Ahad - 30 Nov 08
~~~
Majlis Bersanding dijadualkan pada pukul 12.00 tghari. Saya dan rombongan saya bertolak tepat pukul 10.15 pagi. Memang rushing sebab biasalah, Pengantin memang dah siap tinggal rombongan je yang lambat. Saya yang tidak boleh tunggu lama, terus je tinggalkan dorang dengan berpesan kepada Abalong untuk direct dorang ke sana.
Sampai di rumah bersanggah tepat pukul 11.00 pagi. Tetamu sudah ramai yang datang.
Pengapit saya juga sudah sampai. Bagus betul dia ni. Kami lepak lama jugalah disitu sementara menunggu Mak Andam datang untuk menyiapkan saya pula. Saya bersiap tidak sampai 15 minit pun, maklumlah muka memang dah terletak..huhuh..
Tepat pukul 12.15 tghari paluan kompang pun bermula. Maka bermulalah upacara Persandingan saya dengan isteri.
Tengah kelam kabut tadi terlupa yang bunga manggar tidak dibawa sekali semasa berarak. Dok best je dia terpacak kat tepi jalan. Alhamdulillah cuaca begitu indah, walaupun panas terik.
Saya dan isteri telah pun bersanding. Dulu semasa mula-mula berbincang mengenai bersanding ini, saya seboleh-bolehnya tidak mahu bersanding kerana rasa macam poyo-poyo je. Tetapi memandangkan tunang saya waktu itu beriya-iya mahu bersanding maka saya turutkan juga. Tema ini juga adalah keinginan dia. Saya agak comel juga memakai kaler pink (perasan) walaupun hanya di tanjak dan samping sahaja. Pengapit kami adalah pasangan yang sedang hangat bercinta. Yang perempuan adalah kawan baik isteri saya dan yang lelaki adalah kawan baik saya.
Saya pun perasan, Upacara tepung tawar ni memang lama gila. Naik cramp jugaklah saya senyum sepanjang majlis tu. Tapi saya selamba-selamba juga borak dengan Pekji, Ain, Pengapit dan adik beradik saya. Isteri pula sempat juga membebel kerana saya macam pengatin yang tak reti kontrol. Upacara tepung tawar ni berlangsung lama kerana ada beberapa adat yang perlu disetelkan oleh pihak saya kepada pihak isteri saya. So sementara menunggu Abah saya setelkan benda tu yang terdrag lama gila saya duduk kat pelamin tu. Lagi pun bila lagi la saya nak merasa naik pelamin yang indah ini. Mahal plak tu weh..
Kek yang saya tempah sampai tepat-tepat sewaktu saya sedang berarak. Memang lawa sangat. Harganya pun lawa juga, mujurlah ada sahabat yang sudi untuk sponsor.
Keluarga saya bertolak pulang pada pukul 2.30 petang. Keesokannya mereka perlu rewang di Johor pula. Saya dan isteri pula terus melayan tetamu hingga pukul 5.30 setelah tetamu beransur surut. Setelah itu kami ada outdoor shooting sket dan hanya berakhir pada pukul 7 malam. Malam pula masih ada kawan-kawan yang datang, juga upacara buka hadiah dan kira duit yang masyuk.. setelah itu barulah saya dan isteri dapat merasa kehidupan sebagai suami isteri. BEST BETUL!!
`
~~~
Majlis Bersanding dijadualkan pada pukul 12.00 tghari. Saya dan rombongan saya bertolak tepat pukul 10.15 pagi. Memang rushing sebab biasalah, Pengantin memang dah siap tinggal rombongan je yang lambat. Saya yang tidak boleh tunggu lama, terus je tinggalkan dorang dengan berpesan kepada Abalong untuk direct dorang ke sana.
Sampai di rumah bersanggah tepat pukul 11.00 pagi. Tetamu sudah ramai yang datang.
Pengapit saya juga sudah sampai. Bagus betul dia ni. Kami lepak lama jugalah disitu sementara menunggu Mak Andam datang untuk menyiapkan saya pula. Saya bersiap tidak sampai 15 minit pun, maklumlah muka memang dah terletak..huhuh..Tepat pukul 12.15 tghari paluan kompang pun bermula. Maka bermulalah upacara Persandingan saya dengan isteri.
Tengah kelam kabut tadi terlupa yang bunga manggar tidak dibawa sekali semasa berarak. Dok best je dia terpacak kat tepi jalan. Alhamdulillah cuaca begitu indah, walaupun panas terik.
Saya dan isteri telah pun bersanding. Dulu semasa mula-mula berbincang mengenai bersanding ini, saya seboleh-bolehnya tidak mahu bersanding kerana rasa macam poyo-poyo je. Tetapi memandangkan tunang saya waktu itu beriya-iya mahu bersanding maka saya turutkan juga. Tema ini juga adalah keinginan dia. Saya agak comel juga memakai kaler pink (perasan) walaupun hanya di tanjak dan samping sahaja. Pengapit kami adalah pasangan yang sedang hangat bercinta. Yang perempuan adalah kawan baik isteri saya dan yang lelaki adalah kawan baik saya.
Saya pun perasan, Upacara tepung tawar ni memang lama gila. Naik cramp jugaklah saya senyum sepanjang majlis tu. Tapi saya selamba-selamba juga borak dengan Pekji, Ain, Pengapit dan adik beradik saya. Isteri pula sempat juga membebel kerana saya macam pengatin yang tak reti kontrol. Upacara tepung tawar ni berlangsung lama kerana ada beberapa adat yang perlu disetelkan oleh pihak saya kepada pihak isteri saya. So sementara menunggu Abah saya setelkan benda tu yang terdrag lama gila saya duduk kat pelamin tu. Lagi pun bila lagi la saya nak merasa naik pelamin yang indah ini. Mahal plak tu weh..
Kek yang saya tempah sampai tepat-tepat sewaktu saya sedang berarak. Memang lawa sangat. Harganya pun lawa juga, mujurlah ada sahabat yang sudi untuk sponsor.
Keluarga saya bertolak pulang pada pukul 2.30 petang. Keesokannya mereka perlu rewang di Johor pula. Saya dan isteri pula terus melayan tetamu hingga pukul 5.30 setelah tetamu beransur surut. Setelah itu kami ada outdoor shooting sket dan hanya berakhir pada pukul 7 malam. Malam pula masih ada kawan-kawan yang datang, juga upacara buka hadiah dan kira duit yang masyuk.. setelah itu barulah saya dan isteri dapat merasa kehidupan sebagai suami isteri. BEST BETUL!!`
10 comments:
;)) best ke amat? terujanya aku~
weh, aku suruh ko dok tegak2 kat pelamin tu, ni manjang jek bongkokkan badan.
kang aku nyanyi nenek nenek si bongkok tiga, nak?
;))
Kerusi tu xde sandar..silap pilih kerusi plak..
Ko sanding nnti jgn bongkok, buruk rupanya..
amat ; maksudnye ko sedor ko ni mcm buruk rupa sbb tak sandar kat kerusi. eh?
lenguh siot pinggang xde tmpt sandar..
xde la buruk sgt, comel la jugak tu pakai pink
mr. pinky!
patut aku panggiey ko pink panther.
weh, aku baru nak ngorat pengapit ko, tapi terpaksa la cancel sbb dah ade awex. ahax~
Congrate bro.
Kot ada adik2 bini anda tu yang lebih2, kenen2 la skit. Huhuhu...
Ain : Abang Ipar aku masih single lagi..
Wiwin : Adik laki sume..akak 2 orang still available..Mau?
Laki pon laki la bang!
Hahaha
hahha...amat..u look gud in pink rather in purple..wei..pesal name aku tak masuk? aku pegi gak ang kawen...kejam la ko mat..
Ala pah..sebut nam pekji tu kira nama ko jugak la..
Post a Comment