Thursday, July 03, 2008

Gadget-man

The time is 11.05 pm and yet I'm still at the office..

Minggu ni aku agak sibuk. Setelah merehatkan diri bercuti 4 hari, aku terus diberi macam-macam tugasan yang aku dah bosan nak buat.

Dalam sesebuah organisasi, keluarga atau pun syarikat mesti terdapat seorang atau lebih yang digelar Gadget-man. Biasanya seorang ajelah. Dalam family aku, jika hal-hal yang melibatkan elektronik, Abalong yang menjadi Gadget-man, tetapi bila hal-hal yang melibatkan teknologi semasa akulah yang menjadi Gadget-man itu. Begitu juga di office, aku sentiasa menjadi Gadget-man tidak kira untuk apa bentuk bantuan sekalipun. Samada ianya melibatkan elektronik, teknologi, kreativiti, pertukangan & kadang-kadang bab perpaipan pun aku yang menjadi Gadget-man nya. Bukannya aku tidak ada staff, cuma kadang-kadang mereka tidaklah boleh diharap sangat dan terlalu bergantung kepada aku.

Masih aku ingat sewaktu pertama kali aku bekerja disini, aku memang tak pandai komputer. Malah nak pegang pc pun aku takut. Tapi didalam takut-takut tu aku dapat jugak menyelesaikan masalah printer setting di opis aku pada waktu itu. Mungkin ianya bukan apa-apa, tapi ia adalah pencapaian yang boleh dibanggakan kerana aku sememangnya buta komputer pada waktu itu. Atau mungkin ianya hanyalah satu kebetulan.. hahah..

Aku bercerita tentang gadget-man ini kerana pada waktu ini aku terpaksa stayback di office utk menyiapkan video editing yang aku shoot di IJN pada 2 hari yang lepas. Berlaku sedikit kesilapan semasa setting menyebabkan aku tidak dapat untuk mengeditnya seperti biasa yang biasanya hanya memakan masa 2-3 jam, tetapi kali ini aku perlu convert bentuk asal dia dan seterusnya barulah kerja-kerja editing boleh dilakukan. Dan untuk convert sahaja aku telah mengambil masa 5 jam. Dengan tiba-tiba sahaja aku terfikir, kenapa mesti aku yang melakukan kerja ini sedangkan ini bukan ruang lingkup kerja aku, dan aku tidak ada mengambil sebarang course yang berkaitan dengan editing what so ever.. jadi hati ini tiba-tiba memberontak apabila mengenangkan rakan-rakan aku yang sedang berehat-rehat dirumah, bermesra dengan bini maklumlah mlm ni mlm jumaat, mungkin ada yang telah tidur, mengapa tidak mereka yang membuat kerja-kerja ini. Mengapa bos aku terus je point kat aku bila tiba hal-hal yang bergadget seperti ini? Mengapa mesti aku??

Tapi apa boleh buat. Dah namanya kuli, buat ajelah. tak siap sok karang pandai-pandai la dia menjawab ngan client..yang ko soh budak baru belajar ni buat kenapa..nak best-best gi la hire agensi..

Entry pasal tanjung jara akan aku update next week..


`

3 comments:

mohad said...

salam... apa khabar..

rainz said...

tu bukan gadget man..tu kire multitasking multiskill multimedia..

Anonymous said...

perasan terer eh