Sebagai melengkapkan hattrick, saya & isteri telah pergi bercuti lagi. Kali ini ke Pulau Langkawi. Sebenarnya plan untuk percutian ini telah dirancang sebelum kami berkahwin lagi. Kebetulan waktu itu ada promotion MAS dan kami telah jimat banyak dengan promotion itu. Accomodation pula kami dapat tiket dari Genting Group yang menawarkan separuh harga untuk menginap di Awana Porto Malai. Berdasarkan cerita kawan-kawan, tempat itu sangatlah cantik & selesa, jadi kami teruslah book. Kebetulan kami pergi pada 1hb Mac, sehari sebelum itu adalah birthday saya, kira saya celebrate birthday saya dalam mood bercuti la.
Flight kami berlepas pada pukul 12.20pm. Saya telah meminta Abalong saya untuk menghantar & mengambil kami nanti. Tiada masalah untuk itu. Perjalanan juga smooth sahaja kecuali kami terlambat untuk sampai di boarding gate. Berlari-lari anak jugalah. Nasib baik tak kena tinggal kapalterbang.
Sampai di Airport Langkawi, ramai sungguh agen yang menawarkan perkhidmatan sewa kereta. Saya juga rambang mata, lebih-lebih lagi bila ada yang menawarkan kereta yang cun-cun dengan harga yang kira ok la untuk 3 hari. Lastly saya ambik Kancil je, sewa 3 hari RM100, minyak pun jimat. Kami terus bergegas ke Hotel setelah urusan di Airport selesai. Sempat juga saya tapau Laksa Langkawi yang pernah masuk dalam rancangan Ronda 360. Sedap juga.
Penginapan kami adalah Seaview tetapi bilik pada waktu itu fully occupied, jadi kami tak dapat nak pindah ke bilik yang lagi 'Seaview'. Yang ini pun ok juga, dapat tengok laut.
Saya sebelum berlepas haritu tidaklah meletakkan harapan tinggi untuk bercuti gila babi pada kali ini. Semasa booking dulu for sure saya dah pikir nak ronda satu pulau, tetapi memandangkan situasi isteri saya, saya hanya meletakkan sekurang-kurangnya 3 tempat wajib untuk dilawati :1. Air Terjun Telaga Tujuh
2. Langkawi Cable Car
3. Dataran Lang
Alhamdulillah saya dapat lawati semua tempat itu walaupun untuk item no 1, saya cuma singgah di parking lotnya sahaja.
Malam itu cadangnya saya mahu makan seafood, maklumlah dah dok pulau. Tetapi keadaan membantutkan niat suci murni saya untuk mengkayakan peniaga sekitar. Isteri saya totally flat. Akhirnya kami hanya dinner Nasi Goreng Kampung & Toast Bread dari Room Service dan malam itu kami hanya lepak dalam bilik sahaja. Manja-manja pun tidak. Isteri sudah separa pengsan.
Pagi esoknya sebelum breakfast kami berjalan-jalan dikawasan hotel dulu. Lawa juga hotel ini dan sudah tentu memang besar.
Isteri saya gagahkan diri juga untuk berjalan walaupun beliau masih pening-pening lagi. Mungkin ubat pagi tadi sungguh berkesan, dan mungkin juga beliau tidak sanggup melihat muncung saya lagi.
Setelah selesai breakfast, kami terus bertolak ke Air Terjun Telaga Tujuh. Berpandukan Map, tempat itu agak jauh juga dari hotel kami, jadi kami tidaklah expect untuk sampai awal. Sepanjang perjalanan yang kebanyakannya di pesisir pantai, kelihatan ramai pelancong luar negara yang menaiki Scooter, ramai juga yang berjalan kaki. Kita yang dok malaysia ni tak tahan panas sedangkan mereka selamba jalan dalam panas terik. Pelik sungguh mereka ini.Setibanya di Telaga Tujuh, kami hanya singgah kejap di parking lotnya kerana jika kami mahu sampai di tempatnya, kami perlu mendaki bukit. Terus saja niat itu terpadam. Tengok bukit ajelah. Kantoi wishlist yang pertama, kami proceed yang kedua.
Oriental Village ini hanya lebih kurang 200 meter sebelum Telaga Tujuh. Saya telah berjaya membodek isteri saya untuk menaiki Kereta Kabel ini. Beliau akhirnya setuju dengan syarat perlu membeli makanan banyak-banyak dulu untuk bekalan beliau mengunyah di atas sana nanti. Syarat yang sungguh mudah. Terus saja saya memborong barang makanan beliau. Sambil itu saya telefon rakan saya di ofis yang menjanjikan tiket percuma untuk saya. Tetapi beliau tak angkat pula. Biasalah tu. Cakap berapi-api. Oh ye, beliau juga sudah tentu sedang membaca blog saya ini. Ucapan buat beliau - *Tiket Cable Car dah terlepas, tiket apa lagi ko nak offer kat aku nih*
Gayat juga naik cable car ni, lagi gayat dari Genting punye. Tapi yang ini walaupun tinggi tapi perjalanannya amatlah smooth berbanding dengan Genting.
Sampai di View Point yang pertama. Pemandangan sungguh indah. Matahari tengah terik waktu itu sambil angin kadang-kadang bertiup. Saya dan isteri sempat berkelah disini sambil makan coco crunch dengan air 100 plus. Dalam 15 minit kami di sini, kami teruskan naik ke View Point yang kedua.
Dekat je dalam 100 meter, jadi cable car dia laju gila. Maklumlah tak mendaki sangat. Di sini lagi panas, tapi angin lagi kuat. View pun lagi clear. Dapat tengok hampir seluruh Langkawi. Banyak juga kapal layar & bot-bot yang kelihatan berpusing-pusing di lautan.
Kami berkelah untuk kali kedua. Kali ini menu roti kelapa dengan air yogurt sambil menikmati pemandangan indah. Kami tidak lalu jambatan gantung itu kerana isteri saya gayat, saya selamba je. Lagipun wanita mengandung tidak digalakkan untuk lalu jambatan itu.
Kami pulang ke hotel selepas itu. Tak lama kemudian hujan turun selebat-lebatnya. Pada waktu petang baru kami keluar semula ke Bandar Kuah. Niat dihati ingin pergi ke Dataran Lang, tetapi hujan masih belum reda, jadi kami hanya berjalan di shopping complex Langkawi Fair. Sempat jugalah habiskan duit beli set periuk kaca. Padahal ntah bila ntah nak guna.Hari ketiga di Langkawi. Kami bercadang untuk check out awal dan pergi meronda sekitar Langkawi, tetapi kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan. Isteri saya flat lagi macam hari tu. Jadi terdelay la kami untuk meronda. Saya berjalan-jalan sebentar di sekitar hotel sementara isteri saya bermaya semula. Setelah breakfast, akhirnya kami checkout pada pukul 11.30.
Terus kami ke Bandar Kuah. Dataran Lang of course. Siapa datang Langkawi tapi tak amek gambar kat sini macam tak sampai Langkawi la.
Dah puas meronda kat Dataran Lang, kami bershoping pula di Bandar Kuah. Sebelum tu sempat singgah di Pekan Rabu, beli kain batik ngan t-shirt. Pastu shopping chocolate ntah bape banyak (padahal saya & isteri tak makan chocolate pun). Sempat juga beli satu lagi beg kerana muatan beg kami telah pun penuh.
On the way ke Airport, kami singgah di Kilang Gamat Nusantara. Banner dia ada di seluruh Langkawi. Memang berkesan marketing strategy dia. Harga di sini memang murah berbanding harga gamat di tempat lain yang sudah saya beli. Akhirnya borong sekali lagi.
Kami tiba di Airport pada pukul 3.45pm. Sambil saya berkemas untuk kali kedua, Brother Sewa Kereta dah pun sampai. Sharp betul dorang. Selesai semua, kami lepak dahulu sambil saya berurut dengan Kerusi Urut. Stim je mata.. Flight kami delay 10 minit kerana hujan lebat. Saya juga dapat melihat kawasan perumahan saya dari atas. Besar juga.Sampai di KLIA, Abalong saya sudah pun menunggu.
Percutian kali ini memang menyeronokkan kerana kami sebenarnya pergi bertiga. Walaupun isteri mabuk-mabuk, ia tetap seronok. Baby dah besar sket nanti nak kena pegi lagi. Harapnya masa tu Baby belum nak dapat adik lagi..

9 comments:
okeh..
gambor last tu aku nak komen,
mula2 aku ingatkan ni gambo mak ayah ko dulu ke ape...
p/s ; coklat utk aku ko belikan x?
p/p/s : nasib baik binin ko dah ngadung, so, ko bleh skip gi tasik dayang bunting la ek?
pakcik! ayat las skali tuh ko kene tarek blk dowh!..
dose siot ckp camtuh...mendoakan lak!~
zi-zi, apsal ko x bwk aku weyh? apsal bwk bini ko? wakkakakkaka
p/s: sumpah sedeh tgk muke ina... kesiaannn dowhhh! ermmm....
p/p/s: coklat tuk aku lak?? skang da x engat kt aku da!
langkawi memang best!!!
Ain :
1. Coklat byk, jemputlah amek kat umah.
2. Bini aku tak bunting, dia mengandung..lg pun dia bkn Dayang tapi Permaisuri di hatiku..huhuhuh
Ieta :
1. Klu dah ada adik, nnti mcm ni lg la jwbnye..
2. Sbb aku tekel ko dlu ko xnak.. pg la ngn Abg Agil tu..
3. Muka aku x sedih ke????
4. Coklat byk, jemputla amek kat umah.
Apah :
Memang best.. korang nnti honeymoon katne??
amat... engkau buchit
seperti syaitan
wassalamu
(atto)
bengong mizi neh! nyampah aku~
1) bukan adek..tp adek-adek (:
2) samber je ckp takel! sedeh permaisuri ko dgr! wahhahahah... agil tuh x bile nak lamar aku neh! wawawawa
3) muke ko maken bulat ade ah! =D
4) cam nak dtg jerrr.... kene bwk mangge mude ker? hehe!
aku honeymoon kat kelumpo jek..haha.. ape la ko..
aku kawen pon blom da tanye honeymoon..
Anip :
Dlu ko mula2 kawen pun gemuk jugak.. aku nak mntk tips kuruskan bdn la..
Ieta :
Isnin aku ada kat umah. Jemputlah dtg.
Apah :
Aku tnya bila ko nak kawen, ko x nak jwb..
Nkau akan kurus gradually lepas anak kau pandai berjalan.
Tgk je la camna aku kejo hayqal masa kawin penchu ituari.
Xyah buang duit gi London Weight Management.
Beli Fair n Luvly je hahaha
Post a Comment