Tuesday, July 22, 2008

New Leaves

Saya mendapat anak sedara yang pertama ketika berumur 18 tahun, iaitu semasa tahun pertama di UiTM. Masa itu Abalong saya baru setahun berkahwin. Anak sulungnya itu diberi nama Akmal Firqihan. Empat tahun kemudian beliau mendapat seorang puteri yang dinamakan Akma Adani. Waktu itu saya baru mula bekerja di Puchong. Kesibukan kerja yang tidak menentu membuatkan saya amat jarang bertemu dengan anak-anak sedara saya. Lagipun pada masa itu saya tidaklah begitu suka atau pun excited dengan budak-budak. So times goes by...

Setahun kemudian saya telah bertukar kerja di Kelana Jaya dan telah dipaksa tinggal bersama-sama Abalong kerana beliau agak risau melihat saya tinggal bersama kawan-kawan yang agak tidak senonoh. Sewaktu itu barulah saya mula suka & minat untuk melayan kerenah budak-budak lebih-lebih lagi apabila Akma Adani baru membesar dan begitu manja dengan saya. Setahun kemudian saya mendapat seorang lagi anak sedara yang diberi nama Akmal Harris. Pada waktu yang sama Abalong telah membeli rumah dan hendak berpindah. Disebabkan rasa ingin berdikari, saya dengan baik meminta untuk tinggal sendiri. Akhirnya saya tinggal menyewa bilik di apartment berhampiran dengan apartment yang kami sewa pada waktu itu.

Tidak lama kemudian Kak Ngah pula selamat melahirkan puteri kembar yang dinamakan Nur Amni Athirah & Nur Amni Athilah. Menjadi satu sejarah kepada keluarga saya kerana inilah julung-julung kalinya ahli keluarga melahirkan anak kembar. Gembira kerana mungkin saya juga berpeluang untuk mendapat anak kembar suatu hari nanti.

Mungkin disebabkan tidak mahu mengaku kalah, Kak Long akhirnya melahirkan seorang lagi putera yang dinamakan Akmal Tajuddin yang sungguh comel. Bermakna sekarang saya sudah mempunyai enam orang anak saudara. Tidak pula ada tanda-tanda yang menunjukkan akan bertambah dalam masa terdekat ini.


Selepas ini giliran saya pula...


`

Monday, July 21, 2008

Sepi itu Indah

Sebelum anda meneruskan pembacaan, sukacita diingatkan bahawa entry ini tiada kena mengena dengan Filem Sepi yang saya umpamakan seperti menonton Video Klip yang sungguh panjang. Terima Kasih.

~~~~~~~~

Setiap hari Jumaat, ketika tiba waktu untuk Solat Jumaat, saya perlu melalui kawasan Tasik Kelana Jaya untuk sampai ke Masjid. Baru-baru ini saya perasan, dari jauh saya lihat sekumpulan manusia sedang rancak berborak, dengan tangan menunjuk kesana kesini sewaktu Khatib sedang membaca khutbah. Sungguh tak patut mereka itu. Orang rancak berborak, sudah tentulah bising. Tetapi apabila saya melintasi mereka, saya tidak dengar satu pun perkataan, malah yang kedengaran hanyalah bunyi kenderaan & khutbah jumaat sahaja. Setelah diperhatikan betul-betul, barulah saya perasan mereka sedang berborak dengan bahasa isyarat. Unik. Sebab sebelum ni saya cuma pernah melihat pasangan yang berbahasa isyarat, tetapi kali ini saya melihat sekumpulan manusia, mungkin 6-7 orang berborak dengan bahasa isyarat. Bayangkan... pada manusia biasa macam kita ni, bila berborak dalam kumpulan 6-7 orang tentulah perbualan itu akan diselangi dengan gelak ketawa, kutuk mengutuk & paling penting mesti BISING. Tetapi mereka, mungkin ketawa & kutuk mengutuk juga seperti kita, tetapi suasana mereka SEPI. Betul, saya dapat lihat, in a glance riak muka mereka ketika berborak, sama seperti kita. Cuma tangan yang membuat bising sedangkan mulut tertutup rapat. Unik.

Saya juga kadang-kadang hidup di dalam dunia SEPI itu. Saya pernah meluahkan rasa tidak puas hati, sedih, kacau bilau, tertekan, gembira, puas hati, benci & lain-lain lagi tanpa perlu membuka mulut. Hanya menggunakan tangan. Puas, senang, tak penat dan takde sesiapa yang boleh tutup telinga dan tidak mendengar rintihan & luahan hati saya itu. Kalau suka mereka boleh mendengar, kalau tidak mereka boleh tinggalkan. Saya pula tidak perlu risau adakah orang yang mahu mendengar kerana kalau bernasib baik, satu dunia boleh mendengar.

Seronok juga hidup di alam SEPI ini. Dulu saya pernah berhenti seketika, tetapi kini aktif semula. Sememangnya alam SEPI ini seperti satu terapi pada diri sendiri disamping menolong orang lain melalui terapi mereka.

Seronok, Sepi itu memang Indah. Yang pasti, kamu juga hidup di alam Sepi seperti saya.


`

Tuesday, July 15, 2008

Which Date is the Best?

Saya tengah mencari tarikh yang sesuai untuk melakukan sesuatu yang baik, tetapi belum lagi berjumpa tarikh yang dicari.

Weekend lepas saya diserang demam selsema. Walaupun begitu saya gagahkan juga untuk mencari barang-barang yang sepatutnya di Jalan Tar bersama Bubu. Disebabkan saya sakit, saya telah menghilangkan moodnya untuk bershoping kerana saya lebih kerap duduk & pergi ke tandas daripada memilih barang. Akibatnya kami bergaduh dan saya buat bodoh sahaja kerana saya memang macam itu. Dalam keadaan bergaduh juga kami sempat pergi ke Damansara Damai, bekas kawasan jajahan Pekji untuk berjumpa dengan Mak Andam kami. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar & kami telah bersetuju mengambil beliau untuk mengandam kami pada hari besar tersebut. Banyak lagi perkara yang perlu diselesaikan, tetapi waktu masih ada lagi. So go slow but steady & consistent.

This weekend saya akan menghadiri kursus kahwin, ada sesiapa nak ikut?


`

Friday, July 11, 2008

Tagged 1

As tagged by Ain.



*****

“The rules of the game get posted at the beginning.

Each player answers the questions about themselves.

At the end of the post, the player then tags 5 people and posts their names, then goes to their blogs and leaves them a comment, letting them know they’ve been tagged.

Let the person who tagged you know when you’ve posted your answer.”

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Questions:

1) What were you doing 5 years ago?
Working at the current company, from bottom to the middle.


2) What are 5 things on your to-do list for today?
a. Blogging
b. Withdraw money at ATM
c. Meeting
d. Pickup Bubu at office
e. Pegi Cavenzi cari set bilik tidur


3) What are 5 snacks you enjoy?
a. Dried Prune
b. Mentos
c. Sotong Kering
d. Twisties Tomato Flavoured
e. Keropok Lekor

4) What are five things you would do if you were a billionaire?
a. Blogging.
b. Bought over Media Prima, Secret Recipe & Maxis.
c. Blogging again.
d. Bought over Arsenal Footbal Club.
e. Travel around the world.


5) What are five jobs you’ve had?
a. Penganggur
b. Promoter
c. Room Service Attendant
d. Kitchen Asst at KFC
e. HR & Operation Exec


I'm going tag five (5) peoples....
1) Rezib
2) Rahim
3) U
4) U
5) U

Wednesday, July 09, 2008

Weekend at Tg Jara Resort

Last weekend, saya pergi bercuti di Tg Jara Resort, Terengganu. Invitation yang diberikan oleh pihak YTL yang sememangnya sukar untuk saya tolak.

Saya bertolak dari rumah pada pukul 6.30am. Di sebabkan saya dok sorang2, so tiada siapa yang dapat menghantar saya. Jadi saya perlu menaiki bas ke KL Sentral seterusnya menaiki Monorel ke Ritz Carlton kerana tempat untuk bertolak adalah disana. Alhamdulillah saya sempat sampai pada waktu yang ditetapkan.

Kami bertolak pada pukul 8.45am dan dijangka akan sampai pada pukul 1.30pm. Ada 11 orang kesemuanya iaitu Pearl, Cristine, Rosalind, Kak Siti, Wendee, Che Nor, Artur, Mizi & Gina serta Aweena selaku coordinator. Kami bertolak dengan menaiki 3 buah Naza Ria. Saya berkongsi dgn Che Nor & Gina. Sepanjang perjalanan saya hanya tidur sahaja sambil menikmati permandangan yang agak2 ok lah.

Sampai sahaja di Tg Jara Resort kami disambut dengan paluan gong. Memang sudah tagline mereka iaitu Unmistakably Malay, so semua nya mestilah berkaitan dengan budaya melayu. Lobinya agak cosy dengan pemandangan kolam air terjun yang simple. Kami juga dihidangkan dengan minuman air roselle. Sesudah check-in, saya terus bergegas ke bilik. Mandi dah berehat sebentar sementara menunggu aktiviti seterusnya.

Sambil itu sempat juga saya berposing gaya-gaya manja sementara menunggu waktu untuk berkumpul. Memang bilik yang diberi terlalu mewah dan hanya saya seorang yang menghuninya. Tetiba rasa menyesal kerana tidak mengajak rakan-rakan satu opis datang bersama. Sekurang-kurangnya dapat lah memeriahkan majlis. Dekorasi bilik sememangnya kuat menekankan budaya Melayu. Dengan ukiran-ukiran kerawang disamping pasu-pasu yang bercirikan melayu, sememangnya dekat dengan jiwa.

Hendak naik ke bilik harus menaiki anak tangga dahulu. Setiap rumah mempunyai 8 bilik. 4 bilik Anjung & 4 bilik Atap. Mereka menekankan konsep honeymoon, sesuatu yang agak sesuai untuk aku yang tidak gemarkan suasana bising ketika bercuti.

My room - 910

The bathroom

Welcome notes

Aktiviti pertama selepas lunch adalah jungle treking. Walaupun aktiviti ini sudah biasa dilakukan, namun ianya agak seronok juga sebab saya sudah lama tidak berjalan-jalan di dalam hutan. Dahulu walaupun jarang pergi hutan, tapi saya selalu pergi ke kebun getah Abah saya samada untuk menolong kopek ojol, menoreh ataupun paling kurang mengambil emak saya setelah dia selesai menoreh. Tetapi sekarang kebun itu telah menjadi kebun kelapa sawit & Abah sudah serahkan kepada Felda untuk menguruskannya. Tak tercapailah impian untuk menjadi penoreh getah yang berjaya..melalut la plak.

Kami bergambar ala-ala gedik di Jambatan ke Bukit Jara

Pada sebelah petang pula, kami dijadualkan untuk menjalani sesi massage di Spa mereka yang terkenal. Ini adalah antara aktiviti yang saya tunggu-tunggu. Setelah menjalani sesi massage, badan terasa sungguh lega, tapi masih letih sikit-sikit sebab semasa massage saya lebih banyak tidur. Malam itu kami menikmati makan malam ala kampung sambil meraikan birthday Kak Siti. Satu kejutan untuk beliau. Tetapi disebabkan ramai yang letih maka kami bersurai awal.


2nd Day.
Aktiviti harini adalah snorkeling. Aktiviti yang saya tunggu sangat. Mungkin agak kelakar bila saya beritahu yang ini adalah 1st time saya pergi snorkeling. Bukan tidak berminat sebelum ini, cuma masa banyak kali tidak mengizinkan. Sesudah breakfast kami bertolak menaiki bot ke Pulau Tenggol. Perjalanan memakan masa hampir 45 minit dan Alhamdulillah cuaca begitu baik pada waktu itu.

Artur Si Mat Saleh yang byk tanya

Pearl tgh cover gayat

That's where we heading

Tenggol Island

Akhirnya saya merasa jugak bersnorkeling. Saya dapat melihat ikan nemo, keparu, ikan sebesar peha saya juga penyu yang sebesar badan saya. Saya juga membenarkan ikan-ikan kecil memakan kulit-kulit mati di badan saya walaupun pada mulanya agak gerun, manalah tau dorang lapar sangat sampai makan kulit yang tak mati.Memang satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

Saya dapat snorkeling sepuas-puasnya. Kami bertolak balik ke resort pada pukul 3 ptg. Perjalanan balik juga menyeronokkan tetapi hampir kesemua menunjukkan muka letih.

Aktiviti kami bersambung semula pada waktu petang. Sudah menjadi rutin di situ pada setiap petang sabtu akan diadakan persembahan kebudayaan orang melayu. Mereka menjadikan persembahan ini sebagai satu inisiatif untuk menunjukkan keunikan budaya melayu kepada warga asing. Di situ juga disediakan gerai-gerai yang menyediakan makanan-makanan ringan melayu seperti keropok lekor, lemang, apam balik, akok dan jemput-jemput. Yang lebih menarik lagi semuanya percuma. Maka saya pun membedal entah berapa round kesemua makan tersebut tanpa rasa malu & kasihan.

Persembahan silat

Kumpulan Kompang

Mat Saleh dari France.. Org france mmg terer main bola

Mesti dah besa main Congkak version HP Nokia

Wendee & Christine main lompat-lompat

Setia menanti

Pada petang itu juga saya lihat mereka sedang set-up satu spot untuk dinner at the beach. Mungkin ada yang meraikan honeymoon atau pun anniversary mereka disini.

Beach Dinner on the way

Pada waktu malam kami dihidangkan dengan bbq dinner. Saya yang telah melantak tak ingat dunia pada petang tadi tidak dapat nak melantak seperti itu juga pada waktu malam. Sungguh merugikan kerana mereka menyediakan makanan yang maha banyak untuk kami. Akhirnya kami cuma makan sedikit sahaja sambil menghabiskan waktu malam dengan berborak & bergossip.

Our bbq dinner

3rd Day.
Masa untuk balik. Kami tidak ada aktiviti hari ini. Selepas sarapan saya berjalan-jalan sambil ambil beberapa shot yang menarik perhatian saya. Ntah kenapa saya suka sangat dengan tiang-tiang yang ada disitu. Mungkin susunannya yang begitu teratur ditambah dengan padanan warna yang sesuai.

Water Stone

The lobby

Di atas Sungei

Tanjong Jara

Kolam Air Pancut

Tiba masa untuk mengucapkan selamat tinggal. Kami sempat mengambil gambar sebagai kenang kenangan.

from left Wendee, Rosalind, Pearl, Artur. Aweena, Kak Siti, Gina & Mizi
front Christine & Che Nor


Kami bertolak pada pukul 11.30 pagi dan berhenti di banyak tempat juga untuk membeli cenderamata dan makan tengahari. Sampai di Ritz Carlton pada pukul 6 petang. Kebetulan kawan baik saya En Faizul ada di Bkt Bintang pada waktu itu sedang excited membeli lens & flashlight, dapatlah saya meminta beliau untuk menghantar saya ke Puchong. Kalau tidak terpaksalah saya menaiki bas sambil membawa barang2 yang maha banyak itu.

Demikianlah coretan sepanjang percutian saya. Selepas ini saya mungkin akan pergi kesana lagi..ada sesiapa nak ikut??


`

Tuesday, July 08, 2008

This is Us

Last Sunday, seperti biasa saya akan ambil Bubu dari kg. Untuk menjimatkan kos, Bubu telah siap-siap bawak bekal yang dimasaknya sendiri. Menunya adalah Nasi Putih, Ikan Goreng, Sup Ayam & Sayur, Sambal Belacan & Buah Naga. Kami berhenti untuk makan malam di Tasik Shah Alam berdekatan dengan Kedai Kopi yang terkenal itu. Memang itu adalah rutin kami sebulan atau pun 2 bulan sekali, makan malam masak sendiri di Tasik. Kebiasaannya di Tasik Perdana cuma kali ini, mungkin sudah 2 kali makan di Tasik Shah Alam. Saya seperti biasa akan berselera makan kerana :
1) Saya tidak lunch pada hari itu kerana bangun lambat, sekadar Brunch sahaja
2) Lauk2 malam itu adalah kegemaran saya
3) Bubu yang masak mestilah sedap
4) Saya memang kuat makan

Bubu tengah duduk secara tidak senonoh

Tetapi, niat untuk berjimat itu akhirnya tidak kesampaian kerana bekalan yang dibawa tidak mencukupi untuk mengalas perut kami berdua sedangkan saya masih berselera..akhirnya kami terpaksa membawa diri ke Kedai Kopi untuk mengisi perut yang tidak penuh lagi..

Bubu makan Fries sedangkan aku cuma makan Hotdog

Saya anggap bekalan yang Bubu bawa adalah lunch saya dan Hotdog itu adalah dinner.. kira jimat jugaklah tu..


`

Thursday, July 03, 2008

Gadget-man

The time is 11.05 pm and yet I'm still at the office..

Minggu ni aku agak sibuk. Setelah merehatkan diri bercuti 4 hari, aku terus diberi macam-macam tugasan yang aku dah bosan nak buat.

Dalam sesebuah organisasi, keluarga atau pun syarikat mesti terdapat seorang atau lebih yang digelar Gadget-man. Biasanya seorang ajelah. Dalam family aku, jika hal-hal yang melibatkan elektronik, Abalong yang menjadi Gadget-man, tetapi bila hal-hal yang melibatkan teknologi semasa akulah yang menjadi Gadget-man itu. Begitu juga di office, aku sentiasa menjadi Gadget-man tidak kira untuk apa bentuk bantuan sekalipun. Samada ianya melibatkan elektronik, teknologi, kreativiti, pertukangan & kadang-kadang bab perpaipan pun aku yang menjadi Gadget-man nya. Bukannya aku tidak ada staff, cuma kadang-kadang mereka tidaklah boleh diharap sangat dan terlalu bergantung kepada aku.

Masih aku ingat sewaktu pertama kali aku bekerja disini, aku memang tak pandai komputer. Malah nak pegang pc pun aku takut. Tapi didalam takut-takut tu aku dapat jugak menyelesaikan masalah printer setting di opis aku pada waktu itu. Mungkin ianya bukan apa-apa, tapi ia adalah pencapaian yang boleh dibanggakan kerana aku sememangnya buta komputer pada waktu itu. Atau mungkin ianya hanyalah satu kebetulan.. hahah..

Aku bercerita tentang gadget-man ini kerana pada waktu ini aku terpaksa stayback di office utk menyiapkan video editing yang aku shoot di IJN pada 2 hari yang lepas. Berlaku sedikit kesilapan semasa setting menyebabkan aku tidak dapat untuk mengeditnya seperti biasa yang biasanya hanya memakan masa 2-3 jam, tetapi kali ini aku perlu convert bentuk asal dia dan seterusnya barulah kerja-kerja editing boleh dilakukan. Dan untuk convert sahaja aku telah mengambil masa 5 jam. Dengan tiba-tiba sahaja aku terfikir, kenapa mesti aku yang melakukan kerja ini sedangkan ini bukan ruang lingkup kerja aku, dan aku tidak ada mengambil sebarang course yang berkaitan dengan editing what so ever.. jadi hati ini tiba-tiba memberontak apabila mengenangkan rakan-rakan aku yang sedang berehat-rehat dirumah, bermesra dengan bini maklumlah mlm ni mlm jumaat, mungkin ada yang telah tidur, mengapa tidak mereka yang membuat kerja-kerja ini. Mengapa bos aku terus je point kat aku bila tiba hal-hal yang bergadget seperti ini? Mengapa mesti aku??

Tapi apa boleh buat. Dah namanya kuli, buat ajelah. tak siap sok karang pandai-pandai la dia menjawab ngan client..yang ko soh budak baru belajar ni buat kenapa..nak best-best gi la hire agensi..

Entry pasal tanjung jara akan aku update next week..


`