Sudah masuk hari Isnin. Isterinya yang sedang sarat mengandung sudah tidur lena. Kekenyangan makan Ikan Siakap Sweet Sour yang dimasak bersama untuk berbuka tadi walaupun yang sebenarnya isterinya tidak puasa.
"Sayang, esok orang ada check up pukul 10.00 tau. Tapi kalau beranak malam ni tak yah la pegi check up" kata isteri beliau sambil meratah ikan siakap.
"Mmm, ok lah. Boleh la orang tido lambat malam ni. Lagipun dah dekat raya ni malas betul nak pergi kerja. " balasnya.
~~~
"Eh, dah pukul 12.30, ngantuk pula rasanya. Tidur la dulu. Esok nak bangun sahur pulak" katanya di dalam hati.
1.30 hrs
"Sayang, nak kencing lah" isterinya mengejutkan dia yang baru hendak lena tidur.
"Mmm, kencinglah, orang baru nak tido ni" jawabnya acuh tak acuh.
"Sayang, ada keluar ketul darah la. Macam darah beku" isterinya memberitahu dalam nada yang panik.
"Mana darahnya?" dia bertanya ala-ala mamai walaupun sebenarnya panik.
"Tu ha. Sikit je tapi tak pernah pun keluar darah sebelum ni" jawab isterinya.
"Mmm... tu tanda-tanda nak beranak ke B? Cuba call mak tanya" cadangnya untuk mendapatkan kepastian.
1.45 hrs
013 333 33 33
"Mak, aku kencing keluar darah la tadi. Tapi bukan meleleh, dia macam dah beku" tanya isteri pada emaknya. Orang jawa Banting memang membahasakan diri aku - engkau dengan mak bapak diorang. Orang jawa Johor pun ada juga yang seperti itu. Tapi cubalah dengan orang melayu biasa, mau kena tempeleng ngan mak sendiri.
"Itu dah tanda-tanda nak bersalin la tuh. Kok tak pegi hospital lagi. Terus pergi hospital je, nanti Doktor tau la nak buat camne" jawab emak ala-ala macam Jururawat U29.
"Ok la Mak" isterinya menamatkan panggilan.
"Sayang, Mak kata dah boleh dah pegi hospital"
"Ye ke? Nak kena pegi sekarang ke?" dia bertanya dengan gaya-gaya malas kerana baru nak pejamkan mata.
"Yelah, tapi tak sakit lagi ni. Kalau pegi masa dah sakit nanti lagi susah" si isteri memberi cadangan.
"Mmm.. camtu cepatlah siap. Kita gerak jap lagi"
2.00 hrs
Semenjak berkahwin, jarang sungguh dia keluar pagi. Kalau ada pun sebab baru balik dari opis menyiapkan kerja sekali sekala. Isterinya pun bukanlah jenis yang suka melepak pergi Uptown sampai pukul 2-3 pagi. Kali terakhir mereka pergi Uptown pun sebelum bertunang dulu di Uptown Kota Damansara. Masa tu tengah manis lagi, sejam rasa seperti seminit.
"B takde rasa sakit-sakit ke?" dia bertanya memecah kesejukan pagi itu.
"Ada rasa contraction biasa tu jelah. Sakit lain takde pulak" jawab isterinya yang sebenarnya tidur.
"Kalau takde sakit nanti dia soh balik semula kan"
"Ye kot. Ntah la sayang. Pegi jelah" jawab si isteri sebelum menyambung tidur.
2.10 hrs
Mereka selamat sampai di Hospital Serdang. Ketika itu ada 2, 3 orang suami yang menunggu isteri mereka di ruang menunggu.
"Ye Encik, apa boleh saya bantu?" tanya petugas kaunter penuh mesra.
"Isteri saya ni dah keluar darah la, camne ek?" jawabnya.
"Boleh bagi saya IC & Buku Rawatan? Isteri Encik boleh la masuk dalam" terang petugas kaunter tersebut.
"Ok, B masuklah dalam B" katanya kepada isteri.
3.00 hrs
Suasana pagi yang sejuk tidak berapa sejuk dah jadinya. Beliau terus gelisah kerana hampir sejam isterinya di dalam tetapi masih belum ada apa-apa berita. Baru sahaja beliau hendak bertanya kepada petugas kaunter, isteri beliau keluar.
"Camne B? Doktor cakap pe?" dia bertanya tidak sabar.
"Tak bukak lagi. Doktor soh tunggu dulu nanti dia panggil balik" jawab isterinya semacam penat.
"Yeke? Takpelah kita tunggu kejap lagi heh" pujuknya kepada isteri.
"Mm...orang tido dulu, nanti dia panggil kejut tau" si isteri yang sememangnya kaki tidur minta izin untuk tidur.
"Ok la, klu orang tak tertido la"
3.30 hrs
"Pn Nasrina, boleh masuk dalam balik?" arah petugas kaunter.
"B, tu dia panggil masuk balik" dia mengejutkan isterinya.
"Mm... sayang tunggu jap heh" jawab isterinya sebelum melangkah masuk ke bilik rawatan.
"Ok, I'll wait for you forever and ever baby" kata beliau sebelum melelapkan matanya semula.
4.00 hrs
"Sayang, bangunlah" isterinya mengejutkannya yang sedang lena tidur.
"Mm.. B dah nak beranak ke?" dia bertanya tanya seakan-akan tidak alert langsung.
"Belum la. Doktor soh balik dulu. Belum bukak lagi" isterinya menerangkan.
"Owh yeke, nak kena balik la ni ek. Jom la" katanya sebelum memimpin isterinya ke arah parking kereta yang lebih kurang 300 meter jaraknya.
4.15 hrs
Sampai sahaja di rumah, dia terus terbaring di katil. Tidur. Isterinya pula sudah terasa contraction yang lebih kuat sambil sesekali mengerang kesakitan.
"Argh...sayang sakitlah perut ni" isterinya mengerang kesakitan.
Dia terbangun. Sambil mengusap perut isterinya, dia berkata "Rasa macam nak beranak ke B?"
Apa punya soalan bodoh la tu. Memang la isterinya dah nak beranak.
"Sakit sayang. Aduh sakitnya" isterinya mengerang sambil kadang-kadang menangis.
9.00 hrs
Pagi ini ada rutin checkup di Klinik Desa Pulau Meranti. Ini mungkin checkup yang terakhir sebelum isterinya bersalin.
"Nak kena pegi checkup jugak ke B? Baik kita gi hospital je terus. B pun dah sakit dari pagi tadi"
"Pegi jela klinik tu dulu. Nanti pegi hospital dia suruh balik lagi pulak"
"Mmm ok lah. Dah siap blom ni?"
"Dah. Orang lapo la. Sayang bawakkan roti tu sikit"
9.40 hrs
Seperti biasa setiap hari isnin Klinik Desa Pulau Meranti mesti penuh.
"B masuk dulu. Orang nak parking kejap" katanya sebelum meninggalkan isterinya di tangga klinik.
Belum pun sempat dia menaiki tangga klinik, isterinya sudah keluar.
"Nurse soh terus pegi hospital" kata isterinya yang nampak sungguh letih.
"Ok lah, kita terus pegi je"
10.00 hrs
Keadaan di Wad Bersalin Hospital Serdang agak lengang. Tetamu di ruang menunggu pun tidak ramai. Sejurus meninggalkan isterinya di pintu Wad, beliau terus mencari parking yang pada waktu itu agak sesak. Selepas beberapa minit, akhirnya beliau dapat parking juga berdekatan dengan Wad tersebut.
"Susah betul nak cari parking. Nasib baik parking free" katanya di dalam hati.
10.05 hrs
"Ye Encik, apa yang boleh saya tolong?" sambut Petugas Kaunter sejurus dia dan isterinya sampai di kaunter wad.
"Wife saya dah sakit-sakit lah. Awal pagi tadi kitorang dah datang dah tapi di suruh balik semula. " terangnya penuh confident.
"Boleh beri saya buku rawatan. Puan bolehlah masuk dalam" terang Petugas Kaunter yang cun itu.
11.15 hrs
"Suami Pn Nasrina...suami Pn Nasrina" Petugas Kaunter yang cun itu memanggilnya.
"Ye saya. Ada apa cik?" jawab beliau sambil kontrol hensem. Maklumlah baru terjaga dari tidur.
"Boleh bagi saya baju, pampers, lampin & towel baby? Isteri encik dah buka 4cm. Insyallah boleh bersalin hari ni." terang Petugas Kaunter yang cun itu penuh mesra.
"Pampers baby ke ibunya Cik?" dia bertanya soalan bodoh kerana terlalu gementar.
"Pampers baby encik. Pampers ibu kami provide nanti ye." jawab Petugas Kaunter sambil tersenyum.
"Oh yeke? Sekejap ye saya ambil di kereta."
"Sebelum itu Encik, ada sesiapa ke antara Encik & Puan yang bekerja dengan kerajaan?"
"Takde. Kenapa ye?"
"Oh.. kalau macam tu Encik perlu membayar deposit RM350 untuk kelas ke 2 sebab kelas 3 semua full."
"RM350 je ke? Ok lah macam tu. Tapi saya kena cucuk duit dulu. Kat sini ada ATM ke?"
"Ada, di lobi utama."
~~~~~~
013 333 3333
"Hello Mak, Mizi ni. Rina dah masuk labour room dah. Doktor kata insyallah hari ni bersalin" dia memberitahu mak mertuanya.
"Oh.. mak doakan semuanya selamat. Nanti apa-apa terus bagitau mak ye" jawab mak mertua beliau yang gugup juga. Excited barangkali.
017 777 7777
"Hello Mak. Mak, Ina dah masuk labour room dah. Doktor kata insyallah hari ni bersalin" dengan gaya sedikit manja dia memberitahu emaknya.
"Uda dah bagi minum air selusuh belum?" tanya emaknya yang tak makan dek kemanjaan gedik anaknya itu.
"Tak dapat lagi. Air yang mak soh baca tu pun uda tak sempat buat lagi" jawabnya yang dah tau akan dileteri oleh emaknya sebentar lagi.
"Ko ni bla bla bla bla bla bla ....................................................bla bla bla.................bla bla..........." sempat juga emaknya memberi ceramah percuma.
"Takpelah Mak, berserah pada tuhan jelah." jawab dia memotong line emaknya untuk menyambung leteran.
"Takpe, mak doa dari jauh je. Apa-apa nanti bagitau mak ye"
11.30 hrs
"Suami Pn Nasrina...suami Pn Nasrina" Petugas Kaunter yang cun itu memanggilnya lagi.
"Ye saya Cik"
"Isteri Encik akan masuk ke labour room kejap lagi. Minta Encik ambil barang-barang isteri Encik di dalam"
"Ok. Masuk dalam ni ke Cik?"
"Ye Encik. Tolak je pintu tu"
~~~
"B sakit sgt ke?"
"Sakit jugak. Doktor tadi kata dah bukak 4cm. Syg nanti orang nak beranak Syg masuk tau." isterinya mengharap.
"Iye, nanti orang masuk" jawabnya penuh yakin walaupun tak bersedia sepenuhnya.
12.15 hrs
"Suami Pn Nasrina...suami Pn Nasrina"
"Ye saya Cik, wife saya dah nak bersalin ke?"
"Belum lagi. Encik boleh masuk ke labour room. Sila pakai kot yang disediakan ye." Petugas kaunter itu menerangkan.
Dup dap dup dap. Dia melangkah menuju ke labour room. Bermacam-macam perasaan bermain difikirannya ketika itu. Sejurus sampai di kaunter nurse, dia terus ditunjukkan ke bilik di mana isterinya berada.
Di situ isterinya sudah terbaring bersedia untuk bersalin. Contraction yang semakin kuat kadang-kadang membuatkan isterinya mengerang kesakitan. Sempat juga isterinya bertanya samada dia sudah memberitahu keluarga terdekat.
13.50 hrs
Keadaan isterinya semakin sukar. Kadang-kadang isterinya seakan mahu pengsan menahan kesakitan perut yang sekejap-sekejap mengeras. Dia yang duduk di sisi isterinya hanya mampu memujuk untuk menenteramkan isterinya.
"B jangan pengsan B. Nanti susah nak beranak" beliau mengejutkan isterinya yang kadang-kadang hampir pitam kesakitan.
"Sakit sayang. Sakitnya" jawab isteri sambil menangis.
Tak lama kemudian, datang Nurse membuat pemeriksaan.
"Dah nak bersalin ke Nurse?" dia bertanya penuh pengharapan.
"Belum lagi Encik. Paling awal pun 8 jam lagi. Paling lambat 12 jam. Tapi untuk anak pertama kadang-kadang boleh sampai 16 jam" terang Nurse tersebut.
"Oh yeke.. B, tidolah B. Lambat lagi nak bersalin"
16.00 hrs
Isterinya tidak juga tidur apatah lagi pengsan. Kesakitan yang dia tak dapat rasai. Duduk di sisi dengan hanya boleh melihat dan memberi sokongan, membuat dia rasa insaf. Walaupun dia tidak pernah curang pada isterinya, tetapi membuat dia rasa begitu besar pengorbanan isterinya untuk dirinya. Begitu juga besarnya pengorbanan seorang ibu.
Doktor datang membuat pemeriksaan.
"Isteri Encik sakit kuat sangat ni. Kena guna oksigen untuk redakan sikit kesakitan dia. Encik tolong hulurkan salur itu" Doktor memberikan penerangan.
"Lambat lagi ke nak bersalin doktor?"
"Baru buka 5cm. Nanti saya cek lagi pukul 7 ye"
19.00 hrs
Doktor datang membuat pemeriksaan lagi. Isterinya pada waktu itu sudah agak ok. Terima kasih atas bantuan oksigen tadi.
"Baru buka 6cm Encik. Expected dalam pukul 11 malam ataupun paling lewat pukul 3 pagi nanti" doktor menerangkan.
"Lambatnya lagi" katanya di dalam hati. "Ok. Terima kasih Doktor"
20.45 hrs
Isterinya hampir tidak dapat menahan kesakitan. Setiap 2,3 minit isterinya akan mengerang dengan kuat. Keadaan yang kelam kabut itu membuatkan nurse datang untuk membuat pemeriksaan.
Setelah melihat mesin tekanan jantung bayi, nurse terus memanggil doktor. Lantas doktor datang dan meminta dia untuk keluar sebentar.
21.00 hrs
"Suami Pn Nasrina, boleh masuk dalam. Isteri Encik dah nak bersalin ni" nurse memanggil dia yang pada waktu itu sedang gelisah di bilik menunggu. Dia nampak ada 2 orang doktor dan beberapa nurse sedang sibuk keluar masuk di bilik itu. Apabila dia masuk sahaja ke bilik itu, dia dapat lihat isterinya telah bersedia untuk bersalin. Terus sahaja dia ke sisi isterinya. Sambil memegang tangan isterinya ala-ala drama slot akasia, beliau memberikan sokongan.
"Push lagi B. Push kuat-kuat"
"Push lagi Puan, dah nampak rambut dah ni" doktor turut memberikan sokongan.
"Teran kuat lagi B. Keluar taik pun takpe" kata-kata sokongannya yang kadang-kadang agak kelakar juga.
"Urgh...urgh..fuh fuh...urgh.." isterinya terus meneran walaupun sudah hampir tiada tenaga.
"Encik, nampaknya kita perlu gunakan prosedur Vacuum. Kalau tak boleh juga, then kita kena caesar. Tapi insyallah boleh. Cuma biasanya vacuum akan ada komplikasi pada bayi. Mungkin bayi akan terus dimasukkan dalam ICU" terang doktor kepadanya.
"Ok doktor, doktor buat ajelah apa yang terbaik" dia memberikan kebenaran.
"Maaf Encik, jika kami lakukan prosedur, encik kena tunggu di luar" terang doktor lagi.
Biarpun berat hati, dia terpaksa juga mengikut prosedur hospital.
21.13hrs
Gelisah. Tiada apa lagi yang boleh dia lakukan selain dari berdoa. Jarak bilik menunggu yang hanya 20 meter dari bilik isterinya membuatnya lagi gelisah. Seketika dia teringat saat-saat terindah yang dikongsi bersama isterinya. Dia tidak sanggup kehilangan isterinya. Dia terlalu sayangkan isterinya. Begitu juga dia tidak mahu kehilangan anaknya yang belum dilihat lagi. Hatinya terus berdoa memohon agar tuhan menyelamatkan keduanya.
Dalam keadaan kelam kabut di bilik itu, dia nampak doktor menanggalkan glove dengan muka tersenyum. Sedetik dia menguntum senyum, menahan hiba & linangan airmata. Kemudian dia nampak doktor yang seorang lagi berlari sambil membawa baby. Dia perlu mendengar tangisan itu, tapi masih belum kedengaran. Seminit, dua minit baru terdengar bayinya menangis walaupun hanya sayup-sayup.
Sambil doktor yang lain pula keluar dari bilik, tersenyum dan mengatakan yang kedua-duanya selamat dan dia telah mendapat cahayamata lelaki. Tiada apa lagi yang dia mahukan selain berita gembira itu. Tiada apa juga ucapan yang lebih agung dari Alhamdulillah, terima kasih ya Allah. Serentak itu juga, dia menangis kesyukuran.
21.20 hrs
"Encik suami Pn Nasrina ke?" tanya nurse kepadanya.
"Ye saya nurse, anak saya ok ke?"
"Ok. mari sini Encik tengok anak encik"
Oh, dia akan melihat zuriatnya buat pertama kali. Excited, nervous takut kalau ada apa yang tidak kena. Pandangan pertama... semuanya terlintas dalam hati.
"Comelnya anak aku"
"Lebatnya rambut dia. Patutlah B asyik sakit kat bawah je"
"Tengok la sini baby, tengok lah ayah ni"
"Selamat Datang ke dunia wahai anakku"
"2 kali pandang, ada iras-iras Arshavin jugak ko ni eh"
"Encik, bolehlah azankan baby tu" nurse mengejutkan beliau yang seketika dalam lamunan.
"Allah hu akbar Allah hu akbar........................."
"Encik, saya perlu bawa anak encik ke ICU. Doktor dah terangkan tadi kan"
"Ye. Ok. Wife saya ok tak nurse?"
"Isteri encik ok, sekarang doktor sedang rawat dia. Encik boleh tunggu di ruang menunggu luar. Kalau ada apa-apa nanti kami beritahu encik"
"Ok nurse. Terima kasih ye"
Perkara pertama yang dilakukan, SMS kepada keluarga dan kemudian kepada rakan-rakan.
23.15 hrs
"Cik, boleh saya masuk dalam. Wallet saya tertinggal dalam bilik lah" dia meminta izin dari Petugas Kaunter. Dia sebenarnya masih risaukan keadaan isterinya yang dia tidak sempat jumpa sebelum keluar tadi.
"Boleh. Encik pakai kot tadi ye" Petugas Kaunter memberi izin. Sudah 3 orang Petugas Kaunter yang dia jumpa hari ini. Memang sehari suntuk dia duduk di Wad Bersalin Hospital Serdang ini.
"Doktor, ada nampak isteri...." dia berpaling dan ternampak isteri dan anaknya terbaring di katil, sudah sedia untuk di hantar masuk ke Wad.
"Tanya saya apa tadi?" doktor bertanya kembali.
"Takpe doktor, saya dah jumpa dah" dia menjawab tanpa memandang muka doktor itu.
"B ok ke? Sakit tak" Isterinya nampak sungguh keletihan. Seakan-akan mahu tidur. Di kaki isterinya pula diletak anaknya yang sedang tidur.
"Ok je. Tapi penat sangat ni." isterinya menjawab dengan nada yang lemah.
"Tadi nurse kata baby kena masuk ICU. Tak masuk ke?" dia bertanya lagi seolah-olah tak faham yang isterinya sedang penat.
"Tadi dia masuk kejap je. Doktor kata ok je takde komplikasi" isterinya menerangkan.
"Encik, saya hendak hantar isteri encik masuk wad ni. Encik boleh masuk sekali tapi kena minta pas dari Security ye. Masuk lalu lobi utama" nurse datang menerangkan prosedur.
"Oh. Ok. B nanti kita jumpa kat wad heh.." ujarnya pada isteri sebelum beredar.
Dan malam itu buat pertama kalinya dia dapat merasai kenikmatan bergelar seorang suami & ayah.
Gerun tapi seronok
Penat tapi bertenaga
Hiba tapi gembira
Pun begitu, dia tetap bersyukur kepada-Nya...
Bermulalah lembaran baru dalam hidup mereka dan tidaklah isterinya perlu pergi checkup lagi selepas itu.
11 comments:
syorgaaa, kan??
priceless!!
congrate amat + rina =)
**tapi semakin dia membesar, semakin sakit kepala ku..huhu..cobaannnnn**
Jaja, part yg tu aku belom lalu lg.. hrp2 tak la pening kepala sgt..
Baru ko tahu yek, mcm mner sushnyer nak bersalin...di ambang maut...so sayangi bini anda....kalau aku pregnant kali-3, nak usop yg bersalin bleh tak...huhuhuhu...fobia beb...
giler ah..ngeri gak aku bace neh..
pape pon..tahniah..
aku baca, takut seh. takut ar mat. takut.
aku pulak rasa kelakar sbb amat bole la wat lawak time bini nak beranak. haha. tahniah amat. cerpen ni kalo masa sekolah rasa-rasa bole masuk dewan siswa gaknye.
oit! part yg aku tipon n sms setiap jam mana? fakta x tepat nih! haha
anyway congrats utk ko sekeluarga. lps ni aku plak...
Melah : aku sayang bini aku je.. bini org lain aku tak sayang..
Apah : Selamat juga thn dpn ye..
Ain : Selamat juga 2 thn lg..
Jane : Ko lah ni yang nak aku masukkan elemen komedi..kan dah tak serius.
Efik yg manja : Gua cut short je..weh Azie dah ada isi ke? x bgtau pung..
ek ele...byk kali aku ckp mase rina ngandung kita sama level skrg. maksudnya bakal bapak le kita mase tu..skrg ko advance sket la
huhuh syabas inspector sahab... tapi anak aku tua setahun la dr anak ko ek...
ko cakap main selindung2... ckp la trs trg..
permulaan baca...best...
panjang sangat...nak sambung baca kat umah...
nak cuba berada dalam cerita ni...
:)~
Post a Comment