Wednesday, March 18, 2009

9/10 Rezeki adalah dari berniaga

Saya mula terlibat dalam bidang perniagaan sejak di sekolah rendah lagi. Ketika itu saya dan rakan-rakan seangkatan mula menjual penanda buku yang kami buat sendiri. Selain itu kami juga berniaga menjual kacang dan air sirap semasa sukan sekolah.

Masuk sekolah menengah, saya terlibat dalam program Tunas Bistari anjuran Perbadanan Johor (waktu itu PKENJ). Kami menjual banyak barang jugalah dari makanan ringan hingga ke kasut, keychain dan sebagainya. Masuk Form 5, saya dan rakan-rakan baik saya meneruskan perjuangan kami berniaga dengan menjual karipap yang memang laris. Sampai sekarang masih diingati, walaupun kami masih berhutang dengan Pakcik Karipap supplier kami. *Topek aku dah lupa rumah dia yang mana satu.

Lepas sekolah, saya masuk ITM ambil course Business Studies. Sambil-sambil tu sempat juga berniaga nasi lemak dan burger semasa hari terbuka kolej. Habis belajar, terus saya tidak melibatkan diri dalam perniagaan lagi.

Ada banyak jenis perniagaan dan bermacam cara untuk mempromosikan perniagaan. Sekarang saya juga bekerja dibahagian Sales, sudah tentu ilmu perniagaan itu akan bertambah. Tetapi, saya respect betul yang satu ni. Perniagaan dia memang glamer, tapi sebelum ini tidak dikomersialkan. Tetapi Pak Cik sorang ni betul-betul think out of the box. Bagus betul..

Rezeki ada di mana-mana.



7 comments:

Unknown said...

huhuhu..pakcik tu level 'tok guru' tu huhuh

rainz said...

sila mengucap banyak banyak tatkala anda melihat brochure tersebut..

dasat la pakcik tuh..kalao betol die tok guru, patot die la yang paling kaye kat melesia neh..

AmatMizi said...

Bomoh ni besa dia tak bleh buat something utk kepentingan dia sendiri.. tp takkan la mamat yg menang tu x hulur lebih kan..

Anyway, jgn cari kat internet plak contact no dia..

ain fadzal said...

bomoh tu buka islam kan?

kire takpe la tu...

AmatMizi said...

Yg bg testimoni tu Islam..

Unknown said...

ala xpe la DS Najib pun jumpa bomoh Hindu gak mintak restu hehehe (baca dlm internet...)

AmatMizi said...

Pasni Ayah Pin buat iklan balik..