Tuesday, July 22, 2008

New Leaves

Saya mendapat anak sedara yang pertama ketika berumur 18 tahun, iaitu semasa tahun pertama di UiTM. Masa itu Abalong saya baru setahun berkahwin. Anak sulungnya itu diberi nama Akmal Firqihan. Empat tahun kemudian beliau mendapat seorang puteri yang dinamakan Akma Adani. Waktu itu saya baru mula bekerja di Puchong. Kesibukan kerja yang tidak menentu membuatkan saya amat jarang bertemu dengan anak-anak sedara saya. Lagipun pada masa itu saya tidaklah begitu suka atau pun excited dengan budak-budak. So times goes by...

Setahun kemudian saya telah bertukar kerja di Kelana Jaya dan telah dipaksa tinggal bersama-sama Abalong kerana beliau agak risau melihat saya tinggal bersama kawan-kawan yang agak tidak senonoh. Sewaktu itu barulah saya mula suka & minat untuk melayan kerenah budak-budak lebih-lebih lagi apabila Akma Adani baru membesar dan begitu manja dengan saya. Setahun kemudian saya mendapat seorang lagi anak sedara yang diberi nama Akmal Harris. Pada waktu yang sama Abalong telah membeli rumah dan hendak berpindah. Disebabkan rasa ingin berdikari, saya dengan baik meminta untuk tinggal sendiri. Akhirnya saya tinggal menyewa bilik di apartment berhampiran dengan apartment yang kami sewa pada waktu itu.

Tidak lama kemudian Kak Ngah pula selamat melahirkan puteri kembar yang dinamakan Nur Amni Athirah & Nur Amni Athilah. Menjadi satu sejarah kepada keluarga saya kerana inilah julung-julung kalinya ahli keluarga melahirkan anak kembar. Gembira kerana mungkin saya juga berpeluang untuk mendapat anak kembar suatu hari nanti.

Mungkin disebabkan tidak mahu mengaku kalah, Kak Long akhirnya melahirkan seorang lagi putera yang dinamakan Akmal Tajuddin yang sungguh comel. Bermakna sekarang saya sudah mempunyai enam orang anak saudara. Tidak pula ada tanda-tanda yang menunjukkan akan bertambah dalam masa terdekat ini.


Selepas ini giliran saya pula...


`

8 comments:

Anonymous said...

mat,aku doakan ko cepat dapat anak...jgn lupa doa utk aku jugak!

AmatMizi said...

Nani, Insyallah.. aku doakan. Usaha lebih k..ko pun keje rajin sgt..

rezib said...

ye ke mat ko nak anak kembar? ;-)

AmatMizi said...

Klu dah rezeki..aku terima je..

Anonymous said...

bakal pengantin yg bersemangat. heh.

ain fadzal said...

seram~~~

AmatMizi said...

Tengah bersemangat nih.. klu dah bleh on mau 4 5 round nih..
melucah lagi..

rainz said...

seriau.....