Ketika di hujung Form Five, buku Autograph adalah sesuatu yang begitu glamer selain buku teks Sejarah dan Bahasa Arab Tinggi. Buku autograph menjadi medium yang paling praktikal, jimat dan mudah untuk rakan-rakan memberikan kata-kata akhir samada nasihat atau pun gurauan sebelum berpisah setelah satu jangka waktu yang lama.
Semasa pulang ke kampong pada awal bulan ini, saya telah menjumpai semula buku Autograph saya yang saya fikirkan sudah hilang. Membacanya semula telah mengembalikan ingatan saya pada zaman remaja dulu.Saya type kan semula beberapa ucapan yang menarik.
i) ‘Jangan samakan anak itik dengan anak ayam kerana anak itik dan anak ayam mempunyai kelebihan tersendiri dan tidak boleh mengubahnya daripada kebiasannya’. – Mohd Razali Adon
ii) ‘Let memories be memories. But don’t let your memories be your horrible nightmare’ – Khairul Azhar Azit
iii) ‘Never care for what people say to you, just follow your own way’ – Shaifussaleh M. Tahir
iv) ‘Kebaikan itu susah diamalkan, tetapi apabila diamalkan terasa bahagia. Kejahatan itu mudah diamalkan, tetapi apabila diamalkan tidak pernah tenang jiwa’ – Mohd Yazid Yusoff
v) ‘Ketabahan, keikhlasan dan ketekunan adalah wahana yang menjadikan ilmu indah di hati, terjalin kemas di dada dan jiwa semakin dahaga ingin mencari lagi ilmu yang melaut luas’-Ahmad Syakir Ali
vi) ‘Jangan menyesali kegagalan yang dialami dengan menuduh atau menyalahkan orang lain, akan tetapi akuilah sesungguhnya kegagalan itu adalah akibat perbuatan sendiri’ –Rasis Hadiyanta
vii) ‘Be the best among the best in the world full of the people with best life and the best heart’ –Zamri Zaini
viii) ‘Ilmu merupakan segalanya. Tiada yang utama selainnya. Kejarlah ia selagi kau mampu. Jangan mudah tumpas kepadanya’ – Zazali Zain

Terrer jugak kawan-kawan saya menulis Quote pada usia yang masih muda. Ucapan yang paling glemar pula adalah :
- Good Luck for our SPM 97, Score 10A1
- Aku doakan kau masuk U
- Jangan lupa solat 5 waktu
- Lepas ni jangan lost contact. Jumpa kat mana-mana tegurlah
- Doakan aku dengan __________(nama awek dia) bahagia
- Jemput aku bila kau rasa ini kali terakhir kau kahwin
- Maafkan segala dosa-dosa aku. Aku dah maafkan dosa kau
- Jangan asyik jadi Buaya je
- Jaga __________ (nama awek aku waktu itu) baik-baik
- __________ (nama awek dia) lebih cun dari Siti Nurhaliza
i)‘Our Study, Our Company, Our Business, Our Future’
– Taufik Hidayat Supian
(Simple but really meaningful. At that time aku, Topek, Lanz & Ichut merupakan rakan kongsi perniagaan Karipap.)
ii) ’Amat, Beramallah dengan sebanyak-banyak kebaikan dan hindarkanlah perkara-perkara yang dilarang. Amat hubungan dengan Tuhan amat perlu dijaga, selain itu hubungan dengan ibu bapa & manusia yang lain. Amat inilah sahaja nasihat yang mampu aku berikan. Mungkin ini nasihat terakhir dari aku sebagai Ketua Tingkatan, sebagai kawan kau dan sebagai orang Islam. SEMOGA BERJAYA DI DUNIA & AKHIRAT terutama SPM 97. Aku senantiasa doakan kau dan bebudak lain’
– Mohd Rezib Mohamad
(Rezib nasihatkan aku macam aku ni jahat giler. Tapi memang syahdu la baca..sebenarnya panjang gila ucapan dia, tapi aku tak larat nak tulis semua.)
Tetiba teringat plak zaman SPM dulu hahahha.. Aku kahwin nanti korang mesti kena datang..
Hmm..Satu Buku, banyak cerita..
`
11 comments:
rotfl..hahah...
ape tu??
nombor dua ni aku cukup suke benor.
9. Jaga __________ (nama awek aku waktu itu) baik-baik
10. __________ (nama awek dia) lebih cun dari Siti Nurhaliza
nak suruh aku isik tempat kosong x?
;))
tak payah susah2 la ain..
byk jawapan tuh
Shakir Ali (Tawil) pun isi buku ko? hahaha. Dah la ko belasah dia separuh mampus, boleh lagi dia keluar kata2 hikmah.. haha. Tawil..tawil...
Amat lebih hencem dari Dato' K?
Eh... Baiti takde blog ke Mat...?
rotfl= rolling on the floor laughing..hahha..
Pekji : Aku jelah yg bantai dia..sape ntah yang dok terajang mamat tu masa dia bgn tido hahha. Misai aku tak tebal mcm Datuk Seri K.
Apah : Skrg baru aku tau..hahah
Eh, Pekji ngan Apah ada apa-apa ke??
rotfl tu aku yg ajar ko kan pox? :p
Kali terakhir aku baca buku autograph aku yg korang tulis, aku hampir muntah. I do not know why....
Mana tah buku tu
aku pun x ingat yg aku tulis tu. tapi bila baca balik rase cm x de beza aku waktu tu dgn skrg! Tua terlalu awal? Maybe.. :)
nanti aku balik aku nk cari buku autograph aku :D
Post a Comment