Wednesday, April 09, 2008

Ah Seng Towkey Bengkel

Semalam aku dah menghabiskan duit dengan merepair scoot aku yang dah nak berderai tu. Setelah 5 tahun dia berkhidmat utk aku & Lanz, akhirnya dia mendapat pembelaan yang sewajarnya. Mungkin sebelum ini aku terlalu bias dengan melebihkan Kelly padahal scoot ini telah lebih dahulu menghulurkan khidmatnya kepada aku. Mengapalah aku begitu lupa daratan. Niat asalnya cuma ingin basic service + tukar timing belt, tapi bila dah buka sana buka sini, mmg byk yang patut aku tukar. Semalam sahaja aku dah habiskan RM400 untuk pembelaan scoot aku. Dengan duit sebegitu byk aku boleh merepair aircond Kelly yang sudah berbunyi bising tapi aku gunakan duit tersebut untuk menjaga kebajikan scoot aku. Sebabnya Kelly aku ada kat Kampung..huhuhu..

Hampir 5 jam aku menghabiskan masa dia bengkel Ah Seng yang begitu prihatin terhadap scoot aku melebihi aku sendiri. Hampir 5 jam jugalah aku memperkayakan ilmu mengenai scooter & hampir 5 jam jugalah aku melilau2 di sekitar bengkel tersebut. Satu yang aku kagumi dengan pemuda bernama Ah Seng ni, dia muda lagi tapi dia dah ada sebuah bengkel, corner lot, ada 2 orang pekerja, seorang Isteri, seorang anak perempuan dan sebuah Toyota Vios..yummy..Toyota Vios.

Tiba2 aku berasa alangkah beruntungnya jika dimasa aku bersekolah dulu aku lebihkan minat aku kepada bidang2 yang teknikal instead of theory. Alangkah bagusnya jika semasa di Universiti aku mengambil bidang engineering, designing or architecture instead of Business Studies.Ye kawan2, Bisnes Studi. Kursus yang begitu ramai bilangan pelajarnya.Kursus yang ditawarkan hampir disemua Universiti & Kolej2 Swasta. Kursus yang begitu general. Jika aku mengambil bidang teknikal, mungkin waktu ini aku tidak perlu untuk pergi kerja dengan memakai kemeja lengan panjang, berseluar slack & bertali leher, berkasut kulit hitam & perlu memakai perfume agar seiring dengan penampilan. Mungkin aku hanya perlu berseluar jeans dan memakai t-shirt kegemaran aku yang tentunya sungguh selesa.

Tapi itu semua dah lama berlalu. Aku juga yang memilih jalan ini. Kadang2 terfikir sesetengah kawan yang arah hidupnya ditentukan oleh ibu bapa mereka walaupun mereka sudah boleh memilih jalan sendiri. Mungkin pilihan ibu bapa lagi sesuai sebab mereka memerhati kita, mereka tahu tentang potensi yang ada dalam diri kita & mereka mahu kita lebih berjaya dari mereka.Aku pula hanya sekali merasa sedemikian iaitu semasa dikerahkan ke SeMeKAS Bumi Bertuah, selebihnya aku sendiri yang tentukan. Dan aku tak perlu menyesal dengan jalan yang aku pilih ini sebab hidup ini serba melengkapi. Mungkin jika aku terlebih dahulu memilih bidang teknikal aku akan menyebabkan Ah Seng tidak dapat untuk membuka bengkel tersebut & memiliki apa yang dia ada sekarang kerana Ah Seng tidak minat membaca & menghafal teori2 serta menghadap komputer 8 jam sehari. Mungkin juga aku ada banyak lagi kelebihan dalam bidang aku ini yang belum aku terokai & tak tidak sedar lagi yang satu masa nanti aku juga akan memiliki apa yang dimiliki Ah Seng. Semuanya Mungkin. Cuma perlu lebih berusaha.

*Aku berterima kasih sangat pada mak & abah aku kerana menghantar aku ke SeMeKAS.


~~

3 comments:

ain fadzal said...

dulu aku kna paksa kna masuk smkas.

aku tak suke smkas..

smkas pun benci aku..

huhuh..

AmatMizi said...

aku pun kena paksa gak.
tp klu tak msk smkas tak tau apa jd kat aku skrg.

Soraya Zainal said...

aku suke masuk smkas.. sebab dgn masuk situla aku kenal kawan2 aku skrg :)