Sabtu - 6 Dec 08
~~~
Majlis Bersanding dijadualkan pada pukul 2.30 ptg. Alhamdulillah cuaca begitu cerah walaupun hari sebelumnya hujan lebat.
Saya sudah berada di kampung sejak hari khamis lagi kerana ingin membantu apa-apa yang patut. Isteri saya pula telah mula bekerja sejak hari rabu lagi. Terpaksalah kami berpisah untuk 3 hari. Yang best nya jadik pengantin ni adalah anda dilarang dari membuat kerja-kerja yang berat dan berbahaya seperti pasang lampu, angkat periuk dan sebagainya. Kebetulan pula saya telah dijangkiti virus flu pada waktu itu, jadi setelah makan ubat saya hanya tidur sahaja. Kerja lain yang saya buat adalah mengambil gambar sahaja.
Pada hari yang sama, majlis khatam quran dan berzanji untuk adik juga diadakan pada waktu pagi. Isteri saya yang baru tiba dari Klang pada pukul 7.30pagi secara paksa rela telah disuruh untuk turut sama terlibat dalam upacara tersebut. Mujurlah saya tidak disuruh sekali, kalau tidak mahu jadi tragedi juga lah sebab dah lama sangat tidak membuka kitab suci Al-Quran melainkan membaca surah Yassin sahaja. Majlis berkhatam tidaklah lama sangat tetapi majlis berzanji memang lama gila. Dalam pukul 12 baru siap semuanya.
Saya yang tidak mandi dari pagi kerana sibuk meneman photographer saya mengambil gambar bergegas jugalah untuk mempersiapkan diri. Pada pukul 12.30 tgh hari isteri saya sudah hampir siap disolek. Berlainan sungguh wajah isteri saya. Dari bulat nampak bujur pula. Saya pula disiapkan tidak sampai 15 minit. Biasalah pengantin lelaki mana solek pun. Menunggu pengapit saya yang agak terlewat membuat darah tinggi saya naik lagi. Dia tiba betul-betul ketika waktu hendak berarak. Punctual betul!
Sebelum pukul 2.30 lagi paluan kompang pun bermula.
Saya dan isteri sengaja memilih busana songket kerana mahukan kelainan dari persandingan yang pertama. Memang seronok, jadi Artis lagi untuk kali kedua. Lebih seronok bila nampak ramai kawan-kawan yang datang. Rombongan satu bas pihak perempuan yang menjadi pengiring menambahkan meriah suasana.
Ketika majlis persandingan yang pertama, kami tidak disambut dengan upacara silat kerana tukang silat pada waktu itu tertidur keletihan. Pada majlis kali ini, adik saya secara sukarela menghadiahkan silat pengantin beliau untuk saya. Tak sangka pun dia yang akan silat, semuanya adalah surprise.
Seperti biasa upacara tepung tawar akan berlaku dalam masa yang lama. Ramai jugalah Pakcik, Makcik, Atuk Sedara, Kawan-kawan dan Adik Beradik yang sudi menepung tawar untuk kami.

Setelah mengambil beberapa gambar di pelamin, upacara seterusnya adalah makan berdamai.
Saya sengaja memilih Pulut Kuning instead of Kek kerana mahukan kelainan juga dari majlis yang sebelumnya. Lagipun KakLong saya secara sukarela menawarkan diri untuk menyediakan pulut kuning tersebut.
Rombongan Pihak Perempuan bertolak pulang pada pukul 4.30ptg, dan selepas itu majlis cabutan bertuah berlangsung. Suka betul orang-orang blok saya ketika menerima hadiah-hadiah tersebut walaupun ianya tidaklah segempak mana. Itulah seronoknya buat kerja kahwin di kampung.
~~~
Berakhir sudah majlis perkahwinan saya. Secara amnya kepada sesiapa yang ingin berkahwin seperti saya (majlis nikah+2 sanding) paling-paling RM15k perlu ada untuk sekurang-kurangnya membuat anda + mak bapak anda tidak pening kepala. Saya mujur kerana ada pihak yang sudi sponsor itu ini walaupun saya tidak glamer seperti Mawi, Aidil Zafuan ataupun Norman Hakim.
Terima Kasih kepada kawan-kawan yang sudi datang memeriahkan majlis saya. Maaf jika tidak dapat melayan anda seadanya. Doakan saya dan isteri bahagia hingga ke akhir hayat. Amin..
`
~~~
Majlis Bersanding dijadualkan pada pukul 2.30 ptg. Alhamdulillah cuaca begitu cerah walaupun hari sebelumnya hujan lebat.
Saya sudah berada di kampung sejak hari khamis lagi kerana ingin membantu apa-apa yang patut. Isteri saya pula telah mula bekerja sejak hari rabu lagi. Terpaksalah kami berpisah untuk 3 hari. Yang best nya jadik pengantin ni adalah anda dilarang dari membuat kerja-kerja yang berat dan berbahaya seperti pasang lampu, angkat periuk dan sebagainya. Kebetulan pula saya telah dijangkiti virus flu pada waktu itu, jadi setelah makan ubat saya hanya tidur sahaja. Kerja lain yang saya buat adalah mengambil gambar sahaja.
Pada hari yang sama, majlis khatam quran dan berzanji untuk adik juga diadakan pada waktu pagi. Isteri saya yang baru tiba dari Klang pada pukul 7.30pagi secara paksa rela telah disuruh untuk turut sama terlibat dalam upacara tersebut. Mujurlah saya tidak disuruh sekali, kalau tidak mahu jadi tragedi juga lah sebab dah lama sangat tidak membuka kitab suci Al-Quran melainkan membaca surah Yassin sahaja. Majlis berkhatam tidaklah lama sangat tetapi majlis berzanji memang lama gila. Dalam pukul 12 baru siap semuanya.
Saya yang tidak mandi dari pagi kerana sibuk meneman photographer saya mengambil gambar bergegas jugalah untuk mempersiapkan diri. Pada pukul 12.30 tgh hari isteri saya sudah hampir siap disolek. Berlainan sungguh wajah isteri saya. Dari bulat nampak bujur pula. Saya pula disiapkan tidak sampai 15 minit. Biasalah pengantin lelaki mana solek pun. Menunggu pengapit saya yang agak terlewat membuat darah tinggi saya naik lagi. Dia tiba betul-betul ketika waktu hendak berarak. Punctual betul!Sebelum pukul 2.30 lagi paluan kompang pun bermula.
Saya dan isteri sengaja memilih busana songket kerana mahukan kelainan dari persandingan yang pertama. Memang seronok, jadi Artis lagi untuk kali kedua. Lebih seronok bila nampak ramai kawan-kawan yang datang. Rombongan satu bas pihak perempuan yang menjadi pengiring menambahkan meriah suasana.
Ketika majlis persandingan yang pertama, kami tidak disambut dengan upacara silat kerana tukang silat pada waktu itu tertidur keletihan. Pada majlis kali ini, adik saya secara sukarela menghadiahkan silat pengantin beliau untuk saya. Tak sangka pun dia yang akan silat, semuanya adalah surprise.
Seperti biasa upacara tepung tawar akan berlaku dalam masa yang lama. Ramai jugalah Pakcik, Makcik, Atuk Sedara, Kawan-kawan dan Adik Beradik yang sudi menepung tawar untuk kami.
Setelah mengambil beberapa gambar di pelamin, upacara seterusnya adalah makan berdamai.
Saya sengaja memilih Pulut Kuning instead of Kek kerana mahukan kelainan juga dari majlis yang sebelumnya. Lagipun KakLong saya secara sukarela menawarkan diri untuk menyediakan pulut kuning tersebut.Rombongan Pihak Perempuan bertolak pulang pada pukul 4.30ptg, dan selepas itu majlis cabutan bertuah berlangsung. Suka betul orang-orang blok saya ketika menerima hadiah-hadiah tersebut walaupun ianya tidaklah segempak mana. Itulah seronoknya buat kerja kahwin di kampung.
~~~
Berakhir sudah majlis perkahwinan saya. Secara amnya kepada sesiapa yang ingin berkahwin seperti saya (majlis nikah+2 sanding) paling-paling RM15k perlu ada untuk sekurang-kurangnya membuat anda + mak bapak anda tidak pening kepala. Saya mujur kerana ada pihak yang sudi sponsor itu ini walaupun saya tidak glamer seperti Mawi, Aidil Zafuan ataupun Norman Hakim.
Terima Kasih kepada kawan-kawan yang sudi datang memeriahkan majlis saya. Maaf jika tidak dapat melayan anda seadanya. Doakan saya dan isteri bahagia hingga ke akhir hayat. Amin..
`
1 comment:
Very good for Wedding
Post a Comment