Tuesday, January 06, 2009

Bercanda di Tepian Pantai

Seperti yang sudah dijangka, selepas berkahwin blog ini akan sunyi, apatah lagi blog yang satu lagi. Antara sebab-sebabnya :
1. Dulu saya tidak ada waktu yang tepat untuk pulang ke rumah selepas selesai kerja, tetapi sekarang saya perlu balik apabila isteri saya sudah tiba di LRT Kj, biasanya pukul 6.30 ptg. Jadi saya tidak sempatlah untuk menulis apa-apa untuk blog saya ini.
2. Banyak perkara rutin yang berlaku, jadi tidaklah perlu untuk dikhabarkan di blog sendiri.
3. Hal ehwal rumahtangga, simpan sajalah dalam hati..

Walaupun begitu, pada cuti Krismas yang lepas, saya bersama keluarga mertua saya melapangkan masa dengan bercuti di Port Dickson. Planning yang last minute memang tidak menguntungkan. Lebih-lebih lagi bila plan untuk stay for a night. Saya bukanlah master mind dalam merancang percutian ini, tetapi secara tak sengaja menjadi master mind nya. Nasib baik ada lagi bilik yang available kat sana, klu tidak tentulah kami tidak jadi bermalam. Penginapan kami 3 bilik di Le' Paris Hotel klu ikutkan memang tidak berbaloi, tetapi dah last minute plan ditambah dengan super peak time, terpaksalah kami terima saja. Nasib baik dorang provide breakfast untuk kesemua kami, 12 orang kot. Saya dan wife sudah tentulah menginap di bilik sendiri, maklumlah 'pengantin baru'. Ini kira macam honeymoon jugalah tetapi bersama keluarga. Boring jugak kan....

Bertepatan dengan tarikh itu, 28hb Dec adalah tarikh birthday Abang Ipar saya. Kakak Ipar saya sudah awal-awal plan untuk surprisekan suami tercinta beliau. Alhamdulillah surprise itu menjadi. Wife saya juga sempat mengambil gambar memotong kek memandangkan birhtday beliau juga di bulan dec. Untuk makluman kami telah sambut bersama-sama di Secret Recipe Equine Park. Potong kek slice je.. hehhe..

Petang itu kami menghabiskan masa bermain ombak di Pantai PD (yang depan uptown PD tuh). Cuaca Alhamdulillah begitu windy dan ombak juga tidak begitu bergelora. Seronok jugalah bermain ombak kerana memang dah lama tak mandi pantai walaupun rumah di kampung hanya 10 minit dari pantai.

Jangan betulkan monitor anda. Itu memang perut saya. Ia adalah refleksi dari baju basah yang melekat di badan. Sebenarnya ia tidaklah sebesar itu, kecil sedikit. Memang ini adalah imaginasi sahaja.
Cuaca yang windy memang seronok jika bermain layang-layang. Seingat saya, kali terakhir saya bermain layang-layang adalah ketika di darjah lima. Setelah layang-layang yang saya buat sehari suntuk akhirnya menemui ajal di dahan pokok mangga jiran saya, saya telah putus harapan untuk bermain layang-layang lagi. Seperti putusnya benang itu, seperti itu jugalah putusnya harapan saya. Tetapi sememangnya bermain layang-layang di kawasan perumahan adalah satu langkah yang tidak bijak. Pergilah main layang-layang di pantai seperti yang saya lakukan hari itu, memang seronok.

Kami bertolak pulang keesokan harinya, sebelum itu sempat juga pergi ke Teluk Kemang. Tempat ini merupakan tempat yang paling bersejarah untuk say dan isteri kerana disinilah kami melafazkan janji sehidup semati...(cheh poyo). Takdelah romantik camtu, cuma di sinilah saya menyatakan hasrat hati saya kepada isteri saya (waktu itu adalah officemate) sambil berjalan-jalan dipesisir pantai ditemani dengan pancaran matahari terbenam. Alhamdulillah diterima. Klu tidak mahu saja saya naik banana boat ketengah laut untuk menutup malu.

Dah hampir 2 tahun ianya berlalu. Sekarang jalan di persisir pantai juga, cuma tajuk perbualan adalah, "Bila kita nak dapat anak ni B.."


`

5 comments:

ain fadzal said...

kalau nak dpt cepat dpt anak, timing kena betul beb!

;))

AmatMizi said...

Timing..tp kdg2 main belasah jugak.. cuit sket naik nak buat cmne..huhuhu

ain fadzal said...

hoh?!

ye ke? tapi, adik aku slalu gak cerita, 2 bulan pertamanye best, main belasah jek. tak lama lepas tu mcm boring. takpe la mat, nanti aku nak tgk progress ko plak.

:D

AmatMizi said...

xdela mcm boring.cume tak xcited mcm mula2 dpt la..

ish ko kawen la nnti tau cmne.

Anonymous said...

mat..hidung korang laki bini sebentuk lah..sama pattern...jodoh kuat!!!hehehe