Sebelum anda meneruskan pembacaan, sukacita diingatkan bahawa entry ini tiada kena mengena dengan Filem Sepi yang saya umpamakan seperti menonton Video Klip yang sungguh panjang. Terima Kasih.
~~~~~~~~
Setiap hari Jumaat, ketika tiba waktu untuk Solat Jumaat, saya perlu melalui kawasan Tasik Kelana Jaya untuk sampai ke Masjid. Baru-baru ini saya perasan, dari jauh saya lihat sekumpulan manusia sedang rancak berborak, dengan tangan menunjuk kesana kesini sewaktu Khatib sedang membaca khutbah. Sungguh tak patut mereka itu. Orang rancak berborak, sudah tentulah bising. Tetapi apabila saya melintasi mereka, saya tidak dengar satu pun perkataan, malah yang kedengaran hanyalah bunyi kenderaan & khutbah jumaat sahaja. Setelah diperhatikan betul-betul, barulah saya perasan mereka sedang berborak dengan bahasa isyarat. Unik. Sebab sebelum ni saya cuma pernah melihat pasangan yang berbahasa isyarat, tetapi kali ini saya melihat sekumpulan manusia, mungkin 6-7 orang berborak dengan bahasa isyarat. Bayangkan... pada manusia biasa macam kita ni, bila berborak dalam kumpulan 6-7 orang tentulah perbualan itu akan diselangi dengan gelak ketawa, kutuk mengutuk & paling penting mesti BISING. Tetapi mereka, mungkin ketawa & kutuk mengutuk juga seperti kita, tetapi suasana mereka SEPI. Betul, saya dapat lihat, in a glance riak muka mereka ketika berborak, sama seperti kita. Cuma tangan yang membuat bising sedangkan mulut tertutup rapat. Unik.
Saya juga kadang-kadang hidup di dalam dunia SEPI itu. Saya pernah meluahkan rasa tidak puas hati, sedih, kacau bilau, tertekan, gembira, puas hati, benci & lain-lain lagi tanpa perlu membuka mulut. Hanya menggunakan tangan. Puas, senang, tak penat dan takde sesiapa yang boleh tutup telinga dan tidak mendengar rintihan & luahan hati saya itu. Kalau suka mereka boleh mendengar, kalau tidak mereka boleh tinggalkan. Saya pula tidak perlu risau adakah orang yang mahu mendengar kerana kalau bernasib baik, satu dunia boleh mendengar.
Seronok juga hidup di alam SEPI ini. Dulu saya pernah berhenti seketika, tetapi kini aktif semula. Sememangnya alam SEPI ini seperti satu terapi pada diri sendiri disamping menolong orang lain melalui terapi mereka.
Seronok, Sepi itu memang Indah. Yang pasti, kamu juga hidup di alam Sepi seperti saya.
`
7 comments:
sepi itu belasah ke?
ko taw sign language tak mat?
Ain : SEPI itu adalah blog..
Apah : Tau la skit2 mcm Peace, Rock, I love U & yg angkat jari tengah je tuh..
aku de blaja sign language.. aneway, yg angkat jari tengah tu aku takdek blaja pong..mende tuh?
Ko begitu innocent cik apah... mahukah kau jika aku melucah disini??
tak baik lucah2 beb!
euww...amat si pelucah...
(wat tuduhan kat ko..haha..)
Post a Comment