Khamis - 27 Nov 08
~~~
Saya telah mula bercuti. Pada malam sebelumnya saya telah pun bekerjasama dengan Halil untuk menyiapkan design Banner dan memfotostet direction untuk majlis di dua-dua tempat.
Pagi-pagi lagi saya sudah bangun kerana perlu menyetelkan beberapa perkara. Pertama sekali saya pergi berbekam & berurut (sekadar melengkapkan syarat). Setelah itu saya singgah sebentar di opis untuk mengambil barang yang tertinggal, kemudiannya terus bergegas ke Agrobank dan ke Ambank untuk membuat Money Order (maklumlah saya tiada cekbook). Setelah selesai membuat 'duit hantaran' tersebut, saya membeli beberapa barang lagi untuk menyiapkan hantaran saya yang masih belum siap. Pengapit saya di Johor telah sms memberitahu beliau kemungkinan besar tidak dapat hadir untuk majlis di sini seperti yang dirancang kerana beliau telah di admitted di wad sebab denggi. Sedih juga saya rasa, yelah kawan baik saya En. Photographer telah menarik diri 2 minggu lebih awal kerana komitmen dengan kerja, bekas housemate saya juga tidak dapat hadir kerana isteri beliau baru lepas bersalin, housemate yang 2 bulan sekali ni plak kena denggi. Sedih tapi apa boleh buat, kita hanya merancang, tuhan yang tentukan. Lagi pula kawan saya ini telah saya lantik untuk menjadi videographer pada majlis saya. Terpaksalah plan ditukar lagi.
Setelah sampai dirumah, saya bukannya membuat hantaran atau pun menyetelkan operasi kemas rumah yang tertangguh, sebaliknya saya membuta kerana mengantuk yang amat. Setelah beberapa kali di telefon oleh bakal isteri barulah saya sedar, ketika itu pun baru hendak maghrib. Selesai mandi dan solat, saya bergegas ke ofis untuk mengambil banner yang telah siap diprint (sponsored by Abg Borhan) dan smpat juga menghantar beberapa email kepada bos saya. Ketika hujan sedang begitu lebat, saya bergegas ke Sijankang untuk menghantar banner kepada bakal isteri tersayang. Nasib baik saya tidak tersangkut dalam banjir di tol Kesas yang mahal itu. Selesai segalanya, saya pulang dan menyambung operasi pembersihan rumah sehinggalah pukul 4 pagi.
Jumaat - 28 Nov 08
~~~
Hari ini saya bertungkus lumus menyiapkan beberapa hantaran yang belum siap lagi. Family saya juga akan bertolak dari Johor selepas Solat Jumaat. Mereka perlu singgah di Pasak dulu untuk mengambil Videocam dari tuan punya kerana videocam saya sudah ala-ala rosak. Warranty 5 tahun, selepas 5 tahun for sure dia akan rosak. Rasa sunyi plak bila buat kerja sorang-sorang. Kalau di kampung pada waktu-waktu ini pasti sedang sibuk. Kerja sikit tapi orangnya yang ramai. Slow-slow siaplah hantaran saya.. walau pun tak semuanya siap..
Hantaran untuk Majlis Nikah
Hantaran untuk Majlis Sanding (coklat, telekung & sirih junjung blm siap sewaktu gambar diambil)
Hantaran untuk Majlis Nikah
Hantaran untuk Majlis Sanding (coklat, telekung & sirih junjung blm siap sewaktu gambar diambil)Dalam pukul 9.30 mlm family saya selamat tiba di Tol Kajang. Mengikut rancangan awal, mereka akan lepak di rumah Abalong saya di Seri Kembangan tetapi memandangkan parking yang tiada, mereka terus ke rumah saya di Puchong. Ramai juga yang datang. Rumah bujang, biasalah semuanya takde. Waktu tulah gas dapur habis, Mak yang dah bawak macam-macam frozen food dari kampung terpaksa tengok je makanan tu. Toto plak ada 2 je tak cukup untuk menampung kesemua mereka. Kesian tapi nak buat camne. Dah namanya rumah bujang...


2 comments:
kalau aku nak pakai inai, aku nak balut dan ikat mcm ko la nanti.
;))
tak yah ikat la ain..jari lembik darah x sampai..
Post a Comment