Thursday, January 29, 2009

Bercanda di Laut Bergelora

Bersempena dengan Cuti Tahun Baru Cina yang lalu, saya bersama keluarga Isteri saya sempat pergi bercuti di Pantai Cherating, Pahang. Perjalanan yang bermula pukul 9.30 pagi hanya berakhir pada pukul 4.30 petang. What a long journey. Balik Johor lagi kejap rasanya. Jalan jem dari tol gombak sehinggalah susur ke Bukit Tinggi. Bayangkanlah naik bukit di Genting Sempah itu dengan keadaan yang jem, bawak kereta manual pula, dah bayangkan belum?? Letih betul tapak kakiku ini. Isteri saya disebelah pula mabuk-mabuk dan tidak selesa. Sungguh menyeksakan perjalanan yang maha jauh ini.
Kami selamat sampai ke susur Jabor lebih kurang pukul 3.45 petang. Ketika itu perut tidaklah lapar kerana masing-masing sudah makan macam-macam semasa dalam perjalanan, cuma keletihan yang amat. Saya sempat bertanyakan direction kepada rakan saya Cikgu Zamri Zaini kerana beliau telah pun menukar kewarganegaraan beliau dari orang Johor menjadi orang Pahang dan bukannya orang India atau Bangla seperti yang kita semua sangka. Pada yang tidak ingat siapa itu Zamri Zaini, nama manja beliau adalah Lanz 4U2C Oh Yeah.. Kami sampai di Suria Beach Resort pada pukul 4.30 dan setelah check in, kami terus bergegas masuk ke bilik.
Setelah makan dan salin baju, kami dengan semangatnya terus bergegas ke Pantai. Tetapi malangnya laut begitu bergelora dan pantai begitu dalam, jadi kami hanya dapat melihat sahaja dan tidak dapat mandi laut.

Walaupun nampak seperti tenang, laut disini boleh tahan juga geloranya. Pantainya juga curam seperti di Desaru. Mungkin juga kerana ini adalah pantai private kepunyaan resort dan bukannya pantai awam seperti di Tanjung Balau.

Selain kami, ada beberapa lagi kumpulan yang bercuti di Resort ini seperti MOF Putrajaya yang mengadakan Family Day mereka di sini. Melihat mereka bermain Bola Tampar mengundang rasa ingin turut serta dalam diri saya tetapi terpaksa dibiarkan saja kerana mereka bukan bermain suka-suka, tetapi bertanding untuk merebut hamper.

Namun begitu, seperti Resort2 yang lain, mereka ada swimming pool. Jadi bolehlah penghuni-penghuni di sini yang kempunan mandi laut merasa mandi juga, walaupun hanya di swimming pool sebelah laut.

Saya dan isteri tidak turut serta mandi kerana saya tidak suka mandi swimming pool dan isteri saya memang sedang mabuk. Jadi kami hanya bersiar-siar seperti selalu sambil saya mengambil beberapa gambar yang berkenan di hati.

Isteri saya memang tak boleh makan banyak. Makan sket pun tak lama kemudian beliau akan muntah. Memang mabuk teruk. Ketika sedang bersiar-siar ini juga tetiba beliau teringin nak makan mushroom soup Pizza Hut. Mana nak carik Pizza Hut kat Cherating ni, pekan paling dekat pun hanyalah Kemaman, saya tidak pasti jika ada Pizza Hut di situ. Nasib baik cafe di Resort ini sudah dibuka, jadi order di Cafe sajalah dan tidak perlu mencari Pizza Hut. Habis pula tu dia makan sorang-sorang.

Kami juga sempat menjadi Raja Sehari sekali lagi..

Malam kami makan di Restoran berhampiran Kemaman. Isteri saya masih lagi mabuk dan saya tidak dapat menikmati saat-saat makan saya seperti selalu. Balik di resort pula hanya berborak sambil layan FA Cup.
Keesokannya kami pulang ke KL kerana perlu menghadiri Majlis Perkahwinan sorang teman.

Penat drive waktu pergi tak abis lagi, sudah ditambah dengan penat drive waktu balik. Akibatnya saya demam keesokan hari hingga melarat sehingga semalam.

Nasib baik bukan demam Chiku...


`

No comments: