Friday, January 30, 2009

A Party Without Me

Saya membuka mailbox MMS saya di Website Maxis pagi ini kerana handphone saya tidak support simcard 3G. Ini adalah MMS yang dikirim oleh Kak Ngah saya pada hari Isnin lepas. Semua adik beradik saya kecuali saya & Ajib sedang berkumpul di Kampung sempena cuti yang panjang ini. Mereka juga telah membuat Parti Bbq sempena meraikan kejayaan Adik Kesayangan kami mendapat 8A dalam PMR. Pelik juga Adik saya ni, handphone mcm melekat dengan tangan tapi boleh score dalam PMR. Bukan saya sahaja, malah seluruh keluarga saya macam tidak percaya dengan kejayaan beliau. Tapi, dah beliau memang pandai, Alhamdulillah lah..
Saya selalu menjadi mangsa. Dulu masa Ajib balik kampung dan membelanjakan gaji first beliau setelah bergelar PDRM, saya tidak dapat pulang ke kampung kerana menghadiri majlis perkahwinan rakan sedangkan semua yang lain dapat berkumpul. Dapat juga MMS yang macam ini. Lepas itu ada juga sekali lagi saya tidak dapat turut serta, yang ini sekali lagi saya tak join.
Jeles betol!!

Abalong tu for sure berlakon je macam dia yang masak, padahal dia la yang paling susah nak masak. Tapi dia selalu menjadi pemeriah suasana.

Tak pasti KakNgah pakai hp apa sekarang sebab masa majlis kawen saya aritu hp dia kena curi. Kesian hp yang baru dibeli hilang camtu je. Ni mesti beli hp lagi murah sbb tu gambar tak cun.

Malam semalam saya selamat memasak Sambal Udang Harimau dan selamat membedal sendiri kerana isteri saya tidak boleh makan nasi buat masa ini. Beliau hanya boleh makan makanan Western. Maybe anak saya nanti akan mempunyai selera Western yang terlebih.

Esok saya akan pulang ke Darul Takzim. Seronoknya setelah hampir 2 bulan tak balik. Esok juga rakan baik saya En Penchu akan bersanding, maybe family saya semua akan datang. Habislah nasi minyak Penchu nanti...

`


3 comments:

rainz said...

aku rase anak ko nanti cam muke omputih kot..hehe.. suh wife ko tengok muke jessica alba banyak2 ye..

AmatMizi said...

Tgk bapak la..putih ape..

Anonymous said...

ye. bapaknye sungguh putih bak kapur tulis. hehe.