Last Saturday, saya telah menghadiri Majlis Konvokesyen Bakal Kakak Ipar saya yang bertempat di Politeknik Sabak Bernam. Perjalanannya Masya-Allah jauh benar. Rasa seperti balik ke Johor je. Saya sebenarnya suka juga menghadiri Majlis-majlis konvo seperti ini. Dulu semasa rakan-rakan saya berkonvo di UiTM Shah Alam, saya sempat juga memeriahkan majlis dan meng'appreciate' dorang atas segala jerih perit dorang struggle untuk melepaskan diri dari tahap kantoi di UiTM. Maklumlah saya grad dahulu dari diorang. Bulan May lepas pun saya meraikan Majlis Konvo Bakal Isteri Tersayang di Matrade. Tapi waktu itu belum lagi mempunyai kamera besar gedabak ini, cuma ada camera nokia 5300 sahaja, so agak malu-malu juga ingin mengambil gambar.
Semasa saya konvo pada tahun 2001, saya tidak dapat memakai apa yang dikatakan 'Jubah' dan juga 'topi' tu (saya lupa nama scientific dia sbb saya tidak pakai masa konvo). Batch saya yang grad on time pada waktu itu adalah batch terakhir yang berkonvo tanpa memakai jubah walaupun ITM waktu itu sudah menjadi UiTM. Padanlah muka mereka-mereka yang grad pada waktu itu seperti Cik Noi, Encik Penchu dan Encik Iki. Tapi mereka dapat juga memakai jubah ketika mengambil Degree sedangkan saya telah menangguhkan Degree saya sampai sekarang. Sekarang pula telah miang-miang mahu berkahwin, ntah bila saya akan mengambil Degree saya.
Semasa saya konvo juga saya hanya mendapat sejambak bunga pemberian Ibu tercinta. Pada masa itu pemberian hadiah lain seperti patung pooh dan tongkat Pari-pari belum lagi ada. Malah mungkin usahawan Pesta Konvo belum terfikir untuk menghasilkan produk sedemikian. Alangkah beruntungnya orang yang konvo pada waktu sekarang. Tetapi saya berasa agak pelik bila ada dikalangan mereka yang tidak mahu menghadiri majlis konvo mereka sendiri dengan alasan seperti malu naik pentas, takde baju yang sesuai dan result mereka yang tidak gempak. Tidakkah majlis konvokesyen itu sesuatu yang amat jarang terjadi melainkan anda adalah seorang genius yang boleh grad dalam masa yang singkat. Amat rugi mereka itu.

4 comments:
perlahan perlahan kayuh..
aku lom start kayuh la beb!
:))
degree..here i come... ungakapan yg aku dengar dari mulut amat sejak tahun 2003..(atau sblm tu lg...)
Hhahaha..smpi sudah la here I come heh Pek..
huhuhuhu
Post a Comment