Monday, January 12, 2009

Bercanda di atas Bukit

Last weekend saya & isteri berkesempatan untuk berbulan madu di tanah tinggi yang paling masyhur di Malaysia iaitu Genting Highland. Perjalanan selepas waktu hujan itu agak menakutkan jugaklah tapi memandangkan isteri saya yang excited, saya teruskan juga.

Saya sengaja nak naik kereta kabel kerana sudah lama saya tidak naik kereta kabel itu. Last naik pada tahun 2007 rasanya. Saya teringin sangat nak naik kereta kabel di Langkawi tetapi Insyallah bulan 3 nanti baru saya berpeluang.

Isteri saya sebenarnya gayat tapi buat-buat macho (saya gayat juga sebenarnya). Dalam kereta kabel itu hanya kami berdua penumpangnya. Disebabkan gayat, tak dapatlah kami melakukan aksi-aksi terlampau dalam kereta kabel itu.

Cuaca hari itu sungguh berkabus. Perjalanan menaiki kereta kabel ini agak menakutkan juga. Lebih-lebih lagi bila melalui kawasan berkabus itu. Tak nampak apa kecuali kabus sahaja. Alhamdulillah tiada apa-apa kejadian yang tidak diingini berlaku dan kami selamat tiba di terminal Genting dengan selamat.

Saya mengambil number untuk check in pada pukul 2.30 ptg dan apa yang saya dapat adalah nombor ini.

Selama ini saya selalu memaki hamun (dalam hati saja) Pejabat Pos kerana waiting list yang begitu panjang, rupa-rupanya di sini ada lagi waiting list yang lebih panjang. Akhirnya saya mendapat giliran saya pada pukul 4.50 ptg dan setelah urusan yang hanya 2 minit saya dapat naik ke bilik lebih kurang pada pukul 5.00 ptg. Sampai sahaja di bilik, rupa-rupanya housekeeping tak habis kemas lagi bilik itu. Bengang jugalah rasanya. Nasib baik penginapan kami adalah percuma, kalau tidak tentulah rugi setiap minit yang berlalu itu.

Selepas itu adalah aktiviti dalam bilik yang tidak perlu dikatakan di sini...

Waktu malam pula kami hanya berjalan-jalan di Times Square, tidak pula pergi ke Outdoor Park sebab cuaca begitu berkabus, sampai tak nampak jalan. Sempat juga isteri saya membeli sepasang kasut (yang ntah keberapa pasang ntah) sempena jualan yang tak habis-habis ini.

Keesokannya kami checkout agak awal kerana ada urusan yang perlu dilaksanakan. Sistem checkout di sini memang advance, alangkah bagusnya jika sistem check in juga se advance sistem check out. Sempat lah juga saya snap beberapa gambar memandangkan malam sebelumnya saya keluar dengan tidak membawa kamera (takut kamera rosak kena air hujan).

Pn Rina berlatar belakang kan indoor park


Us

Bunga-bunga yang sungguh wangi

Kami pulang dengan menaiki Awana Cable Car kerana Genting Cable Car pada waktu itu sedang di selenggara. Cable car Awana seperti Cable Car yang pernah saya nampak dalam CSI:NY. Memang Old School. Kami lalu di Tokong atas bukit tu, tetapi kamera dalam beg pula, tak sempat saya nak snap gambar Buddha yang besar tu. Patung Raja Monyet pun ada juga.

Kami sampai dirumah agak petang kerana sebelum kami balik rumah, kami balik kampung dulu. Kampung dah dekat, kenalah balik selalu..

Raya Cina nanti kami akan ke Cherating pula... dapat mandi laut lagi..


`

11 comments:

ain fadzal said...

ada kosong lagi x?

nak itut!!!!

AmatMizi said...

jadik akak ipar aku la..

bleh ikut sekali..

ain fadzal said...

bleh ke?

AmatMizi said...

bleh...

gi cherating ngan family mertua..

abg ipar aku pun single lg

Anonymous said...

amat, anda makin (bertambah) tembam lah!

Ain said...

Dh alang2 smpi genting, korg tak main2 ke kt taman tema...rugi ler.

AmatMizi said...

Jane : Saya Chubby..huhuhu

Ain : Kabus menghalang segalanya..lagipun 'main' lain lagi best..

rainz said...

yea..anda bertambah tembam..haha..

AmatMizi said...

Arfa : Nnti aku pegi Cherating aku tulis kat pasir tu..
'My Arfa at Cherating' plak ye...

sniffdawhatwhatbanger said...

Aiii...takkan sampai melecet brader

AmatMizi said...

Licin..x melecet la bro..