Monday, August 18, 2008

Sehingga Menjilat Pinggan

Mungkin ramai yang tak tahu, jika saya betul-betul lapar, selain maggi saya sebenarnya boleh juga memasak burger. Pada weekend lepas, saya banyak menghabiskan masa di rumah kerana tidak banyak aktiviti yang ingin dilakukan. Lumrah saya jika tidak ada aktiviti, saya akan duduk dirumah sahaja sehari suntuk. Pada waktu itu juga saya telah membuat burger yang sedap ini.

Mula-mula masak daging burger sampai masak (saya cadangkan daging burger Ramly, sedap dan besar). Tambahkan sedikit pepper & seasoning untuk menaikkan perisa. Jangan lupa masak kedua-dua belah. Lagi bagus jika daging tersebut dibelah dua atau pun sekadar di racik-racik pun ok juga. Setelah rasa macam dah masak, angkat dan alihkan daging tadi ye..

Selepas itu masak pula telur mengikut suka. Pastikan ianya telur ayam. Saya cadangkan telur itu perlulah masak sepenuhnya, kerana jika kuning dia 'goyang', hilanglah keseronokan menikmati burger nanti. Campurkan juga sedikit pepper jika anda suka yang pedas-pedas.

Selepas itu panaskan pula roti burger (dlm kes saya ini roti buku shj yg ada) dalam 4 keping atau mengikut besar mulut kita. Sapukan juga marjerin agar roti itu lebih sedap dan lembut. Tapi jika tak suka pun boleh bedal je..

Setelah itu, susun daging, roti dan telur mengikut kehendak hati. Lebih sedap jika ada salad, tomato atau pun cheese. Tapi dalam keadaan darurat seperti saya, apa yang ada sahajalah saya letak. Jgn lupa letak sos cili & mayonis utk melengkapkan hidangan tersebut. Hasilnya, Burger Roti Buku buatan sendiri yang sehingga menjilat pinggan. Cepat dan Sedap!!!!



Sekian, Selamat Mencuba

`

7 comments:

Anonymous said...

Sempoi...teringat makan roti buku, letak telur ngan sambal kat kantin SMKAS dulu...

AmatMizi said...

wah..sedap giler roti telur kantin tuh..

Satu lagi plg glamer ialah Kebab Kantin..

rainz said...

hoh...rancangan masak2!!! hahah... best tuh kalo leh letak sambal..

ain fadzal said...

nyumnyum...

aku cam nak buke posa dah ni...

:((

Anonymous said...

it has been a quite a long time your kitchen not as clean as that since lanz migration..any secret to share with sir?(ke ade org tolong kemaskan...hehehe)

AmatMizi said...

Bro..jgn syak wasangka..walaupun mcm ada bau2 sket..

hahahah..

Lanz dlu pun malas kemas jugak..

Anonymous said...

Assalamualaikum mat. Ape kabo ngko skrg? Anip ni. Mcm ni je la mat. Bahagian masak memasak ni kite serah je la pada Tn Hj Rezib. Ngko tulis bab lain. Lagi satu kalau tak silap aku, nak masak burger ni arwah S. Jibeng pun boleh...kakakaka.

Jgn marah mattt. Darah tgh manis