Tuesday, April 29, 2008

Sleeping Child

Tidurlah kasih tidurlah sayang
Aku dodoi nyanyikan lagu kasih
Lagu kasih
Ku martabatkan namamu putera
Aku nandong nobatkan lagu kasih
Agar tidurmu kedamaian
Kekasih dengarkan Alunan syahdu iramaku
Kekasih hayati Dalam tiap puri mimpi-mimpi

Di dodoi di dodoi dodoi di dodoi
Aku dodoi lagu kasih
Di dodoi di dodoi dodoi di dodoi
Zikir kasih
Pejamkan mata putera jauhari
Syair indah puisi zikir kasih
Zikir kasih
Gurindam jiwa berbait rima
Usah gundah dulana kau kekasih
Laksana lena mengasyikkan


`

Monday, April 28, 2008

Its been a year

Kdg-kdg aku rasa setahun tu cuma diantara kerlipan mata, tp kdg2 setahun tu juga seperti menunggu buah tak gugur.. mcm menunggu bila hari utk mendapat bonus, atau pun bila hari untuk kita berpuasa.. sama juga bagi aku yang menunggu hari ulang tahun "declare" aku dgn Bubu..
Maybe dis is the first time, so rasa excited dia lain mcm sket. Kenapa aku tunggu sgt anniversary ni? Sbb aku rasa mcm dah couple lama gila dgn dia.. within setahun kitorang dah bertunang, and insyallah b4 2 tahun kitorang akan kawin.. sbb tu aku menunggu hari anniversary utk menyedarkan pada diri aku bahawa jarak masa yang panjang bukan penentu pada sesuatu hubungan..



The celebration is very simple.. mkn nasi lemak bungkus je & aku bg hadiah yg tak seberapa.. tak romantik sungguh.. huhuh..

Harap2nya semua berjalan lancar hingga ke akhir waktu..


I Love Her So Much...

Jiwangnya aku..


`

Tuesday, April 22, 2008

Hobi

Semasa aku baru berinjak ke alam bersekolahan, pertanyaan yang begitu popular selain cita-cita adalah "apakah hobi kamu"? Jawapan yang paling popular mungkin "membaca buku" atau pun "mengumpul setem"..tapi adakah jawapan itu memang betul?

Aku ingat lagi masa aku darjah 4 @ 5 aku pernah menjawab hobi aku adalah menonton TV dan hasilnya semua orang memandang slack pada aku. Adakah jawapan itu terlalu biasa atau pun terlalu lari dari hobi rakan2 yg lain. Adakah jawapan itu belum boleh diterima semasa zaman itu? Mungkin.. sebab di zaman aku dulu hobi menonton TV selalu disalah ertikan dgn benda2 yg tidak baik. Budak2 yang suka menonton TV ni biasanya suka berkhayal, suka membuang masa dan tidak focus pada pelajaran. Tetapi aku telah menidakkan semua itu bila aku dapat score 4A semasa UPSR & menidakkan angapan2 negatif tersebut.

Beruntungnya bebudak sekarang bila "hobi" seperti aku dulu tidak lagi dipandang negatif. Malah ada semacam galakan untuk diorang terus menonton TV. Lihat sahaja iklan Astro yg terang2 menunjukkan hobi menonton TV itu adalah baik. Mungkin dahulu tidak ada Astro, sbb tulah semua memandang serong dgn hobi aku itu. Tp ironinya bebudak skrg lebih enjoy menonton Astro Ceria berbanding berfikir sambil menonton National Geography.

Tetapi sekarang jarang2 dapat melakukan hobi aku itu, mungkin kesibukan menyebabkan aku tak dpt menghabiskan masa dihadapan TV. Hanya sekadar melayan game bola setiap weekend dah cukup bermakna pada aku. Mungkin aku perlu tukar hobi..menjadi seperti Bubu

Bubu yang sedang melakukan hobinya dia TCRS Mid Valley... ya, hobinya adalah tido...

Thursday, April 17, 2008

QURSA

Skrg tgh sibuk menyediakan report utk QUarter Review & Strategic Alignment..

Benci betul bila kena sediakan report atas kerja yang kita baru nak kenal.. & berdasarkan KRA yang baru dibuat (oleh diri sendiri).

For sure akan ada byk action plan & moving forward sbb terlalu byk yg merah.

2nd Quarter Insyaallah semua hijau..

Friday, April 11, 2008

Ninja Girl

Ninja Girl Versi Malaysia

,

Thursday, April 10, 2008

KI-TE

I thought that silly things is over, but it still come back over & over.
Kadang-kadang, mungkin bukan kadang-kadang lah... memang aku dah tak larat nak layan kerenah dia tu. Dari dulu sampai sekarang tak pernah berubah. I really hate that.

PENIPU! PEMBOHONG! PELAKON! BLOODSUCKER! PEROSAK!

Dari dulu sampai sekarang tak pernah nak berubah. Dah terjatuh tergolek pun masih nak macam tu lagi.Langsung tak pernah berubah.

Biarlah, aku dah ada kehidupan lain yang jauh lebih bagus dari yang dulu. Dan yang lagi bagus aku tak perlu lagi mendengar pembohongan setiap hari.

I've rest my case...


~~

Wednesday, April 09, 2008

Ah Seng Towkey Bengkel

Semalam aku dah menghabiskan duit dengan merepair scoot aku yang dah nak berderai tu. Setelah 5 tahun dia berkhidmat utk aku & Lanz, akhirnya dia mendapat pembelaan yang sewajarnya. Mungkin sebelum ini aku terlalu bias dengan melebihkan Kelly padahal scoot ini telah lebih dahulu menghulurkan khidmatnya kepada aku. Mengapalah aku begitu lupa daratan. Niat asalnya cuma ingin basic service + tukar timing belt, tapi bila dah buka sana buka sini, mmg byk yang patut aku tukar. Semalam sahaja aku dah habiskan RM400 untuk pembelaan scoot aku. Dengan duit sebegitu byk aku boleh merepair aircond Kelly yang sudah berbunyi bising tapi aku gunakan duit tersebut untuk menjaga kebajikan scoot aku. Sebabnya Kelly aku ada kat Kampung..huhuhu..

Hampir 5 jam aku menghabiskan masa dia bengkel Ah Seng yang begitu prihatin terhadap scoot aku melebihi aku sendiri. Hampir 5 jam jugalah aku memperkayakan ilmu mengenai scooter & hampir 5 jam jugalah aku melilau2 di sekitar bengkel tersebut. Satu yang aku kagumi dengan pemuda bernama Ah Seng ni, dia muda lagi tapi dia dah ada sebuah bengkel, corner lot, ada 2 orang pekerja, seorang Isteri, seorang anak perempuan dan sebuah Toyota Vios..yummy..Toyota Vios.

Tiba2 aku berasa alangkah beruntungnya jika dimasa aku bersekolah dulu aku lebihkan minat aku kepada bidang2 yang teknikal instead of theory. Alangkah bagusnya jika semasa di Universiti aku mengambil bidang engineering, designing or architecture instead of Business Studies.Ye kawan2, Bisnes Studi. Kursus yang begitu ramai bilangan pelajarnya.Kursus yang ditawarkan hampir disemua Universiti & Kolej2 Swasta. Kursus yang begitu general. Jika aku mengambil bidang teknikal, mungkin waktu ini aku tidak perlu untuk pergi kerja dengan memakai kemeja lengan panjang, berseluar slack & bertali leher, berkasut kulit hitam & perlu memakai perfume agar seiring dengan penampilan. Mungkin aku hanya perlu berseluar jeans dan memakai t-shirt kegemaran aku yang tentunya sungguh selesa.

Tapi itu semua dah lama berlalu. Aku juga yang memilih jalan ini. Kadang2 terfikir sesetengah kawan yang arah hidupnya ditentukan oleh ibu bapa mereka walaupun mereka sudah boleh memilih jalan sendiri. Mungkin pilihan ibu bapa lagi sesuai sebab mereka memerhati kita, mereka tahu tentang potensi yang ada dalam diri kita & mereka mahu kita lebih berjaya dari mereka.Aku pula hanya sekali merasa sedemikian iaitu semasa dikerahkan ke SeMeKAS Bumi Bertuah, selebihnya aku sendiri yang tentukan. Dan aku tak perlu menyesal dengan jalan yang aku pilih ini sebab hidup ini serba melengkapi. Mungkin jika aku terlebih dahulu memilih bidang teknikal aku akan menyebabkan Ah Seng tidak dapat untuk membuka bengkel tersebut & memiliki apa yang dia ada sekarang kerana Ah Seng tidak minat membaca & menghafal teori2 serta menghadap komputer 8 jam sehari. Mungkin juga aku ada banyak lagi kelebihan dalam bidang aku ini yang belum aku terokai & tak tidak sedar lagi yang satu masa nanti aku juga akan memiliki apa yang dimiliki Ah Seng. Semuanya Mungkin. Cuma perlu lebih berusaha.

*Aku berterima kasih sangat pada mak & abah aku kerana menghantar aku ke SeMeKAS.


~~