Saya bertolak dari rumah pada pukul 6.30am. Di sebabkan saya dok sorang2, so tiada siapa yang dapat menghantar saya. Jadi saya perlu menaiki bas ke KL Sentral seterusnya menaiki Monorel ke Ritz Carlton kerana tempat untuk bertolak adalah disana. Alhamdulillah saya sempat sampai pada waktu yang ditetapkan.
Kami bertolak pada pukul 8.45am dan dijangka akan sampai pada pukul 1.30pm. Ada 11 orang kesemuanya iaitu Pearl, Cristine, Rosalind, Kak Siti, Wendee, Che Nor, Artur, Mizi & Gina serta Aweena selaku coordinator. Kami bertolak dengan menaiki 3 buah Naza Ria. Saya berkongsi dgn Che Nor & Gina. Sepanjang perjalanan saya hanya tidur sahaja sambil menikmati permandangan yang agak2 ok lah.
Sampai sahaja di Tg Jara Resort kami disambut dengan paluan gong. Memang
sudah tagline mereka iaitu Unmistakably Malay, so semua nya mestilah berkaitan dengan budaya melayu. Lobinya agak cosy dengan pemandangan kolam air terjun yang simple. Kami juga dihidangkan dengan minuman air roselle. Sesudah check-in, saya terus bergegas ke bilik. Mandi dah berehat sebentar sementara menunggu aktiviti seterusnya.Sambil itu sempat juga saya berposing gaya-gaya manja sementara menunggu waktu untuk berkumpul. Me
mang bilik yang diberi terlalu mewah dan hanya saya seorang yang menghuninya. Tetiba rasa menyesal kerana tidak mengajak rakan-rakan satu opis datang bersama. Sekurang-kurangnya dapat lah memeriahkan majlis. Dekorasi bilik sememangnya kuat menekankan budaya Melayu. Dengan ukiran-ukiran kerawang disamping pasu-pasu yang bercirikan melayu, sememangnya dekat dengan jiwa.Hendak naik ke bilik harus menaiki anak tangga dahulu. Setiap rumah mempunyai 8 bilik. 4 bilik Anjung & 4 bilik Atap. Mereka menekankan konsep honeymoon, sesuatu yang agak sesuai untuk aku yang tidak gemarkan suasana bising ketika bercuti.
The bathroom
Welcome notesAktiviti pertama selepas lunch adalah jungle treking. Walaupun aktiviti ini sudah biasa dilakukan, namun ianya agak seronok juga sebab saya sudah lama tidak berjalan-jalan di dalam hutan. Dahulu walaupun jarang pergi hutan, tapi saya selalu pergi ke kebun getah Abah saya samada untuk menolong kopek ojol, menoreh ataupun paling kurang mengambil emak saya setelah dia selesai menoreh. Tetapi sekarang kebun itu telah menjadi kebun kelapa sawit & Abah sudah serahkan kepada Felda untuk menguruskannya. Tak tercapailah impian untuk menjadi penoreh getah yang berjaya..melalut la plak.
Kami bergambar ala-ala gedik di Jambatan ke Bukit JaraPada sebelah petang pula, kami dijadualkan untuk menjalani sesi massage di Spa mereka yang terkenal. Ini adalah antara aktiviti yang saya tunggu-tunggu. Setelah menjalani sesi massage, badan terasa sungguh lega, tapi masih letih sikit-sikit sebab semasa massage saya lebih banyak tidur. Malam itu kami menikmati makan malam ala kampung sambil meraikan birthday Kak Siti. Satu kejutan untuk beliau. Tetapi disebabkan ramai yang letih maka kami bersurai awal.
2nd Day.
Aktiviti harini adalah snorkeling. Aktiviti yang saya tunggu sangat. Mungkin agak kelakar bila saya beritahu yang ini adalah 1st time saya pergi snorkeling. Bukan tidak berminat sebelum ini, cuma masa banyak kali tidak mengizinkan. Sesudah breakfast kami bertolak menaiki bot ke Pulau Tenggol. Perjalanan memakan masa hampir 45 minit dan Alhamdulillah cuaca begitu baik pada waktu itu.
Akhirnya saya merasa jugak bersnorkeling. Saya dapat melihat ikan nemo, keparu, ikan sebesar peha saya juga penyu yang sebesar badan saya. Saya juga membenarkan ikan-ikan kecil memakan kulit-kulit mati di badan saya walaupun pada mulanya agak gerun, manalah tau dorang lapar sangat sampai makan kulit yang tak mati.Memang satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan.
Saya dapat snorkeling sepuas-puasnya. Kami bertolak balik ke resort pada pukul 3 ptg. Perjalanan balik juga menyeronokkan tetapi hampir kesemua menunjukkan muka letih.
Aktiviti kami bersambung semula pada waktu petang. Sudah menjadi rutin di situ pada setiap petang sabtu akan diadakan persembahan kebudayaan orang melayu. Mereka menjadikan persembahan ini sebagai satu inisiatif untuk menunjukkan keunikan budaya melayu kepada warga asing. Di situ juga disediakan gerai-gerai yang menyediakan makanan-makanan ringan melayu seperti keropok lekor, lemang, apam balik, akok dan jemput-jemput. Yang lebih menarik lagi semuanya percuma. Maka saya pun membedal entah berapa round kesemua makan tersebut tanpa rasa malu & kasihan.
Setia menantiPada petang itu juga saya lihat mereka sedang set-up satu spot untuk dinner at the beach. Mungkin ada yang meraikan honeymoon atau pun anniversary mereka disini.
Beach Dinner on the wayPada waktu malam kami dihidangkan dengan bbq dinner. Saya yang telah melantak tak ingat dunia pada petang tadi tidak dapat nak melantak seperti itu juga pada waktu malam. Sungguh merugikan kerana mereka menyediakan makanan yang maha banyak untuk kami. Akhirnya kami cuma makan sedikit sahaja sambil menghabiskan waktu malam dengan berborak & bergossip.
Our bbq dinner3rd Day.
Masa untuk balik. Kami tidak ada aktiviti hari ini. Selepas sarapan saya berjalan-jalan sambil ambil beberapa shot yang menarik perhatian saya. Ntah kenapa saya suka sangat dengan tiang-tiang yang ada disitu. Mungkin susunannya yang begitu teratur ditambah dengan padanan warna yang sesuai.
Tiba masa untuk mengucapkan selamat tinggal. Kami sempat mengambil gambar sebagai kenang kenangan.
Kami bertolak pada pukul 11.30 pagi dan berhenti di banyak tempat juga untuk membeli cenderamata dan makan tengahari. Sampai di Ritz Carlton pada pukul 6 petang. Kebetulan kawan baik saya En Faizul ada di Bkt Bintang pada waktu itu sedang excited membeli lens & flashlight, dapatlah saya meminta beliau untuk menghantar saya ke Puchong. Kalau tidak terpaksalah saya menaiki bas sambil membawa barang2 yang maha banyak itu.
Demikianlah coretan sepanjang percutian saya. Selepas ini saya mungkin akan pergi kesana lagi..ada sesiapa nak ikut??
`
















5 comments:
CANTIKnya~
Saya ke yang cantik tu??
nak pegi lagi ke mat? klu ko x gi ngan Bubu ko dh tentu la aku nk follow..
bila DSLR ko dh kuar aku rase ko register part time kt anjung seri la mat.gambo tg jara punya interor ko amik mcm dlm anjung seri da..
Pek..DSLR mmg dah de..sbb tulah aku volunteer nak amek ko punye majlis kawen
Post a Comment