Semalam...
Lupa nak off lampu sbb dah ngantuk sgt.. tak pepasal kena beli jumper sbb bateri kong. Tengah hujan lebat dok sibuk betulkan kereta.
Pagi tadi...
Langgar lubang.. tak pepasal kena tukar tayar pukul 6.30 pagi sbb tayar bocor. Subuh-subuh dah exercise.
Malang btol la minggu ni.
`
Friday, March 18, 2011
Wednesday, March 16, 2011
Shishak
Anak gua tengah belajar bercakap. Benda-benda yang besa di sebut macam Ma (padahal kitorang dok ajar sebut Ibu), Mam (makan), num (minum), toh (jatuh), adu (aduh / sakit), sok (masuk), bi (baby la ehem..) apa (Azfar) & te (kereta). Tapi yang gua ingat, perkataan paling hampir sempurna dia penah sebut ialah Cicak. Siap nyanyi2 lagi sambil sebut Shishak...
Shishak shishak shishak...shishak shishak shishak..sambil hayun-hayunkan tangan...
Maklumlah rumah banyak cicak.
Sape ada petua nak halau cicak, sila bgtau gua..
`
Shishak shishak shishak...shishak shishak shishak..sambil hayun-hayunkan tangan...
Maklumlah rumah banyak cicak.
Sape ada petua nak halau cicak, sila bgtau gua..
`
Thursday, March 03, 2011
Kekurangan atas Kelebihan
*Entry ni panjang skit, so H, ko tak yah baca la.
Orang kata muka wife gua muka innocent, muka friendly, muka boleh dipercayai. Kalau sekali tegur dah rasa macam kenal lama, dah boleh kongsi rahsia. Memang betul pun. Kontra dengan gua. Nampak macam best kan wife gua, tapi bila kena situasi boleh jadi tak best.
Sejak gua makin serius jadi photographer pengantin ni, my wife la yang banyak buat marketingnya. Habis sume colleague dia kat opis dia bagi brochure. Kawan-kawan sekolah, kampung ngan kolej pun dia bagi. Maklumlah usia muda lagi, kawan-kawan pun baru nak kumpul duit kahwin. Klu gua ni, kawan-kawan kumpul duit nak pegi haji dah.
Nak dijadikan cerita, adalah wife opismate wife gua (lps ni gua namakan S) nak mintak gua jadi photog utk majlis adik dia. Kena plak date tu clash dengan satu job lain kat Klang. So gua pun dah brief wife gua untuk amek gak job tu sbb beza masa pun sejam je (tamak siot). Kawan gua bleh tolong coverkan dulu before gua sampai.
So wife gua pun bincang la dgn S pasal benda ni. Si S plak sambil tnya pasal pakej, tanya gak pasal laki dia (lps ni gua namakan Z) kt opis. Soalan pelik-pelik gak la. Maklumlah dorang dah jumpa masa main paintball hari tu. Last2 dorang decide utk jmpa during lunch time. Jumpa depan-depan lagi senang. Gua dah bgtau wife gua, klu dia nak amek pakej paling murah, tak yah terima la sbb tak balik modal.
Bila dah jumpa lain pulak jadinya. Benda pertama S bgtau kat wife gua. "First time Akak tengok Rina, Akak tau dah Rina memang boleh dipercayai, boleh simpan rahsia" and then dia pun cita la Z yang dah berubah lately ni. Korek punya korek, rupanya Z ada scandal dengan opismate dia merangkap kawan baik wife gua (lps ni gua namakan K) Terkejut jugaklah kan sebab depan mata tak nampak macam skandal pun. Sesi luahan perasaan lama jugaklah.
Gua kat opis ni asek tggu sms wife gua je nak tau jadi ke tidak amek job. Sekali takde keputusan lagi la plak. Lain plak jadinya. Dah wife gua tak pepasal kena jadi sort of orang tengah kat dorang ni. S plak anything mesti bgtau wife gua & at the same time wife gua kena buat macam biasa je kt K. Pg ni plak wife gua cakap si Z kata nak ceraikan S. Gila babeng, 17 thn kawen tu bro. Bercinta dgn K baru 3 bln. Wife gua plak yang pening kepala nak pikir pasal dorg.
Si K ni plak kata nak kawen tahun ni, siap dah book gua awal2 utk majlis dia nanti. Tapi bila tengok camni, gua tak rasa benda ni akan setel dalam masa terdekat. Mau makan berbulan2 gak. Hati dan perasaan beb. Boleh bunuh diri.
Bila jadi camni, gua dapat la rasa keburukan bagi kelebihan wife gua tu. Dari tak payah nk pikir pasal orang lain, tak pepasal termasuk campur hal orang lain. Tulah, klu muka bodoh sombong macam gua sure orang malas nak share problem.. Lagi satu yang gua tension, 2 job macam dah terlepas je..huhuhu..lain kali kena mintak deposit siap2 la...even majlis 2 tahun lagi..
`
Tuesday, March 01, 2011
Kejap lagi...
Sabtu, di rumah, sebelum pegi shopping..
~~~
Ayah : Cepatlah Ibu..Bambam tak sabar nak jalan-jalan ni..
Ibu : Kejap Bambam.. ibu tinggal nak pakai tudung je ni..
5 minit kemudian
Ayah : Cepatlah Ibu.. dah 5 minit tunggu ni..
Ibu : Kejap la..tak siap pakai tudung lagi ni. Pegi la isi barang Bambam tu dulu...
10 minit kemudian
Ayah : Tak siap lagi ke? Sume barang dah siap ni. Bambam nak kuar dah...
Ibu : Kejap la.. sikit lagi ni..
5 minit kemudian
Ayah : Kitorang tunggu kat bawah jelah..
Ibu : Yela-yela dah siap dah ni..
...
Sabtu, di Nilai 3, selepas shopping
~~~
Ayah : Dah dapat sume barang ke? Bambam dah meragam ni. Panas sangat..
Ibu : Dah. Tunggu dorang amekkan barang jap..
10 minit kemudian
Ayah : Tak dapat lagi ke? Bambam dah rimas ni...
Ibu : Dah.. orang nak cari kain organza jap.. Kejap ek Bambam, 5 minit je lagi ibu nak cari barang ni...
15 minit kemudian
Ayah : Tak siap lagi ke?
Ibu : Jap..tunggu dorang hantar kain jap..
10 minit kemudian
Ayah : Org pegi kat keta dulu la...
Ibu : Yela dah siap dah ni..jom2..
P/S : Lelaki memang penyabar!!!!!

Thursday, February 17, 2011
Dah agak dah
Semalam
Lagi 15 minit nak 5.30 dia panggil sbb nak bagi keje kat gua.. Briefing psl keje 3 minit, big picture 7 minit, ceramah motivasi 10 minit, marah orang lain tapi tempiasnya kena kat gua 12 minit. Last-last gua terkontang kanting sbb kena cari semua benda yang gua takde. Padahal orang yang patut buat tu dok nak melarikan diri je.
Tengahri tadi
Lagi 15 minit nak pegi meeting dengan client dia panggil gua nak tengok benda yang nak kena present. Tengok slide 3 minit, big picture 7 minit, ceramah motivasi 10 minit, marah orang lain tapi tempiasnya kena kat gua 12 minit. Last-last pegi jugaklah dengan baju kalis peluru tak cukup kat badan.
Baru je kejap tadi
2 minit lepas jumpa client, tak guna pun apa yang gua buat semalam dengan pagi tadi. Tunjuk slide 5 minit, bentang fakta 10 minit, goreng tinju taichi 30 minit. Borak-borak 45 minit.
Tapi memang dah agak dah client akan puas hati dan tak akan banyak tanya. Sebab benda yang dibuat tu nampak hasil. The best part is, we close the programme with high notes & appreciation.
Tapi kesian la kat gua sebab tak pepasal gua kena ceramah motivasi percuma hampir sejam utk hari ni & semalam.
Tq Tuan J.
Wednesday, February 16, 2011
Pusing-pusing sama je...
Ahad, 8.30pg
Medan Selera Kg Baru
Sheikh : Assalamualaikum Encik. Nak beli cd nasyid. Lagu Maher Zain dalam Bahasa Melayu pun ada.
Gua : Eh takpe la bang..CD player saya rosak.
Sheikh : Takpe Encik, boleh sedekah kat orang lain. Amal jariah tu.
Gua : Takpelah bang.. saya belum terasa nak beli cd lagi.
Sheikh : Beli la Encik. CD Quran pun ada jugak ni. (sambil tunjuk CD byk2 dlm bakul)
Gua : Terima kasih bang. Lain kali saya beli
Sheikh pun blah...
~~
Ahad, 8.30mlm
Mamak kat Kinrara Puchong
Apek : Apa kabar bang. Mau beli DVD? Macam2 ada.
Gua : DVD apa u ada?
Apek : Hollywood, Cina, Melayu pun ada. Itu Hantu Kak Limah pun ada.
Gua : Owh..takpelah..DVD player saya rosaklah. Bukan boleh tgk pun
Apek : Yeke bang, nnti sudah baik bleh tengok maa..
Gua : Takpelah, nanti dah repair I beli
Apek pun blah...
~~~
Apa beza Sheikh dengan Apek? Sama je gua tengok. Dua-dua Lanun Cetak Rompak..

Monday, January 03, 2011
2011
Gua tak selebret pun 2011. Keje gua bertimbun. Ada 4 storybook kena buat. Semua nak before end of January. Satu hape pun tak sentuh lagi.
Azam gua tahun 2011 ni cuma satu jer..
Bisnes gua bertambah maju..
Amin...
Azam gua tahun 2011 ni cuma satu jer..
Bisnes gua bertambah maju..
Amin...
Subscribe to:
Posts (Atom)