Friday, September 11, 2009

Nothing to lose

1. Ayat Pembuka yang biasa
Huhu dah bersawang dah blog aku ni...dah lama sangat aku tak update...

2. Tambah garam kepada Ayat Pembuka
In real life, kerengga tu pun dah mati agaknya. Paling-paling pun dia dah dimakan Permaisuri dia sendiri. Klu dia jadi manusia, dia pun boring kot asek tgk muka dia tak gerak-gerak.

3. Isi 1
During August, aku really caught up with Rapid KL project. Meeting, diagnostic, survey, workshop, photoshoot & training. Letih gila. Tapi bila mengenangkan yang nilai projek ni masyuk, so telan jelah keletihan itu. Kadang-kadang aku pelik gak, masa projek Bank Muamalat yang berjuta tu takde plak si Amoi tu kena pegi meeting apa sume. Tup tup projek aku, kena plak aku involve dalam semua benda. Setakat time office hour tu tak kisah la jugak. Ini meeting lepas kol 6 tu yang tak tahan tuh. Sempat lah bergaduh sekali dua dengan Bubu pasal kerja. Tapi dah namanya kuli, terima sajalah...

4. Isi 2
Awal Ogos jugak aku selamat berpindah ke rumah baru. Masih menyewa kerana financial tak berapa nak clear lagi. Insya-Allah tahun depan boleh la beli rumah dekat-dekat sini. Tak dapat teres, apartment pun layan gak. Rumah baru ni tingkat 1. Memula tu cari gak tingkat bawah, tapi bila difikir-fikirkan tabiat tak senonoh aku dalam rumah, aku terus decide tak nak rumah tingkat bawah. Lagipun parking betul-betul dpn rumah, so tak berapa nak privacy la. Tingkat 1 pun tak tinggi sangat. Bubu pun tak mengah dah nak naik tangga. So bila tak mengah dia ada la tenaga nak buat kerja rumah yang sebelum ni aku yang banyak setelkan. Jadi bertambah lah lemak aku nanti.
Masa nak pindah aritu, jadi la beberapa peristiwa yang bila aku ingat-ingat memang darah tinggi jugaklah. Plan asal nak berjimat akhirnya terpaksa bayar 2 kali ganda. Aduih... dah nasib badan. Barang-barang aku pun penuh la lori 3 tan tu. Banyak gila rupanya bila dah dikumpulkan. Yelah dah 4 tahun aku dok rumah yang dulu. Ada gak rasa sayang nak tinggalkan rumah tu.
Macam-macam kenangan kat rumah lama, dari dok sorang sampai dok dengan Lanz sampai dok sorang balik sampai la kahwin. Manis pahit payau tak masuk akal semua ada. Biar jelah kenangan tu berkubur kat situ. Tak payah nak di ingat-ingat balik. Tapi kadang-kadang memang teringat, buat sakit jiwa je.

5. Isi 3
Awal Sept lepas, batch aku selamat mengadakan Majlis Berbuka Puasa di Bangi Golf Resort. Memang meriah. Ulasannya dah aku tulis pun kat blog yang satu lagi. Tapi macam biasalah, mesti ada yang tak perticipate last-last minute. Itu kira ok jugaklah sebab diorang ada keinginan nak join tak macam sesetengah member tu yang senyap je bila aku sms psl Majlis tu. Nak harap dorang bukak blog mmg jgn haraplah. Susah sangat ke nak reply sms aku tu. 20 orang aku hantar, 3 orang je yang reply. Tu pun sorang je yang nak pegi. Kadang-kadang aku tak paham dorang ni. Apa sebab la susah sangat nak participate ngan aktiviti yang di jalankan. Bila tanya kenapa, alasan ntah apa-apa je yang kuar. Aku dah ada idea nak buat entry psl ni kat blog lagi satu, tunggu jelah nanti.
Berbalik pada topik. Memang majlis tu happening, tapi bila tengok list yang nak participate kat Jb nanti, mesti lagi happening. Tapi apakan daya aku tak boleh join. Thn dpn for sure akan ada lagi!

6. Isi 4
Tahun ni buat pertama kali dalam hidup, aku tidak pulang ke Johor untuk berhari raya. Sedih bukan. Kalau setakat Raya Haji tu, selamba je aku tak balik. Ini Raya Puasa..huhuh sedihnya. Dan aku betul-betul kalah dengan lagu Arwahyarham Sudirman, Dari Jauh Ku Pohon Ampun Maaf.. Leleh...

7. Isi 5
Dalam masa terdekat ini, insya-Allah aku akan menimang cahayamata pertama. Nervous & excited sungguh. Bubu pun dah asyik sakit-sakit je dari last 2 weeks. Smlm cek kat klinik govt, nurse kata kepala baby dah kat bawah, cume dia belum jumpa jalan nak keluar je. Cek kat klinik private plak dia kata laluan tak terbuka lagi, bila scan semuanya ok. Mungkin baby masih belum sedia nak keluar kot. Rasa-rasanya semua yang Bubu mintak aku dah belikan cuma satu je tak sempat beli. Agak-agak klu belikan malam ni, sok dia bersalin tak haha..

8. Ayat Penutup
Aku harap lepas ni aku masih dapat menulis blog even kadang-kadang facebook memainkan peranan menghalang aku dari aktif berblogging seperti dulu. Dan aku juga berharap yang blogging ni masih menjadi trend dan tidak berkubur seperti friendster, yahoo group & my space..

9. Tamat
Itu je dapat aku tulis sket-sket. Jam pun dah pukul 4.10, kaki dah gerak-gerak nak cabut awal harini. Jumaat beb, KL confirm Jem!!!


Friday, July 17, 2009

#1 of 365 Project

Just post my #1 of 365 projects. Hopefully can manage to complete all 365.

Taken at Tmn Tasik Titiwangsa, KL
Exiff :
Model : Nikon D60
F-Stop : f/5.6
Exposure : 1/60 sec
ISO : -180
Bias : +0.3
Lenght : 50 mm
Shoot in RAW.

Edit :
Colour Curve
Exposure

Monday, July 13, 2009

Updating Post

Saya MALAS nak update sebab saya sedang MALAS.

Terima Kasih

Wednesday, June 24, 2009

Layankan Awek Van Diesel

1. Kekasih saya adalah : Isteri saya yang sedang mengandung 7 bulan.

2. Saya sedang mendengar : Bos saya call client sambil gelak-gelak.

3. Mungkin saya patut : Gelak-gelak dengan client jugak.

4. Saya baru sudah : Curi tulang dengan menulis tag ini.

5. Beza rakan, sahabat, kawan : Huruf depan setiap perkataan berlainan.

6. Saya tidak faham : Kenapa KL setiap masa akan JEM.

7. Saya perlu mencari : Buku 'Photoshop for Dummies'

8. Ayat terakhir yang dikatakan kepada saya : Sihat hari ni Mizi?

9. Makna kehidupan : Kebahagiaan dunia, ketenangan akhirat.

10. Cinta itu adalah : Together in ups and downs.

11. Saya paling suka : Pagi Sabtu... bangun lambat.

12. Saya akan cuba : Puasa sebulan di bulan Rejab ini.

13. Mengapa rakyat Malaysia suka menggunakan LAH di akhir ayat mereka : Habit.

14. Telefon bimbit saya : Dah rosak. Saya pakai hp wife saya skrg ni. Sabtu nanti baru nak beli baru.

15. Katil saya : Katil Queen 2nd hand. Beli masa bujang dengan tilam harga RM250 je.

16. Soalan yang bagi saya tidak perlu ditanya : Gaji ko bape?

17. Teknologi adalah : Benda yang terlalu cepat berevolusi.

18. Bagaimana saya boleh memasak masakan yang saya paling pandai masak : Tengok mak saya masak.

19. Semalam : Saya MC. Ingatkan sakit jantung.

20. Hari ini : Saya puasa sunat. Bila puasa dia tak sakit sangat.

21. Malam ini saya akan : Siapkan album kawan saya huhuhu.

22. Esok pula saya akan : Siapkan report kerja. Jumaat ada meeting.

23. Saya betul2 inginkan : Telephoto Lens & Wide Lens.

24. Badminton atau futsal : Badminton sebab saya terer sket. Klu futsal asek curik ayam je. Pastu pancit plak.

25. Karaoke : Tak minat.

26. Kereta : Perlu diservis. Dah due.

27. Bilik yang terang atau gelap : Terang. Klu gelap cepat ngantuk.

28. Makanan jepun adalah : Shushi.

29. Ayat terakhir yang nak anda katakan pada seseorang : Good Morning, Focus Learning, Mizi speaking. How can I help you....

30. Siapa yang anda tag: Sapa rasa nak tag la sendiri.


Friday, June 19, 2009

Rezeki

Habiskan masa di hari Jumaat

1. Adakah anda rasa anda hot?
Dulu ada la rasa gak. Sejak dah obess ni rasa rendah diri je.

2. Upload gambar kegemaran anda.



















3. Kenapa anda suka gambar ini?
Sebab ini jelah member-member lelaki yang dapat jemputan ke kenduri kahwin Leyha.

4. Bila kali terakhir makan?
5 minit yang lepas, Mi Rebus Meru Special. Slurppppp..


5. Lagu terakhir anda dengar?
Demi Cinta - Kerispatih


6. Apa anda sedang buat selain buat tag ini?
Sedang menunggu client angkat phone untuk confirmkan training date.

7. Selain nama anda, apa nama lain yang anda suka orang panggil anda?
a. Uda - Nama yang dah 29 tahun digunakan.
b. Coke - Nickname di UiTM yang sungguh cool.
c. Arsene Wenger - Hahaha..tipu jelah.

8. Tag 5 orang.
Seorang lecturer UPM yang sedang mengambil cuti belajar untuk menyambung study di US. Sekarang jadik Host untuk rancangan Bilikku Syurgaku yang akan kick off on July I think. Antara member SMKAS yang rajin join aktiviti. Anak dia comel siot...

10. Siapa pula nombor 2?
Member SMKAS juga, tapi setakat di Form 3. Takde nak cerita sangat sebab tak rapat, tapi suka baca blog dia sebab dia suka bercerita. Anak dia pun comel...

11. Orang nombor 3 ada hubungan dengan siapa?
Dengan pakwenya En Agil. Dah lama dorang couple, tapi belum diikat lagi. Cepat-cepat la Agilberto to masuk pinang si Ieta nih... lemau nanti..

12. Bagaimana pula dengan nombor 4?
Bakal menjadi ibu dalam bulan 8 nih. Orangnya kecil je tapi aktif. Mulutnya juga aktif. Dia juga merupakan satu-satunya rakan blog saya di awal kewujudan blog saya yang pertama dulu. Dialah juga yang telah mewujudkan blog ForumCakapBerapi, bukan saya ye seperti yang anda fikirkan. Saya maintain kan aje. Haa satu lagi, dia ni hantu durian.

13. Katakan sesuatu tentang nombor 5.

Arsenal Rules... always!!!


Tuesday, June 09, 2009

My Bestfriend's Wedding

Noi's Wedding, 6 Jun 09 at Pekan Air Panas, Labest





End of the marathon.. next, Pekji...