Tuesday, October 14, 2008

Satu Bulan Dua Minggu Empat Hari

Waktu dah agak genting sekarang ni. Persiapan hampir siap cuma barang-barang yang perlu digubah sahaja yang belum disentuh lagi. Aku masih takde idea untuk mengubah barang hantaran tu, lain sangat masa bertunang tahun lepas, idea datang mencurah-curah. Mungkin bila waktu tu dah suntuk baru la idea tu datang, biasalah...

Sekarang pulak busy tahap maksimum. Macam-macam portfolio kena amek tapi gaji takat tu jugak. Nak carik keje lain plak tak sempat.
Semalam & harini aku sibuk entertain my company's guest from Saudi Arabia yang datang bercuti di Malaysia. Penat ikut kerenah dorang ni sebenarnya, but at the same time seronok jugak. Dapat jugak kawan baru yang menjamin kalau aku sesat kat Saudi tu sure ada tempat tido..(tapi tahun bila aku nak gi Saudi..hahah) Nasib baik esok dorang nak blah gi Phuket, dapatlah aku setelkan keje-keje opis yang bertimbun nih..

Semalam lepas drop dorang kat Renaissance, aku bergegas plak ke JW Marriott sebab ada dinner dengan IIBM. Dengan handphone yang dah kong and I cannot reach my boss sbb aku hanya ingat no tunang aku je, aku redah je masuk kat hall tu. Nasib baik dibenarkan masuk. Tak ramai rupanya yang datang event tu. Our company pun support 4 seats je tp yang datang cuma 3 orang including myself. Lepas makan tu sempat la borak-borak dengan orang IIBM kat situ. Ntah camne rupanya dia dok satu tempat dengan aku kat Puchong tu and yang lagi best dia ni photographer untuk majlis kahwin, so aku dapat la connection untuk memantapkan skill dan menambah confident bila dapat bisnes nanti. Dapat la nak join dia bila dia ada job. Seronok berbual dengan orang yang dah lama and tahu dalam bidang yang kita suka. Rasa diri ni kerdil je..
Balik dari JW aku singgah rumah Bubu jap hantar barang dia. Susah betul bila takde hp (bateri aku kong) and bila call guna public macam-macam hal plak yang jadi. Aku tekan bell ketuk pintu ntah bape kali baru nak bukak. Maklumlah umah anak2 dara, dorang curious la nk bukak pintu bila ada orang ketuk pukul 10.20 mlm. Lepas bg Bubu barang dia aku terus balik rumah. Sampai rumah pun bukan boleh tido walaupun penat giler. Nasib baik laptop tinggal kat opis kalau tidak mungkin dah separuh siap entry pasal undi suka2 10. Sebab tak bleh tido aku layan la DVD Doomsday yang aku beli kat Machap masa balik ke Kampung aritu.

Petang tadi balik opis aku terima surat cinta, best je dia letak kat laptop aku.. My collegue dah tender resignation. Mungkin dah dapat keje kat tempat lain. Baguslah untuk dia. Tapi boring plak takde member nak kacau-kacau, nak kongsi-kongsi pasal technology2 ni, pasal photoshop and sort of it..nak buat camne, tiba masa tak aku, dia yang for sure akan tukar kerja. Harapnya dia semakin bagus kat tempat baru.

Aku tengah risau sebenarnya sekarang nih, tapi buat-buat cool..

Banyak sangat minum 'Cool Rhino'


`


4 comments:

ain fadzal said...

aku plak cuak dgr ko mcm kelam kabut nak kawen ni.

apakah???

rainz said...

aku pon cuak... relax mat..insyallah ok pnye..bende baik camni tuhan tolong..

AmatMizi said...

Ain : Ko pun nak ikut jejak langkah ke?? Alhamdulillah

Apah : Tq Pah.. Makin risau dah ni

ain fadzal said...

BANYAK la...

penat majlis aritu pun lom abis lagi.

:))