Tuesday, December 16, 2008

Reverse 2 - Aku Terima Nikah...

Sabtu - 29 Nov 08
~~~
Today is my Big Day. Sejak bangun tidur lagi dah berdebar-debar. Hari ni ramai tetamu di rumah saya, tetapi saya tetap bangun lewat. Hari ni saya perlu membeli hadiah langkah bendul untuk Abang & Akak Ipar saya. 3 jumlah keseluruhannya. Memang niat nak bagi lebih sket untuk dorang, lebih-lebih lagi kat Abang sebab dia lah yang banyak membantu persiapan kitorang. Kopak jugalah separuh ribu untuk beli hadiah dorang. Alhamdulillah masa tu plak ada duit masuk, so budget tak lari lagilah.
Sampai rumah musibah satu lagi melanda. Apartment saya tetiba takde air plak. Bengang betol! Nasib baik rumah Pak Ngah saya dekat je dan kebetulan dia ada buat kenduri doa selamat tengahari tu, so semua tetamu saya berpindah ke rumah Pak Ngah.
Tak lama KakNgah sefamily pulak sampai. Lepak kejap je pastu kitorang pun ikut sama gerak ke rumah Pak Ngah. Di rumah PakNgah pulak dah start baca doa selamat. Kami masuk ikut pintu belakang & elok-elok je baru nak duduk dah masa untuk makan. Terus la mentekedarah beriani kambing dulu.. Waktu itu sudah pukul 2 petang. Saya sepatutnya tiba di Masjid tempat nikah pada pukul 3.30 petang. Tolak makan, siap-siap, mandi, solek-solek (saya makan sahaja, yang lain tetamu yang buat) akhirnya kami bertolak pada pukul 3.30 tepat. Pengapit saya sudah pun tiba di Masjid itu pada pukul 3.30. Dia yang terlebih excited plak.
Jalan pulak agak sibuk waktu itu. Saya selaku lead agak kelam kabut la jugak sebab nak mengejar masa, dengan bakal bini yang asek sms tnya bila nak sampai, membuatkan darah tinggi saya naik la jugak. Saya sampai di Masjid Al Amin Kebun Baru tepat pukul 4.20 ptg. Alhamdulillah sempat juga sampai sebelum Asar. Ayub dan Zurin sampai kemudian menghantarkan baju nikah saya. Setelah salin baju & solat Asar berjemaah, tibalah waktu nya untuk melakukan sesuatu yang di tunggu-tunggu.

Disaat Imam telah memanggil pengantin lelaki (iaitu saya), perasaan tu memang la nervous sangat. Kipas Masjid yang dipasang kuat telah mengeringkan peluh yang sememangnya banyak sangat keluar. Tetapi di saat saya tengah nervous ni, pengantin perempuan pula tak sampai lagi. Lagi la nervous. Lama sket baru la rombongan dorang sampai. Lega la dapat tengok bakal bini yang comel itu.
Pak Imam plak memang ikut protocol. Siap dengan khutbah sume. Tapi sempat jugaklah dia buat lawak. Bila khutbah dah setel, saya pun dah dapat buat apa yang dia nak, tibalah waktunya untuk ijab & kabul.

Bakal Pak Mertua saya yang akan menikahkan saya bersaksikan Imam Masjid. Pak Mertua saya buat lawak juga masa nak menikahkan saya, dia lafaz Ijab tapi tak salam tangan saya. Bukan saya je gelak tapi semua orang gelak..Kali kedua ijab dilafaz (beserta dengan salam) saya dapat melafazkan kabul dengan sekali lafaz..Alhamdulillah. Perasannnya melebihi ketika dapat pangkat satu semasa SPM, atau pun semasa terima diploma UiTM, ataupun ketika tengok acc maybank ketika akhir bulan, malah lagi best ketika klimaks semasa buat sorang2. Memang sepatutnya lafaz itu tidak dipractice, sebab boleh hilang keseronokannya.

Selesai sudah saya bernikah dengan isteri saya. Perkara yang lama sungguh dinantikan akhirnya terlaksana jugak tidak sampai seminit. Alhamdulillah segala berjalan dengan lancar.

Setelah selesai bersalaman dengan semua orang, saya solat sunat dan setelah itu Majlis Batal Air Sembahyang terus dilakukan. Betullah kata Zurin yang kawen ni seronok. Memang la seronok sebab apa yang kita buat semua orang perhati, semua orang amek gambar. Rasa mcm artis la plak.
Selesai semua perkara di Masjid, rombongan bergerak ke rumah Mertua saya yang jaraknya dalam 100meter dari Masjid. Saya dan isteri pula ada sessi fotografi di Bilik dan di Masjid. Gambarnya tidak ada sebab Fotografer saya tak bagi lagi kat saya. Sessi amek gambar tu je sampai ke pukul 8 malam. Rombongan keluarga saya dah balik pada pukul 7 malam. Budaya di sini (Jawa Banting) malam sebelum bersanding tetamu dah datang seperti pada waktu bersanding. Memang ramai. Saya gerak pulang ke Puchong pada pukul 10 malam, isteri saya pula ada sesi fotografi lagi malam itu. Kesian dia penat sangat. Niat di hati memang nak temankan, tetapi adat melarang. Ikutkan ajelah.
Sampai dirumah termenung sekejap sambil berfikir... AKU DAH JADI LAKI ORANG..
Betullah kata Halil, tak rasa lagi perubahan apa-apa..lagipun takde orang lain tido sebelah aku lagi..
Esok bersanding pula, lagi la penat!!!

`

2 comments:

Anonymous said...

Assalamulaikum, wah..wah..wah... amat dah jadi laki orang..welcome to the club.. he he he..

AmatMizi said...

Thanks bro..nape x dtg umah??