Minggu ni adalah minggu untuk saya berpuasa. Setelah hampir habis syawal, baru lah saya terhegeh-hegeh untuk menghabiskan puasa yang enam. Satu telah pun selamat pada minggu lalu, tinggal lima untuk dihabiskan pada minggu ini. Lagipun sejak akhir-akhir ini ada yang mengatakan 'saya telah nampak kurus' walaupun pada hakikatnya berat saya cuma turun dua kilo sahaja. Itu pun setelah sebulan berpuasa. Bilakah 10 kilo saya akan hilang??
Semalam saya tidak berpeluang berbuka best-best ketika masuk waktu maghrib kerana saya begitu sibuk menyiapkan kerja orang lain yang perlu membuat kerja orang lain juga untuk orang lain. Tapi kesemuanya adalah untuk kebaikan syarikat. Saya tidak begitu kisah asalkan saya dapat makan.
Tetapi malam tadi semasa mengambil Bakal Isteri Tersayang di LRT Universiti, perut dan tekak saya meronta-ronta untuk diisi dengan sesuatu yang telah lama saya idamkan, Nasi Beriani Kambing. Maka terpaksalah saya gagahkan diri memandu ke Midvalley untuk mencari Nasi Beriani di kedai Laksa Shack memandangkan Bakal Isteri Tercinta teringin makan Laksa.

Saya juga dapat menjumpai Majalah CLICK yang dicari-cari selama ini. Seperti yang disarankan oleh Saudara Faizul, majalah itu memang amat berinformasi. Ada juga majalah-majalah lain yang menaik perhatian saya seperti 'Digital CameraMagazine' dan satu lagi saya lupa nama dia. Ikutkan hati mahu saja saya borong kesemuanya tetapi adanya Bakal Isteri Tercinta yang menjeling-jeling sambil bertanya 'Syg beli majalah ni nak buat apa?" membantutkan niat murni saya untuk mengkayakan towkey kedai tersebut. Tetapi apabila dia membeli majalah "Pengantin, Koleksi Hantaran, Wanita, Perempuan dan sebagainya" tidak pula saya menjeling atau bertanya sedemikian. Itulah beza laki dan perempuan.
Cukuplah pagi-pagi ini saya melalut sekadar mengupdate blog dan memenuhi permintaan beberapa teman yang mahukan saya mengupdate blog ini.
Sekian, pergilah buat kerja kamu yang bertimbun itu..

Inilah hasilnya yang saya dapat di Laksa Shack. Nasi Beriani Kambing yang melimpah ruah. Jangan tidak percaya saya tidak habis makan nasi ini.

Bakal Isteri Tersayang pulak melantak Laksa Lemak Singapore yang selalu menjadi makanan ruji saya di Laksa Shack dan bukannya Laksa Johor seperti selalu. Satu mangkuk besar tu dia habiskan sorang-sorang, saya cuma mendapat dua ekor udang sahaja. Lapar betul dia.

Saya juga dapat menjumpai Majalah CLICK yang dicari-cari selama ini. Seperti yang disarankan oleh Saudara Faizul, majalah itu memang amat berinformasi. Ada juga majalah-majalah lain yang menaik perhatian saya seperti 'Digital CameraMagazine' dan satu lagi saya lupa nama dia. Ikutkan hati mahu saja saya borong kesemuanya tetapi adanya Bakal Isteri Tercinta yang menjeling-jeling sambil bertanya 'Syg beli majalah ni nak buat apa?" membantutkan niat murni saya untuk mengkayakan towkey kedai tersebut. Tetapi apabila dia membeli majalah "Pengantin, Koleksi Hantaran, Wanita, Perempuan dan sebagainya" tidak pula saya menjeling atau bertanya sedemikian. Itulah beza laki dan perempuan.
Cukuplah pagi-pagi ini saya melalut sekadar mengupdate blog dan memenuhi permintaan beberapa teman yang mahukan saya mengupdate blog ini.
Sekian, pergilah buat kerja kamu yang bertimbun itu..
`
7 comments:
weh, muke ko ngan bubu. sejibik juga. sejuk tu tandanya.
erm, citer psl berani kambin, mase pegi berhari raya dkat BP aritu, mak sedare aku siap tapaukan berani kambin kedai shah.
rase nak mengembek bile mkn tu. :))
Peh...aku bape kali gi openhouse tak jumpa lg nasi beriani kambing..
Smlm baru dpt mengembek..
Psl muka sama tu..ramai yang cakap cmtu..(Maknanya aku ni 'cute' jugak la) huhuhuh
hahhaa...amat..kambing pong cumei gak..adakah tandanya kamu berjodoh?
Apah : Tiga kali tengok, rupa kamu dgn P pun mcm ada iras2 sket..
Tp tak tau pula jika rupa Ain dgn Blog Admirer dia tu pun serupa jugak..
Hehehe
nauzubillah.
seramnye~
ukeleh amat..nk gak kenekan aku..tampor kang..haha
ha'ah mm sama la mat ko ngan bubu ko...sama putih...
Post a Comment