Tuesday, April 22, 2008

Hobi

Semasa aku baru berinjak ke alam bersekolahan, pertanyaan yang begitu popular selain cita-cita adalah "apakah hobi kamu"? Jawapan yang paling popular mungkin "membaca buku" atau pun "mengumpul setem"..tapi adakah jawapan itu memang betul?

Aku ingat lagi masa aku darjah 4 @ 5 aku pernah menjawab hobi aku adalah menonton TV dan hasilnya semua orang memandang slack pada aku. Adakah jawapan itu terlalu biasa atau pun terlalu lari dari hobi rakan2 yg lain. Adakah jawapan itu belum boleh diterima semasa zaman itu? Mungkin.. sebab di zaman aku dulu hobi menonton TV selalu disalah ertikan dgn benda2 yg tidak baik. Budak2 yang suka menonton TV ni biasanya suka berkhayal, suka membuang masa dan tidak focus pada pelajaran. Tetapi aku telah menidakkan semua itu bila aku dapat score 4A semasa UPSR & menidakkan angapan2 negatif tersebut.

Beruntungnya bebudak sekarang bila "hobi" seperti aku dulu tidak lagi dipandang negatif. Malah ada semacam galakan untuk diorang terus menonton TV. Lihat sahaja iklan Astro yg terang2 menunjukkan hobi menonton TV itu adalah baik. Mungkin dahulu tidak ada Astro, sbb tulah semua memandang serong dgn hobi aku itu. Tp ironinya bebudak skrg lebih enjoy menonton Astro Ceria berbanding berfikir sambil menonton National Geography.

Tetapi sekarang jarang2 dapat melakukan hobi aku itu, mungkin kesibukan menyebabkan aku tak dpt menghabiskan masa dihadapan TV. Hanya sekadar melayan game bola setiap weekend dah cukup bermakna pada aku. Mungkin aku perlu tukar hobi..menjadi seperti Bubu

Bubu yang sedang melakukan hobinya dia TCRS Mid Valley... ya, hobinya adalah tido...

4 comments:

Soraya Zainal said...

tido? same mcm hobi arfa :D

ain fadzal said...

dan aku juga..

yay!!

Anonymous said...

kasihan bubu.. gambarnya dimanipulasi.. heh..

masa darjah 5 dulu aku pun suka tgk tv.. balik sekolah agama je terus tgk tv.. hehe..

AmatMizi said...

Dulu layan cite Gaban & Surya Perkasa Hitam.. time sekolah agama snyp2 cabut tgk tv kat kedai mkn..

Jane : Dia mmg suka mukanya terpampang kat blog aku..

Ain & Sue : Hampir semua org hobinya adalah tido..