berjalan kemana2..sampai Johor pun pernah.. & mulai hari itu aku dah tak sentuh Kips Abalong dah.. bila dah ada kereta plak sket2 aku lupakan Skuter aku.. aku kasik Lanz pakai utk kesenangan dia..sampai dah hampir jahanam baru la aku nak jaga blk.. bila kereta dah tinggal kat kg baru aku guna blk skuter aku.. & bila tiba waktu cuti2 yang biasanya aku tak dok umah, aku dah malas nak kuar naik skuter.. sbb panas & hujan.. huh, alangkah sombongnye aku..

~~~~~~~~~~~~~~

Ajib dah hampir berjaya dlm interview dia.. harap2nya dia lepas interview tu & dpt post Pemerhati Udara tu.. skrg baru dpt rasa seronoknye bila adik2 sendiri berjaya.. dulu aku tak rasa cmni pun bila tgk dia dpt smbg kat Poli, Konvo.. tp skrg rasa seronok bila dia cite apa yang dia lalu.. harap2 dia berjaya & dpt posting kat Semenanjung semula.. kesian sorg2 dok kat Sabah tu..

~~~~~~~~~~~~~~

Dah ricky2 sket rumah2 dkt ngan rumah aku tu.. igt pas dah lega sket otak ni bleh la beli rumah plak.. byr bulan2 pun mcm byr sewa je byknye.. really think that I should buy one la.. nnti pas kawen dah stabil klu nak pindah Shah Alam ke, Johor ke rumah tu bleh la disewakan plak..

~~~~~~~~~~~~~~

Kebuncitan aku skrg dah begitu merunsingkan.. last friday aku beli seluar size 36".. sbb seluar2 yang lain dah sempit.. risau sungguh aku bila mengenangkan kemungkinan2 yang akan berlaku akibat kebuncitan ni.. dulu aku begitu risau bila berat badan aku hanya 50kg (masa di SeMeKAS) dan berpinggang 27".. masuk UiTM berat dah naik sket.. 55kg dan berpinggang 29"..
lepas tu maintain sampai la dah bekerja.. paling kuat pun aku capai berat 64kg dan pinggang 32".. tp sejak akhir2 ni berat aku dah sampai 76kg & pinggang aku dah 36"... aku tak boleh bayangkan bila aku dah kawen nanti..mungkin berat aku akan mencapai 90kg & pinggang 40".. susah jugak nak figure out apa sebabnya berat badan aku mencanak2 naik sejak akhir2 ni.. org kata "hati senang" sbb tu badan naik.. hati mungkin senang tapi otak ni berserabut.. really need to get that exercise back.. jogging & futsal.. aku dah janji kat opismate aku utk turun ke 70kg by this May.. aduh smpt ke tidak..

~~~~~~~~~~~~~~

Smlm Bubu cite psl Mak & Papa.. akhirnya dorg akan divorce.. sedih gak, tp itulah yang terbaik pun.. dlm kitorg sibuk2 nak kawen bleh plak dorg divorce.. huhuhuhu...sedih2.. cmne la nak bgtau Mak & Abah nnti..


~~~~~~~~~~~~~~ Da..

Friday, April 04, 2008

Lately

Lately aku agak risau akan sesuatu...
Lately aku rasa masa berjalan dengan pantas...
Lately aku jarang balik kerja lewat...
Lately aku jarang makan malam...
Lately aku rindu sangat kat Kelisa aku...
Lately aku teringin nak pergi jogging...
Lately aku rindu nak main futsal...
Lately aku teringin sangat nak main volleyball...
Lately aku rasa macam takde kerja...
Lately aku teringin nak tukar kerja...
Lately aku tak suka bawak kereta...
Lately aku enjoy sangat bawak scooter aku...
Lately aku terfikir nak pindah rumah...
Lately aku rasa pinggang aku dah sampai 36inci...
Lately aku suka masak...
Lately aku suka menulis...
Lately aku ada macam-macam idea nak tulis kat Cakap Berapi...
Lately aku suka melawat blog2 junior SeMeKAS aku...
Lately aku teringat kat "someone" yang tak patut aku ingat lagi...
Lately aku rasa aku dah sedia nak jadi suami...
Lately aku rasa tak sabar nak ada isteri...
Lately aku rasa tak sabar nak ada baby...

~Lately je...sebab tu selalu late datang opis....huhuh~

Thursday, April 03, 2008

1st Draft

Sempurna... Lambat lagi..