Tuesday, October 07, 2008

Selamat Hari Raya

Sekitar Sambutan Hari Raya di Kampung..

Makan selepas Sembahyang Raya

Abalong aku yang sentimental

Aku pun turut sentimental

My family without Kak Ngah & Family

All Blue..Tp aku tetap sokong Arsenal

Berkumpul sebelum pergi beraya ke Kluang & Ayer Hitam

Dengan Adik

Depan rumah Arwah Atok di Kg Rahmat Kluang

Everything going just fine except aku yang demam sebelum dan selepas raya kedua. Tapi bagus jugak la sebab aku terlepas dari membuat kerja-kerja berat seperti mengecat rumah, alih perabot dan pasang langsir.

Tahun depan dah berbeza la pada aku, tapi kemeriahan insyaalah tetap sama.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon Maaf Zahir & Batin
`



Tuesday, September 16, 2008

Satu Cerita Banyak Pecahan

Ketika di hujung Form Five, buku Autograph adalah sesuatu yang begitu glamer selain buku teks Sejarah dan Bahasa Arab Tinggi. Buku autograph menjadi medium yang paling praktikal, jimat dan mudah untuk rakan-rakan memberikan kata-kata akhir samada nasihat atau pun gurauan sebelum berpisah setelah satu jangka waktu yang lama.

Semasa pulang ke kampong pada awal bulan ini, saya telah menjumpai semula buku Autograph saya yang saya fikirkan sudah hilang. Membacanya semula telah mengembalikan ingatan saya pada zaman remaja dulu.

Saya type kan semula beberapa ucapan yang menarik.


i) ‘Jangan samakan anak itik dengan anak ayam kerana anak itik dan anak ayam mempunyai kelebihan tersendiri dan tidak boleh mengubahnya daripada kebiasannya’. Mohd Razali Adon

ii) ‘Let memories be memories. But don’t let your memories be your horrible nightmare’ Khairul Azhar Azit

iii) ‘Never care for what people say to you, just follow your own way’ Shaifussaleh M. Tahir

iv) ‘Kebaikan itu susah diamalkan, tetapi apabila diamalkan terasa bahagia. Kejahatan itu mudah diamalkan, tetapi apabila diamalkan tidak pernah tenang jiwa’ Mohd Yazid Yusoff

v) ‘Ketabahan, keikhlasan dan ketekunan adalah wahana yang menjadikan ilmu indah di hati, terjalin kemas di dada dan jiwa semakin dahaga ingin mencari lagi ilmu yang melaut luas’-Ahmad Syakir Ali

vi) ‘Jangan menyesali kegagalan yang dialami dengan menuduh atau menyalahkan orang lain, akan tetapi akuilah sesungguhnya kegagalan itu adalah akibat perbuatan sendiri’ Rasis Hadiyanta

vii) ‘Be the best among the best in the world full of the people with best life and the best heart’ Zamri Zaini

viii) ‘Ilmu merupakan segalanya. Tiada yang utama selainnya. Kejarlah ia selagi kau mampu. Jangan mudah tumpas kepadanya’ Zazali Zain


Terrer jugak kawan-kawan saya menulis Quote pada usia yang masih muda. Ucapan yang paling glemar pula adalah :
  1. Good Luck for our SPM 97, Score 10A1
  2. Aku doakan kau masuk U
  3. Jangan lupa solat 5 waktu
  4. Lepas ni jangan lost contact. Jumpa kat mana-mana tegurlah
  5. Doakan aku dengan __________(nama awek dia) bahagia
  6. Jemput aku bila kau rasa ini kali terakhir kau kahwin
  7. Maafkan segala dosa-dosa aku. Aku dah maafkan dosa kau
  8. Jangan asyik jadi Buaya je
  9. Jaga __________ (nama awek aku waktu itu) baik-baik
  10. __________ (nama awek dia) lebih cun dari Siti Nurhaliza

Namun ada dua ucapan yang sangat menarik :

i)‘Our Study, Our Company, Our Business, Our Future’
Taufik Hidayat Supian
(Simple but really meaningful. At that time aku, Topek, Lanz & Ichut merupakan rakan kongsi perniagaan Karipap.)


ii) ’Amat, Beramallah dengan sebanyak-banyak kebaikan dan hindarkanlah perkara-perkara yang dilarang. Amat hubungan dengan Tuhan amat perlu dijaga, selain itu hubungan dengan ibu bapa & manusia yang lain. Amat inilah sahaja nasihat yang mampu aku berikan. Mungkin ini nasihat terakhir dari aku sebagai Ketua Tingkatan, sebagai kawan kau dan sebagai orang Islam. SEMOGA BERJAYA DI DUNIA & AKHIRAT terutama SPM 97. Aku senantiasa doakan kau dan bebudak lain’
Mohd Rezib Mohamad
(Rezib nasihatkan aku macam aku ni jahat giler. Tapi memang syahdu la baca..sebenarnya panjang gila ucapan dia, tapi aku tak larat nak tulis semua.)


Tetiba teringat plak zaman SPM dulu hahahha..
Aku kahwin nanti korang mesti kena datang..

Hmm..Satu Buku, banyak cerita..



`

Thursday, September 11, 2008

An Evening at Danga Bay

Setiap kali pergi ke Johor Bahru, biasanya saya akan cuba untuk singgah di Danga Bay. Bukan ada apa-apa pun, sekadar berjalan-jalan dan melihat keindahan Selat Tebrau.

Minggu lepas ketika pulang ke Johor, saya berkesempatan pergi ke Johor Bahru dan dapatlah saya singgah di Danga Bay. Lebih meriah kerana kali ini pergi bersama-sama family.

Adik sempat berposing di pintu masuk Danga Bay. Cuaca pada hari itu agak menarik kerana baru lepas hujan. So takdelah panas sangat. Sangat sesuai untuk berjalan-jalan ambil angin.

Saya suka betul dengan binaan jam matahari ini. Ia begitu unik dan begitu menarik perhatian. Ketika saya mengambil gambar ini ada juga tiga empat couple (maybe bukan orang tempatan berdasar dressing mereka) yang sedang bertenet di situ. Itu belum masuk kawasan maze, lagi la ramai yang bertenet.

Danga Bay juga telah mempunyai Petting Zoo nya sendiri. Bayaran masuk adalah RM10 bagi dewasa dan RM5 bagi kanak-kanak. Disebabkan wang yang tidak mencukupi, saya tengok dari luar saja la. Mirul pun sempat berposing dengan kawannya yang sedang bersenggayut itu.

Di Danga Bay ini juga disediakan Taman Tema seperti FunFair. Dulu saya ingat ianya hanya sementara sahaja, tetapi rupa-rupanya ia memang kekal disitu. Dapatlah Athirah bermain-main ditemani oleh KakNgah ngan Neneknya yang comel itu.

Entah berapa round Athirah main saya pun tak pasti. Sedang adiknya Athilah pula asyik melihat ke arah patung-patung di bawah ini. Comel kan..

Nasib baik Bubu tidak ikut balik kampung pada waktu itu, kalau tidak sudah tentu saya terpaksa bermain permainan yang entah apa itu untuk mendapatkan pooh-pooh yang comel ini. Saya pun tidak mengerti kenapa kebanyakan perempuan suka kepada Pooh. Kalau tengok pada potongan saya sekarang, ada la sedikit sebanyak macam Pooh, mungkin sebab itu Bubu suka kat saya..

Mulanya saya merancang untuk makan di Marrybrown yang ada di foodcourt Danga Bay ini, tetapi malang sekali kerana foodcourt tersebut sedang direnovate. Jadi kami berpatah balik ke Street Mall dengan menaiki Keretapi yang laju ini kerana masing-masing sudah letih untuk berjalan.

Akhirnya kami makan di foodcourt berdekatan StreetMall sahaja setelah penat berjalan dan bershoping di dalam StreetMall. Dapatlah makan tahu bakar yang sedap di JB ini.

Menikmati petang di Danga Bay sebenarnya lebih kurang sahaja seperti saya menikmati petang di Putrajaya atau pun di Pantai Kelanang, cuma berbezanya adalah kehadiran family yang selalu jauh dengan kita. Sesekali memang seronok, kalau selalu pasti boring. Apapun, saya belum bercadang untuk menghabiskan zaman tua saya di JB.

Sebab semuanya ada di sini...


`

Wednesday, September 10, 2008

Roman Picisan

Bulan yang mulia, jangan lah kita membuat dosa.
Murka yang Maha Esa.
Kalau membuat dosa juga, sedialah terima padahnya.

Walaupun demi cinta, kawallah sikit nafsu tu.
Takut ada yang dengki, menyampah denganmu.

Kalau tak tahan sangat pun, carilah tempat yang elok.
Paling-paling orang tak tengok.
Tapi kalau kat rumah aku jugak korang nak seronok,
Jawapannya Ridsect la yang aku jolok..














Demi Cinta, aku rela...


`

Tuesday, September 09, 2008

Thursday, September 04, 2008

Sebelum Muda ada yang Tua

Sebelum adanya Old Town White Coffee atau pun Kluang Station, malah mungkin sebelum Starbuck & CoffeeBean, telah wujud satu jenama yang lebih dahulu menerajui dunia Coffee House ini, cuma ia tidak komersial. Ini dia diperkenalkan...

Sin Sing Kopi O

Sedap, white coffee + half boiled egg + toast bread.
Balik johor nanti kena singgah lagi..

`

Wednesday, September 03, 2008

Tagged 2

As tagged by Ain…

7 Fakta Mengenai Diri Saya (7 Facts about Me..)

  1. Kuat Makan
  2. Pendiam
  3. Suka Membuli
  4. Lebih suka SMS dari bercakap
  5. Live alone since July 2007
  6. Dah turun sekilo sejak hari kedua puasa
  7. Arsenal Die-Hard Fan

7 Perkara Yang Menakutkan Saya Di Dunia (7 Things that Scare Me in the World.

  1. Arsenal Kalah Game
  2. Kena Cekik
  3. Lost of my love one
  4. Tikus
  5. Tgk org accident
  6. Darah...a lot of darah
  7. Sembelih ayam

7 Lagu Kegemaran Buat Masa Sekarang (7 Current Favourite Songs)

  1. Sepasang Kurung Biru - KJJ
  2. Seloka Hari Raya - Hail Amir & Uji Rashid
  3. Harapan Ramadhan - Man Bai
  4. Ada X ada Segalanya - Xpax Radio Ad
  5. Sahabat - Aizat
  6. Fikirlah - Aizat
  7. Warkah - Bau

7 Perkataan Yang Selalu Saya Sebut (7 Words Mostly I Said..)

  1. Babun
  2. Cipan
  3. Ek eleh
  4. Oit
  5. Mm
  6. Ye..ye..ok tuan
  7. Ya Allah..

7 Perkara Yang Bernilai Bagi Diri Saya (7 Valuable Things for Me)

  1. My Family
  2. My Fiancee
  3. My Car
  4. My Memories
  5. My Skills
  6. My CakapBerapi
  7. Myself

7 Pertama Kali Dalam Hidup Saya (7 First Time in My Life)

  1. Berkhatan
  2. Amek UPSR, PMR & SPM
  3. Graduation
  4. First salary - RM 420.00 (keje lps SPM)
  5. Love at the first sight
  6. Beli Kereta
  7. Engaged


7 Orang Yang Bertuah Untuk Menjawab Soalan-soalan Di Atas (7 “Lucky” Peeps That Need to Waste Their Time Doing This)

Consider yourself tak bertuah je la..


`