Last week saya telah menghabiskan cuti di Kampung halaman. Sebelum itu saya telah menghadiri majlis Persandingan Sahabat saya iaitu En Penchu yang berlangsung meriah. Saya antara sahabat pertama yang hadir bersama-sama En Asdi & En Asang. Bengang jugak dengan dorang berdua ni sebab saya kawen aritu dorang tak datang. Mujur dorang menyedarinya dan meminta maaf dengan bersebab. Sebab apa saya pun dah lupa.

Ulasan mengenai Majlis tersebut akan saya masukkan di blog lagi satu, inyallah esok atau lusa. Sebelum itu, saya yang pada perancangannya perlu bertolak dari Puchong pada pukul 8.00 pagi telah terdelay bertolak pada pukul 9.30 pagi. Maka terpaksalah saya speeding ala-ala Felipe Mass bawak Kelisa dan alhamdulillah saya sempat sampai di tol Skudai pada pukul 12.15 tghari. Laju jugak kan.. Ntah kena saman speed trap ntah tidak.. harap-harap tidaklah.
Selesai menghadiri Majlis tersebut, saya dan isteri terus pulang ke Kampung. Sudah 2 bulan saya tidak pulang. Adik beradik saya yang lain sudah pun pulang ke rumah masing-masing. Memang takde rezekilah untuk saya berkumpul dengan dorang di Kampung.

Mak saya telah membela kucing semula setelah 2 tahun. Menurut Mak saya, kucing yang diberi nama Kunyit ini datang ke rumah pada waktu Majlis saya aritu. Dulu saya ada juga kucing yang serupa ini yang diberi nama Kuning. Setelah saya merantau ke KL, tak lama kemudian dia pun mati. Sedih tiada sapa nak jaga kot.

Balai dan banner kawen saya masih tidak dibuka lagi setelah 2 bulan. Ini kerana orang-orang kampung malas nak buka, lagipun tengah bulan nanti jiran selang 2 rumah saya akan kahwin pula. Jadi halaman rumah jadi store sementara bagi menempatkan balai ini.
Mabuk-mabuk isteri saya semakin teruk walaupun 2 hari sebelum itu sudah agak ok. Mungkin sebab keletihan duduk dalam kereta lama sangat. Di kampung pun kami hanya duduk dirumah sahaja. Tidak pergi ke Pantai seperti biasa.
Semalam pula baru tiba di sini setelah 5 jam perjalanan.. Masih mabuk lagi..

Kesian Isteri Saya...
11 comments:
kesiannya rina..sib baek aku maintain.bersabarlah yek mat...
sian nye kat wife ko... mabuk teruk ek die.. dugaan tolz..
biasa le mat pembawakan budak..So, kenalah hargai pengorbanan isteri...
Nani, Apah & Ain..
Time Kaseh..memang kesian isteri saya..
amat,
dah ko lanyak bini ko, suruh kitoerg kesian lak eh.
boleh ke?
Ain : Bini aku je aku bleh lanyak, korang aku tak sempat nak lanyak huhuhuh...
Aku tak soh kesian, aku cakap aku kesian..
Ko tak kesian kat aku ke?? Asek 'Puasa' je nih..
weh amat,
bagus gak pose. pose tu besar pahalanya....
Ish..macam aku tak 'pose' laaaagi byk pahala..
aku tgk gamba last tu laen maacam dia punya letih.letih mabuk ke letih dikerjakan? hehehe
Bro.. pakai baju lg tu letih mabuk la.. letih dikerjakan x msuk gmbr kat sini..huhuhu
sabor je ler aku korang nih :-P
baru pose sket dah tak tahan..tu belum posa 100 hari..lariiiiiik
tapi org mengandung mmg gitu...nanti peyut dah besar sket...kurang la mabuk nyer..jgn pulak dibuat mabuk sampai 9 bulan..tak daya ooi :-D
Post a Comment