Thursday, September 11, 2008

An Evening at Danga Bay

Setiap kali pergi ke Johor Bahru, biasanya saya akan cuba untuk singgah di Danga Bay. Bukan ada apa-apa pun, sekadar berjalan-jalan dan melihat keindahan Selat Tebrau.

Minggu lepas ketika pulang ke Johor, saya berkesempatan pergi ke Johor Bahru dan dapatlah saya singgah di Danga Bay. Lebih meriah kerana kali ini pergi bersama-sama family.

Adik sempat berposing di pintu masuk Danga Bay. Cuaca pada hari itu agak menarik kerana baru lepas hujan. So takdelah panas sangat. Sangat sesuai untuk berjalan-jalan ambil angin.

Saya suka betul dengan binaan jam matahari ini. Ia begitu unik dan begitu menarik perhatian. Ketika saya mengambil gambar ini ada juga tiga empat couple (maybe bukan orang tempatan berdasar dressing mereka) yang sedang bertenet di situ. Itu belum masuk kawasan maze, lagi la ramai yang bertenet.

Danga Bay juga telah mempunyai Petting Zoo nya sendiri. Bayaran masuk adalah RM10 bagi dewasa dan RM5 bagi kanak-kanak. Disebabkan wang yang tidak mencukupi, saya tengok dari luar saja la. Mirul pun sempat berposing dengan kawannya yang sedang bersenggayut itu.

Di Danga Bay ini juga disediakan Taman Tema seperti FunFair. Dulu saya ingat ianya hanya sementara sahaja, tetapi rupa-rupanya ia memang kekal disitu. Dapatlah Athirah bermain-main ditemani oleh KakNgah ngan Neneknya yang comel itu.

Entah berapa round Athirah main saya pun tak pasti. Sedang adiknya Athilah pula asyik melihat ke arah patung-patung di bawah ini. Comel kan..

Nasib baik Bubu tidak ikut balik kampung pada waktu itu, kalau tidak sudah tentu saya terpaksa bermain permainan yang entah apa itu untuk mendapatkan pooh-pooh yang comel ini. Saya pun tidak mengerti kenapa kebanyakan perempuan suka kepada Pooh. Kalau tengok pada potongan saya sekarang, ada la sedikit sebanyak macam Pooh, mungkin sebab itu Bubu suka kat saya..

Mulanya saya merancang untuk makan di Marrybrown yang ada di foodcourt Danga Bay ini, tetapi malang sekali kerana foodcourt tersebut sedang direnovate. Jadi kami berpatah balik ke Street Mall dengan menaiki Keretapi yang laju ini kerana masing-masing sudah letih untuk berjalan.

Akhirnya kami makan di foodcourt berdekatan StreetMall sahaja setelah penat berjalan dan bershoping di dalam StreetMall. Dapatlah makan tahu bakar yang sedap di JB ini.

Menikmati petang di Danga Bay sebenarnya lebih kurang sahaja seperti saya menikmati petang di Putrajaya atau pun di Pantai Kelanang, cuma berbezanya adalah kehadiran family yang selalu jauh dengan kita. Sesekali memang seronok, kalau selalu pasti boring. Apapun, saya belum bercadang untuk menghabiskan zaman tua saya di JB.

Sebab semuanya ada di sini...


`

5 comments:

rezib said...

aku pun mat....tak bersedia langsung nak balik johor... berdosakah aku??? :-)

AmatMizi said...

Berdosa ke tak...tak tau nak bg komen. Tp yang pasti macam dah lupa asal usul je..

hahahaha..

Selamat Berpuasa Rezib

Soraya Zainal said...

Amat Pooh :D

tunggu ko kale kuning je.. konfem same kalau gitu. hehehe

aku pon x ready nk balik jhr, tp aku x lupe asal usul lg... kot :P

Pekji said...

Eh mat... Bukan ko cakap kat aku aritu, ko memang dari kecik dok KL ke? haha

AmatMizi said...

Sue : Gua Pooh kalet itam..

Pekji : Gua ulu2 KL je.. mcm Cina Bukit la